trending_flat

MEMBINA BUDAYA INOVASI WARGA KKDW

PUTRAJAYA, 15 Disember 2022 - Dalam usaha menyemarakkan budaya inovasi dalam kalangan warga kerja, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menganjurkan Hari Inovasi 2022 sebagai menghargai inisiatif Agensi, Bahagian dan Unit di bawah KKDW mentransformasikan perkhidmatan awam untuk merealisasikan agenda pembangunan luar bandar. Menurut Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Seri Ramlan Datuk Harun, kepelbagaian produk inovasi membantu meningkatkan kecekapan perkhidmatan untuk manfaat kepada masyarakat. Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis berkenaan di bangunan kementerian tengahari semalam. Tujuh kategori anugerah kualiti dan inovasi dipertandingkan dalam kalangan KKDW dan agensi dibawahnya iaitu; 1. ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN AWAM KATEGORI PENGURUSAN Tempat pertama diraih Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dengan inovasi membangunkan Sistem E-Perjalanan yang mempercepatkan urusan permohonan warga KEDA yang terlibat dengan urusan luar kerja. Tempat kedua Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui SISTEM PEROLEHAN yang direka untuk memudahkan proses perolehan dan menjimatkan penggunaan […]

trending_flat

Fadillah rasmikan Majlis Konvokesyen Institut Perladangan Dan Komoditi Malaysia (IMPAC) Ke-8

PUTRAJAYA 15 Disember 2022 - Majlis Konvokesyen Institut Perladangan Dan Komoditi Malaysia (IMPAC) Ke-8 yang berlangsung di Hotel Everly, Putrajaya hari ini telah selamat disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof. Menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dalam satu kenyataan hari ini, majlis tersebut dianjurkan bersama oleh IMPAC dan enam (6) agensi KPK iaitu Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Lembaga Koko Malaysia (LKM), Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN). Kata KPK, sesi kali ini melibatkan 584 graduan meliputi 360 graduan daripada program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), manakala selebihnya adalah dari program latihan kemahiran kelolaan IMPAC dan agensi pelaksana. "Sehingga September 2022, IMPAC telah melahirkan seramai 80,290 pelatih melalui pusat-pusat latihan di bawah enam agensi Kementerian atau pada […]

trending_flat

PDRM tahan suspek miliki bahan pornografi kanak-kanak

15 Disember 2022 -  Bahagian Siasatan Seksual, Wanita Dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman telah menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun di Klang, Selangor pada 13 Disember lepas kerana memiliki  sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak di dalam computer suspek tersebut. Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan hari ini, siasatan mendapati suspek turut berkomunikasi dengan mangsa kanak-kanak di samping memuat turun bahan pornografi kanak-kanak dengan menggunakan media sosial. "Sehubungan itu, rampasan telah dilakukan ke atas komputer, external hard disk, router dan telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut. Kejayaan tangkapan ini adalah hasil kerjasama erat PDRM dengan Federal Bureau Of Investigation (FBI). Suspek kini direman selama empat (4) hari bermula 14 Disember 2022 hingga 17 Disember 2022. Kes disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 Dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Setakat […]

trending_flat

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ketuai delegasi negara di CBD COP15

PUTRAJAYA, 14 Disember 2022 - Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Bin Nik Ahmad memaklumkan bahawa Kementerian yang diterajuinya iaitu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, selaku national focal point kepada Convention on Biological Diversity (CBD) sedang mengetuai delegasi negara di The Fifteenth Conference of the Parties to the CBD (CBD COP15) bermula pada 7 Disember hingga 19 Disember 2022 di Montreal, Kanada. Katanya dalam satu siaran media yang diedarkan semalam, CBD merupakan sebuah multilateral environmental agreement (MEA) yang dianggotai oleh 196 negara ahli dan mempunyai 3 matlamat utama iaitu konservasi biodiversiti, penggunaan komponennya secara mampan, dan perkongsian faedah daripada sumber genetik secara adil dan saksama. "COP diadakan setiap 2 tahun untuk merundingkan dokumen dasar dan teknikal berhubung biodiversiti di peringkat antarabangsa. COP15 adalah sangat penting kerana ia akan memuktamadkan Pelan Tindakan Strategik Biodiversiti […]

trending_flat

14,986 ANGGOTA JBPM SIAP SIAGA HADAPI CABARAN MONSUN TIMUR LAUT

PUTRAJAYA, 14 Disember 2022 – Seramai 14,986 pegawai siap siaga berdepan dengan sebarang kebarangkalian banjir yang mungkin berlaku pada bila-bila masa di seluruh negara. Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan YB Nga Kor Ming (KM), berkata dalam usaha memantapkan persediaan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan bagi menghadapi Monsun Timur Laut, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menetapkan persediaan yang lebih proaktif berdasarkan pengalaman peristiwa banjir yang melanda negara tahun lalu. "Langkah ini termasuk dengan mengerahkan kekuatan dan keanggotaan pegawai bomba terdiri daripada 12,857 pegawai sepenuh masa dan 2,111 pegawai bomba bantuan," kata YB KM selepas menghadiri taklimat Kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) bertempat di ibu pejabat JBPM pada petang ini. "JBPM juga telah mengenalpasti sebanyak 5,235 kawasan yang berisiko tinggi ini dan pemantauan dilakukan setiap hari bagi memastikan keadaan […]

trending_flat

Malaysia mesti salurkan semula subsidi bantu golongan B40, M40 dan peniaga kecil – Anwar

PUTRAJAYA, 13 Disember 2022 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Bil 4 untuk tahun 2022 yang turut dihadiri oleh kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, semua Menteri yang berkaitan serta Ketua Setiausaha Negara. Mesyuarat turut dihadiri oleh pegawai tertinggi kerajaan dan agensi kerajaan diketuai oleh Gabenor Bank Negara serta Ketua-ketua Setiausaha kementerian. Menurut Anwar dalam satu kenyataan hari ini, mesyuarat tersebut membincangkan mengenai isu yang telah dibangkitkan pada mesyuarat khas yang lalu, di mana beliau sendiri telah berikan masa selama dua minggu kepada kementerian terbabit untuk membentangkan semula kertas yang komprehensif setelah mengadakan sesi libat urus dengan pihak yang terlibat. Kata Anwar, Malaysia mesti menyalurkan semula subsidi pukal yang turut memanfaatkan golongan mahakaya dan konglomerat ke arah menopang kumpulan B40, M40 dan peniaga kecil yang amat terkesan dan memerlukan. "Sebagai […]

trending_flat

KPKT GIAT MEMASTIKAN LAMAN SESAWANG PBT-PAY DIPERLUASKAN KEPADA 155 PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI SELURUH NEGARA 

PUTRAJAYA, 13 Disember 2022 - Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan YB Tuan Nga Kor Ming (KM) mengumumkan usaha pendigitalan sedang giat dilaksanakan untuk meningkatkan perkhidmatan PBT khususnya bagi memudahkan orang ramai membuat bayaran secara atas talian.  Selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah KPKT telah melancarkan laman web PBTPay dengan pautan 99 kerajaan tempatan melalui penyelidikan dan pembangunan dalaman, agar mempermudahkan urusan orang ramai untuk membayar cukai rumah (cukai taksiran), yuran lesen kerajaan tempatan dan kompaun di seluruh negara secara dalam talian tanpa perlu beratur di kaunter.  "Sebagai contoh, orang yang tinggal di Pulau Pinang boleh membayar cukai taksiran di Johor melalui PBT Pay, menjimatkan masa dan usaha."  Beliau berkata, laman web PBTPay menyediakan perkhidmatan kaunter elektronik berkualiti tinggi, dan dilengkapi sistem peringatan SMS, yang memberi banyak kemudahan kepada rakyat.  Setakat ini, sebanyak 99 majlis […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation