Program Ramah Tamah Uniti Kaamatan dan Gawai pupuk semangat perpaduan dan integrasi nasional
PASIR GUDANG, 10 Jun 2023 - Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang telah merasmikan Program Ramah Tamah Uniti Kaamatan dan Gawai di sini hari ini. Kredit Foto : Facebook rasmi Kementerian Perpaduan Negara Menurut Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam satu siaran media hari ini, objektif utama penganjuran program tersebut adalah sebagai medium memperkenalkan budaya, etnik, kepelbagaian adat resam etnik dari Negeri Sabah dan Sarawak khususnya kepada masyarakat di Negeri Johor dan memupuk semangat perpaduan dan integrasi nasional dalam kalanganmasyarakat serta memelihara keharmonian dan kesejahteraan komuniti. Kata KPN lebih 30,000 penduduk di Negeri Johor merupakan masyarakat berasal dari Negeri Sabah dan Sarawak yang kebanyakannya menyambut perayaan Hari Kaamatan dan Hari Gawai. Justeru, program tersebut dilihat dapat dijadikan platform menyuntik semangat perpaduan dalam kepelbagaian. "Pelaksanaan program sambutan perayaan Hari Kaamatan dan Hari Gawai seumpama ini dapat mempromosikan keunikan warisan budaya di […]