trending_flat

Berkat miliki ilmu asas penyelamat, tiga pelajar Politeknik nekad selamatkan dua kanak-kanak hampir lemas

TERENGGANU, 6 Julai 2024 - Tanpa memikir panjang, tiga pelajar politeknik nekad menyelamatkan dua kanak-kanak yang hampir lemas ketika mandi di Pulau Perhentian, hari ini. Pelajar tersebut adalah Ahmad Danial Safwan Ahmad Safri dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Naufal Zahari dari Politeknik Sandakan Sabah (PSS) dan Mohamad Haikal Danis Mohamad Nasir dari Politeknik Seberang Perai (PSP). Ketika kejadian, ketiga-tiga pelajar terbabit sedang melakukan aktiviti dalam kumpulan berhampiran tempat kejadian.“Kami ternampak ada dua kanak-kanak hampir lemas ketika mereka mandi di pantai, tanpa berlengah kami terus ke arah mangsa. “Tempatnya agak dalam dan tak tercapai oleh kaki,” ujar Ahmad Danial ketika ditemui. Naufal berkata, kedua-dua mangsa yang berumur dalam lingkungan 9 tahun masih bernafas ketika diselamatkan namun salah seorang mangsa muntah teruk dan agak lemah. Sementara itu, seorang lagi pelajar iaitu Muhammad Haikal memanjatkan kesyukuran kerana berjaya menyelamatkan kanak-kanak tersebut. […]

trending_flat

Sekolah rendah Malaysia menang RM472,100 (USD 100,000) pada Pertandingan Sekolah Sihat AIA melalui aplikasi kesejahteraan yang dibangunkan murid

~SK Putrajaya tewaskan 2,300 sekolah dari seluruh Asia Pasifik untuk menangi hadiah paling berprestij Asia sebagai sekolah yang berjaya mengubah keputusan kesihatan pelajar - Pertandingan Sekolah Sihat AIA~ SK Putrajaya Presint 11(1), sebuah sekolah rendah di Putrajaya, Malaysia, telah diisytiharkan sebagai pemenang Pertandingan Sekolah Sihat AIA untuk membawa pulang sebanyak RM472,100 (USD 100,000) setelah muridnya membangunkan aplikasi baharu yang menyokong kesejahteraan mental pelajar, Pertandingan Sekolah Sihat AIA - diasaskan tahun lepas oleh Kumpulan AIA - adalah hadiah paling berprestij di Asia bagi sekolah yang berjaya mengubah keputusan kesihatan pelajar. SK Putrajaya Presint 11(1), yang mengalahkan sebanyak 2,300 sekolah dari negara-negara yang mengambil bahagian dari seluruh Asia-Pasifik, diumumkan sebagai pemenang pada satu majlis di Bali, Indonesia yang dihadiri oleh Melati Wijsen, Pengasas YOUTHTOPIA & Duta AIA. Diasaskan berikutan pandemik COVID, Pertandingan Sekolah Sihat AIA memupuk gaya hidup aktif, kesejahteraan mental dan […]

trending_flat

Kakitangan MBMB manfaatkan Telegram ‘MyMelaka News’

Oleh NORAFIQAH JAMAL / MELAKA HARI INI AYER KEROH 5 Julai – Saluran Telegram ‘MyMelaka News’ dimanfaatkan oleh kakitangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan semasa negeri ini. Pembantu Tadbir di Jabatan Kejuruteraan MBMB, Maznirah Ab Rahman berkata, aplikasi inisiatif Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf itu amat membantu dalam menyebar luas aktiviti, program, dasar dan sebarang hebahan yang membabitkan penduduk negeri ini. Katanya, sejak dilancarkan Mei lalu aplikasi itu mendapat maklum balas yang amat poisitif daripada warganet khusus penjawat awam. “Paling saya suka adalah, menerusi platform ini kita boleh berinteraksi, memberikan cadangan dan pandangan mengenai sesuatu isu atau permasalahan. “Saya selaku penjawat awam menyokong inisiatif ini memandangkan Negeri Melaka kini sedang menuju ke era digitalisasi,” katanya. Sementara itu Zainal Haris Mazlan, bertugas di Jabatan Sumber Manusia MBMB mencadangkan agar beberapa penambahbaikan dilaksanakan pengendali […]

trending_flat

Berlaku penurunan kes penyeludupan diesel selepas penyasaran subsidi

PUTRAJAYA, 4 Julai 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus memperhebat tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi terutamanya minyak diesel serta petrol RON95 di seluruh negara selepas penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia yang bermula 10 Jun 2024. Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali menerusi satu kenyataan hari ini, berdasarkan perbandingan bagi tempoh 20 hari sebelum dan selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, jumlah kes yang melibatkan penyelewengan minyak diesel telah menunjukkan penurunan signifikan. "Bagi tempoh 20 Mei 2024 hingga 9 Jun 2024, jumlah kes yang telah direkodkan ialah sebanyak 65 kes dengan rampasan diesel sebanyak 520,803 liter. Manakala bagi tempoh 10 Jun 2024 hingga 30 Jun 2024, iaitu 20 hari selepas penyasaran subsidi ini dilaksanakan, statistik menunjukkan penurunan drastik dengan hanya 14 kes telah direkodkandi seluruh negara melibatkan jumlah […]

trending_flat

Melaka sedia 10 anugerah untuk usahawan terbaik

Oleh MOHAMAD FAZRUL ABDUL MAJID / MELAKA HARI INI AYER KEROH 3 Julai 2024 – Bagi menghargai usahawan di negeri ini, Kerajaan Negeri bakal memperkenalkan Anugerah Usahawan Negeri Melaka tidak lama lagi. Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin berkata, anugerah tersebut bakal mempertandingkan 10 kategori meliputi pelbagai jenis perniagaan. Ia jelasnya, termasuklah usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS); global; wanita; orang kurang upaya (OKU); belia; digital dan inovasi serta lain-lain lagi yang akan diumumkan kelak. “Di Melaka terdapat pelbagai jenis perniagaan dan usahawan yang sangat berjaya sehingga dapat menembusi Bursa Malaysia, selain ada di antaranya yang tular dalam negara sehingga menggamit pengunjung dan pelancong. “Justeru, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menerusi Anugerah Usahawan Negeri Melaka bagi memberi pengiktiragan kepada usahawan-usahawan yang berjaya di negeri ini. “Terdapat 10 kategori akan dipertandingkan dan tiga usahawan terbaik […]

trending_flat

Urus stres menerusi ekoterapi di Taman Negara

Ekoterapi, atau juga dikenali sebagai terapi alam, merupakan salah satu bentuk terapi yang melibatkan interaksi di antara manusia dengan alam semulajadi sebagai cara untuk meningkatkan kesihatan mental dan kesejahteraan emosi individu. Kaedah ini merangkumi pelbagai aktiviti seperti berjalan di hutan (atau dikenali juga sebagai ‘mandi hutan’), mendaki bukit dan gunung, menikmati kehijauan hutan dan deru air sungai yang mengalir, memerhati keunikan biodiversiti flora dan fauna, atau dengan hanya menghabiskan masa berkhemah di dalam hutan. Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan kebaikan ekoterapi ini, terutamanya dari bidang kesihatan mental, ekologi dan psikologi. Antara sumber rujukan terawal ialah buku ‘Ecotherapy: The green agenda for mental health’ karangan Mind Health Association (MIND) yang diterbitkan pada tahun 2007. Pendekatan ekoterapi ini kini semakin mendapat perhatian para penyelidik di serata dunia bagi menangani masalah kesihatan mental yang semakin meningkat dalam kalangan belia, terutamanya mahasiswa […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam 10:46 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 10:46 pagi, 2 Julai 2024Koordinat: 6.4° Selatan 130.3° TimurLokasi: Laut BandaMagnitud: 5.0Jarak: 375km Tenggara dari Ambon, IndonesiaKedalaman: 154 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation