trending_flat

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun 2017, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah membenarkan sehingga 30% daripada keperluan kredit untuk pengijazahan diambil secara kursus dalam talian dan dibuat secara pindahan kredit oleh pelajar universiti setelah memenuhi syarat tertentu. Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Pelajar lepasan SPM dan STPM kini boleh memulakan pengajian universiti mereka dalam bidang pilihan tanpa menunggu panggilan atau pendaftaran sebagai pelajar mana-mana universiti atau institut pengajian tinggi lain. Dengan cara ini, mereka dapat mencapai 2 matlamat penting. Pertama, meringankan beban pengajian, apabila hanya perlu melengkapkan baki jumlah 70% kredit pengijazahan dengan kursus yang perlu diambil secara bersemuka pada keseluruhan tempoh pengajian, dan kedua, kemungkinan untuk memendekkan tempoh pengajian, oleh kerana telah menyelesaikan sehingga 30% daripada keperluan kredit untuk pengijazahan secara pembelajaran kendiri. Bagi memudahkan kefahaman, mari kita buat andaian berdasarkan situasi seorang […]

trending_flat

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 - Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (atau SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying ketika menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat hari ini, penambahbaikan SARA untuk tahun 2024 termasuklah: (i) Pertama, memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar; (ii) Kedua, meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada 1,200 ringgit berbanding 600 ringgit pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal 600 ringgit; dan (iii) Ketiga, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan. "Dengan penambahbaikan tersebut, program SARA tahun 2024 akan memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan […]

trending_flat

Pelaburan MASDAR perlu menerusi penyertaan program TBB

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof memaklumkan bahawa Kerajaan berpegang kepada ketetapan dasar bahawa kelulusan bagi pembangunan projek tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini perlulah dilaksanakan secara telus, adil dan berdasarkan ketetapan regulatori semasa. Oleh itu, pelaburan pihak MASDAR, sebagaimana syarikat pemaju tenaga boleh baharu yang lain di negara ini, perlu dilakukan menerusi penyertaan program TBB sedia ada yang sedang dan akan dilaksanakan seperti berikut: (i) Program Large Scale Solar untuk pembangunan solar berskala utiliti; (ii) Program Feed-in Tariff untuk pembangunan sumber bukan solar; (iii) Program New Enhanced Dispatch Arrangement untuk pembangunan sumber bukan solar; dan (iv) Rooftop Solar Programme untuk pemasangan solar di bumbung premis bangunan. "Pada masa yang sama, Kerajaan juga sedang merancang dan merangka pelaksanaan akses pihak ketiga atau third party […]

trending_flat

CCoE fokus latihan keselamatan siber

CYBERJAYA, 26 Mac 2024 - Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini telah merasmikan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber atau Cybersecurity Center of Excellence (CCoE), di Cyberjaya, Selangor. Pelancaran CCoE itu membuktikan kesungguhan Kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dan kapasiti keselamatan siber negara, dengan membina ekosistem keselamatan siber yang mantap melalui jalinan kerjasama kukuh di antara sektor awam dan swasta. "CCoE akan memberi fokus kepada latihan dalam keselamatan siber dengan menggabungkan kerjasama di antara universiti dan institusi penyelidikan di Malaysia dan Kanada agar budaya inovasi dapat dipupuk. Selain itu, pusat kecemerlangan ini juga menawarkan pelbagai program latihan dan bengkel untuk profesional dalam bidang keselamatan siber dari pelbagai negara melibatkan bidang seperti analisis ancaman serta protokol pertukaran maklumat." kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dalam satu kenyataan hari ini. Kata MCMC, pusat kecemerlangan itu akan menawarkan latihan khusus untuk memacu kapasiti dan […]

trending_flat

Ianya tetap suatu kesalahan, walaupun dibenarkan syarak untuk tidak berpuasa

Oleh: Dr. Siti Aisyah Samudin Saban tahun, di bulan Ramadan penuh barakah ada sahaja paparan berita berkenaan sekumpulan individu ditangkap pihak berkuasa agama atas alasan makan di khalayak awam di siang hari ketika bulan puasa. Bahkan, fenomena tangkapan kerana tidak berpuasa seolah sudah menjadi norma setiap memasuki bulan Ramadan. Tidak kurang yang menjadikan situasi ini satu bahan jenaka apabila mereka ditangkap, dibawa masuk ke dalam van jenazah dengan plastik hitam berisi bukti juadah yang dimakan. Istilah Geng Plastik Hitam turut melekat kepada golongan ini. Dr. Siti Aisyah Samudin Ironinya, tindakan makan di khalayak ramai pada siang hari dalam bulan Ramadan sebenarnya merupakan satu bentuk istihanah penghinaan kepada syiar dan syariat agama Islam. Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] sebagai contoh memperuntukkan berkenaan kesalahan Tidak menghormati Ramadan. Seksyen 15 Akta 559 ini memberi peruntukan yang agak […]

trending_flat

Sesi Walkabout PM ke Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Taman Perpaduan, Perak

IPOH, 25 Mac 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Puan Hajah Fuziah Salleh telah mengadakan sesi walkabout di Bazar Ramadan RAHMAH Taman Perpaduan, Tambun, Perak sekaligus melancarkan Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) Peringkat Negeri Perak Tahun 2024. Program BRR tersebut merupakan salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat melalui penyediaan pilihan hidangan untuk berbuka puasa pada harga murah dan berpatutan. "Bagi penganjuran peringat Negeri Perak, sebanyak 4 lokasi tumpuan orang ramai telah dipilih sebagai BRR pada tahun ini iaitu BRR Taman Cempaka Ipoh, BRR Taman Perpaduan Tambun, BRR Taman Silibin Ipoh dan BRR Stadium Majlis Perbandaran Manjung. Antara kriteria pelaksanaan Program BRR adalah 40% daripada peniaga Bazar Ramadan perlu menawarkan Menu RAHMAH, lokasi tumpuan komuniti setempat […]

trending_flat

Pemulaan fasa peralihan monsun

Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 29 Mac 2024 dan berterusan sehingga Mei 2024. Permulaan fasa tersebut menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2023/24 yang telah bermula sejak 11 November 2023. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan hari ini, semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat. "Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta selatan dan tengah Sarawak. Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh. Dengan bermulanya fasa peralihan monsun, keadaan cuaca panas dan kering yang sedang berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara dijangka beransur pulih menjelang pertengahan April." […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation