20 Juta Kampit Simen Rahmah bantu Kurangkan Beban Kos Harga Rumah
KUALA LUMPUR, 18 April 2023 – Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan Inisiatif Skim Simen Rahmah untuk pemajuan rumah mampu milik dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) dan pemaju perumahan swasta. Inisiatif ini melibatkan harga rumah dalam kategori rumah mampu milik iaitu yang berharga RM300,000.00 dan ke bawah untuk kumpulan sasaran B40 dan M40. Dalam siaran media hari ini, Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan - YB Nga Kor Ming berkata , C&CA telah menawarkan 1 juta tan metrik simen pukal (bulk cement) dengan harga RM290.00 setiap tan metrik berbanding harga pasaran semasa iaitu RM410.00 setiap tan metrik. Penurunan ini adalah sebanyak RM120.00 setiap tan metrik bersamaan insentif sebanyak 29.3% daripada pembekal simen. Nilai 1 juta tan metrik simen ini akan ditukarkan kepada 20 juta kampit simen standard dengan berat 50 kilogram. Pada masa ini, nilai harga […]