trending_flat

Salahuddin disahkan mengalami pendarahan otak

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub telah disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar. Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Akhbarnya memaklumkan bahawa Salahuddin kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Terdahulu, beliau dikejarkan ke wad kecemasan pada sekitar jam 10.15 malam Jumaat, dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah. Pihak Pejabat Menteri KPDN akan memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan beliau dari semasa ke semasa. Pihak Pejabat beliau juga memanjangkan ucapan terima kasih daripada pihak keluarga Datuk Seri Salahuddin Ayub atas semua doa, sokongan, dan ingatan kepada beliau.

trending_flat

Mengingati Perjanjian Lausanne dan tamatnya Empayar Uthmaniyah

Oleh: Dr. Abu Hanifah Haris Perjanjian Lausanne ialah perjanjian damai yang ditandatangani pada 24 Julai 1923 antara kerajaan Turki Uthmaniyah dengan Allied Powers (Kuasa Bersekutu) diwakili oleh British, Perancis, Itali dan beberapa negara lain selepas berakhirnya empayar Perang Dunia Pertama (1914-1918), dan berakhirnya Turkish War of Independence atau Perang Kemerdekaan Turki (1919-1923). Ketika Perang Dunia Pertama, Turki yang berada di pihak Central Powers (Kuasa Pusat) diwakili Jerman, Austria-Hungary, Bulgaria dan beberapa negara lain dikalahkan oleh Allied Powers diwakili oleh British, Perancis, Itali dan beberapa negara lain. Dalam Perang Kemerdekaan Turki pula, Turki berjaya mengalahkan Greece dan beberapa kuasa Barat lain yang cuba mencerobohi kedaulatan Turki. Dr. Abu Hanifah Haris Nama ‘Lausanne’ adalah sempena tempat berlangsungnya persidangan yang membawa kepada termeterainya perjanjian ini iaitu di Lausanne, Switzerland. Delegasi kerajaan Turki diketuai oleh Ismet Inonu, manakala delegasi Allied Powers pula diketuai oleh […]

trending_flat

Salahuddin rasmi Majlis Perbarisan Kawalan Kehormatan sempena Hari Penguat Kuasa KPDN ke-51

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini telah merasmikan Majlis Perbarisan Kawalan Kehormatan Sempena Hari Penguat Kuasa KPDN Ke 51 dan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Penguatkuasaan Tahun 2023 bagi anggota dan pegawai penguat kuasa KPDN lantikan baharu. Majlis Perbarisan Kawalan Kehormatan Sempena Hari Penguat Kuasa KPDN Ke 51 dan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Penguatkuasaan Tahun 2023 kali ini telah diadakan di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka yang turut dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi Kementerian serta warga kerja KPDN. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub Menurut Salahuddin, tarikh 17 April setiap tahun merupakan tarikh keramat buat warga kerja Bahagian Penguat Kuasa KPDN kerana Bahagian Penguat Kuasa KPDN secara rasminya telah ditubuhkan pada tarikh tersebut. Pada tahun ini tema sambutan yang dipilih adalah Profesional Tegas Berintegriti. […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Semenanjung Alaska

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklunkan bahawa satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Semenanjung Alaska pada jam 2:48 petang hari ini. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 2:48 petang, 16 Julai 2023Koordinat: 54.6° Utara 160.9° BaratLokasi: Semenanjung AlaskaMagnitud: 7.1Jarak: 2,622km Timur dari Petropavlovsk Kamchatskiy,RussiaKedalaman: 10 km Mengikut penilaian, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

trending_flat

Nilai pendidikan di Malaysia perlu ditambahbaik, meliputi nilai pendidikan tokoh sarjana Islam agar sistem demokrasi dan keamanan negara gemilang – Wan Junaidi

Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaaffar berpendapat bahawa nilai pendidikan di Malaysia perlu ditambahbaik dengan menyasarkan kepada keperluan industri negara menerusi kajian akademik dan pencarian ilmu dan pengetahuan yang lebih komprehensif dan meliputi ilmu-ilmu dan nilai pendidikan tokoh sarjana Islam agar seimbang dengan nilai pendidikan sedia ada yang dicerap daripada sistem pendidikan Barat dan Eropah. Dalam satu kenyataan media hari ini, Wan Junaidi berkata sistem pendidikan di Malaysia bermula zaman kedatangan penjajah banyak dipengaruhi oleh nilai-nilai dan ideologi Barat dan Eropah yang juga telah dianggap sebagai yang terbaik sementara ilmu dan nilai pendidikan ilmu Islam yang dibawa sebelum zaman penjajahan kolonial telah semakin pudar. "Saya ingin menyarankan agar ilmu pendidikan daripada tokoh sarjana Islam daripada abad yang lebih awal seperti Ibnu Khaldun dan Ibnu Sina turut diterapkan bersama ilmu pendidikan Islam yang sedia ada […]

trending_flat

Tukar bungkusan/label beras tempatan, KPDN ambil tindakan tegas – Salahuddin

PUTRAJAYA, 9 JULAI 2023 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya mempunyai maklumat berhubung penyelewengan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan dengan menukar bungkusan/label beras tempatan dan dijual dalam pasaran pada harga beras import demi mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda. Menurut Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan hari ini, tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis atau nama di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti berikut: i. Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM 100,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan; ii. Syarikat; boleh didenda sehingga RM 250,000.00. "KPDN ingin memberikan amaran dan peringatan keras kepada semua peniaga agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan termasuklah […]

trending_flat

SEMUA LEBUH RAYA BERSEDIA MENGHADAPI PENINGKATAN TRAFIK SEMPENA PERAYAAN AIDIL ADHA

DENGKIL, 28 Jun 2023 – Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi hari ini sempat membuat tinjauan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil (Arah Selatan), Lebuhraya ELITE terhadap persiapan dan persediaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersama syarikat konsesi lebuh raya menghadapi peningkatan trafik sempena musim Perayaan Aidil Adha. Turut hadir bersama Menteri Kerja Raya adalah Pengerusi LLM Datuk Seri Jalaluddin Alias serta Ketua Pengarah LLM Ir. Sazali bin Harun dan Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad Datuk Nik Airina Nik Jaffar. "LLM menjangkakan jumlah purata peningkatan trafik harian di seluruh lebuh raya mampu mencecah sehingga 5.1 juta transaksi kenderaan yang menggunakan lebuh raya sempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal disambut pada 29 Jun 2023. Pertambahan jumlah kenderaan ini dijangka akan berlaku secara berperingkat bermula 27 Jun 2023 sehingga 3 Julai 2023. Daripada jumlah tersebut, purata harian trafik di […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation