trending_flat

Young Syefura sambut baik gagasan baharu kerajaan Pahang

PAHANG, 28 November 2022 - Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menyambut baik gagasan baharu kerajaan Negeri Pahang yang merupakan gabungan Barisan Nasional (BN) dan barisan pembangkang dari Pakatan Harapan (PH). Katanya dalam satu kenyataan hari ini, dinamik tersebut adalah yang pertama kali terjadi di dalam sejarah lanskap negeri dan ia juga telah terzahir di dalam sejarah lanskap kerajaan persekutuan apabila tiada gagasan politik yang berjaya mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. "Menariknya situasi selepas Pilihanraya Umum ke-15 kali ini adalah buat julung kalinya kerajaan negeri yang telah setelah begitu lama diterajui oleh Barisan Nasional, kali ini bergabung bersama barisan pembangkang dari Pakatan Harapan untuk mewujudkan satu kerajaan. Dinamik ini adalah yang pertama kali terjadi di dalam sejarah lanskap negeri dan ia juga telah terzahir di dalam sejarah lanskap kerajaan persekutuan apabila tiada gagasan politik yang berjaya mempunyai majoriti mudah […]

trending_flat

Kebergantungan negara kepada sumber luar perlu diatasi – MPPN

PUTRAJAYA, 28 November 2022 - Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN), Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid mengusulkan agar kebergantungan negara kepada sumber luar iaitu import terutama bahan makanan, perlu diatasi dalam jangka masa sederhana dan panjang. Katanya dalam satu kenyataan hari ini, adalah sangat penting untuk Kerajaan memastikan perusahan domestik dikembangkan bagi menampung dan menstabilkan keperluan dalam negara. "Dengan yang demikian langkah mengutamakan pengeluaran dalam negara hendaklah diusahakan dengan mewujudkan insentif yang wajar kepada perusahaan tempatan." katanya. Mohd Azmi juga berpendapat subsidi bersasar merupakan rasionalisasi dasar yang tepat akan tetapi sudah tentu ia harus dilaksanakan dengan mekanisne yang efisien. "Saya juga berpendapat tumpuan awal harus diberi kepada menentukan kaedah memastikan keperluan asas rakyat/ pengguna tidak terdedah kepada monopoli dan eskploitasi oleh perusahaan besar." katanya. Terdahulu beliau mengalu-alukan langkah Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengambil langkah segera menumpukan perhatian […]

trending_flat

Menangani kos sara hidup menjadi keutamaan Anwar

PUTRAJAYA, 25 November 2022 - Menangani kos sara hidup yang semakin meningkat merupakan keutamaan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri ke 10, Dato' Seri Anwar Ibrahim. “Walau ada (petanda) positif umpamanya dengan kekuatan ringgit dan juga soal bursa saham yang menunjukkan keyakinan kepada pentadbiran kerajaan sekarang. Saya rasa, keutamaan itu harus terhadap kos sara hidup iaitu harga barang yang mencengkam dan menekan kehidupan rakyat,” kata beliau pada sidang media pada hari pertamanya di Perdana Putra di sini hari ini. Anwar turut bertemu dengan pegawai tertinggi kerajaan antaranya Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah. Dia turut memaklumkan bahawa satu pertemuan dengan agensi dan jabatan berkaitan akan diadakan selewat-lewatnya Isnin ini bagi membincangkan isu kos sara hidup termasuk harga barang. Lagi berita Am : AMMY LNA Menangani kos sara hidup menjadi keutamaan Anwar […]

trending_flat

Anwar imbas kad perakam waktu di Bangunan Putra Perdana

25 November 2022 – Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah tiba di Bangunan Putra Perdana pada jam 9.00 pagi dengan disambut oleh Ketua Setiausaha Negara dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri. Turut hadirialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diiringi pegawai-pegawai kanan kerajaan dibawa mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda bermulanya tugas beliau sebagai Perdana Menteri ke-10. "Sejurus selesai mengimbas kad perakam waktu, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar terus bergerak ke ruang pejabat Perdana Menteri untuk menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar, 75 tahun telah diperkenankan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu berkuatkuasa 24 November 2022. Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri mengalu-alukan […]

trending_flat

Penyokong parti politik dinasihatkan tidak melakukan sebarang provokasi

KUALA LUMPUR, 24 November 2022 - Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Hj. Abdul Shukor berkata sempena Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan akan berlangsung pada jam 5.00 petang hari ini di Istana Negara,Ibupejabat Daerah Brickfields menasihati orang ramai khasnya penyokong-penyokong parti politik untuk sentiasa mematuhi undang-undang bagi memastikan proses demokrasi dan perlantikan ini berjalan dengan lancar. "Tindakan tegas akan diambil oleh PDRM khasnya Polis Brickfields bagi mana-mana penykong-penykong parti politik yang melakukan sebarang provokasi atau menimbulkan sebarang isu termasuk perkauman dan agama. Turut dinasihati untuk tidak memuat naik sebarang ‘Posting’ atau apa jua sisipan di media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran atau salah fahaman pada masyarakat umum. Orang ramai turut diingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta tindakan yang menyalahi undang-undang." katanya dalam satu kenyataan […]

trending_flat

Satu keputusan Atypical Finding (ATF) dalam penyiasatan ADAMAS

23 November 2022 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan bahawa Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) telah selesai melaksanakan ujian kawalan doping bagi Temasya SUKMA XX, MSN 2022 pada 16 – 24 September 2022 dengan pengambilan sebanyak 252 sampel. Daripada kesemua sampel tersebut, satu (1) keputusan berada dalam penyiasatan ADAMAS. "Keseluruhan sampel urin atlet ini telah dihantar ke Makmal Anti-Doping Doha, Qatar (Anti-Doping Lab Qatar - ADLQ), sebuah makmal yang diiktiraf oleh World Anti-Doping Agency (WADA) bagi tujuan analisis dan penilaian modul SteroidalPassport, Athlete Biological Passport (ABP). Kesemua sampel ini telah dikendalikan selaras dengan peruntukan yang terkandung dalam Peraturan Anti-Doping ADAMAS 2021 yang mana hak atlet telah diberi keutamaan semasa pengujian kawalan doping dilaksanakan." kata KBS dalam satu kenyataan hari ini. Kata KBS, sebanyak 251 analisis sampel atlet adalah negatif kecuali satu (1) keputusan Atypical Finding (ATF) yang berada dalam penyiasatan […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana berlaku di Laut Banda. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

23 November 2022 -–  Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada pukul 12:24 pagi hari ini. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 12:24 pagi, 23 November 2022Koordinat: 5.6° Selatan 131.2° TimurLokasi: Laut BandaMagnitud: 5.5Jarak: 393km Tenggara dari Ambon,IndonesiaKedalaman: 100 km Mengikut penilaian tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation