Menangani sikap anti-sosial kanak-kanak di tadika dan taska
Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Sejak akhir-akhir ini terdapat keluhan-keluhan yang amat membimbangkan daripada segelintir pengusaha Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) dan Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) berkaitan tingkah laku anti-sosial kanak-kanak di pusat asuhan mereka yang rata-ratanya mula menunjukkan perubahan yang agak luar biasa. Namun, situasi ini bukan berbentuk positif terhadap perkembangan kanak-kanak tersebut malahan ianya menimbulkan rasa gusar sekiranya ianya tidak dibendung sedari awal. Dr Abd Razak Zakaria Tingkah laku tidak pandai bergaul dengan kanak-kanak lain dan menunjukkan sikap pentingkan diri sendiri amat ketara dalam kalangan kanak-kanak di Taska dan Tadika. Mereka juga tidak mahu berkongsi permainan dan peralatan dengan rakan, dan tidak pandai menjaga tingkah laku dalam pergaulan. Jika hendak marah, mereka terus sahaja membaling, memukul dan menggigit tanpa ada rasa belas terhadap rakan. Sikap ini menjadikan mereka sering bergaduh dengan rakan lain dan kadangkala bertindak di luar batas, […]