trending_flat

Menteri Sumber Manusia memberi mandat kepada Talentcorp selaku Badan Pemikir Strategik Kesuma

PUTRAJAYA, 8 Mac 2024 (Bernama) -- Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim Chee Keong telah memberi mandat kepada Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) agensi di bawah kementriannya, untuk berkhidmat sebagai badan pemikir strategik Kementerian Sumber Manusia atau KESUMA. Dengan memperluas mandat baharu kepada TalentCorp, YB Steven Sim menekankan kepentingan intelektual serta kebijaksanaan yang diamanahkan kepada Agensi tersebut untuk merancang strategi bagi pembangunan dasar, advokasi, dan perancangan masa hadapan Kementerian. “Kita berada dalam dunia yang semakin berpecah-belah dengan pasaran yang semakin mengecil. Sebagai pembuat dasar, kita perlu memahami landskap global, supaya kita kekal relevan dan kreatif untuk memanfaatkan peluang jangka pendek dan meletakkan asas untuk penyelesaian jangka panjang dan mampan." “Saya melihat TalentCorp memainkan peranan penting selaku badan pemikir KESUMA, yang berkerjasama dengan jabatan dan agensi Kementerian untuk menangani cabaran yang semakin berkembang dalam tenaga kerja di Malaysia. TalentCorp berada dalam kedudukan yang unik dalam […]

trending_flat

Bekalkan Gen Z, Alfa, dengan keteguhan rohani menghadapi realiti

Oleh: Dr Atifah Ahmad Yusoff Generasi kita hari ini hidup dalam era baru teknologi. Generasi Z, yang dilahirkan pada tahun 1996 dan seterusnya manakala generasi Alfa dilahirkan pada tahun 2011-2026. Gen Z membesar di tengah-tengah berkembangnya teknologi, manakala Alfa ialah generasi pertama yang dilahirkan pada abad ke-21, di mana mereka akan menjadi demografi yang paling banyak menggunakan teknologi setakat ini. Dr Atifah Ahmad Yusoff Bagi generasi muda, media sosial adalah segalanya. Pendidikan mereka akan lebih digital, visual dan kurang hitamnya putih. Tambahan pula, dengan cabaran automasi, mereka perlu membangunkan kemahiran yang lebih mendalam untuk berjaya dalam pasaran kerja yang telah berubah. Persoalannya, selain kemahiran, apakah lagi aspek yang perlu dipertingkatkan oleh generasi kita? Kajian menunjukkan bahawa cabaran yang dihadapi oleh Gen Z adalah dalam membangunkan akhlak yang teguh. Hal ini kerana, dalam dunia teknologi canggih hari ini, kebebasan bersuara, kebebasan […]

trending_flat

Itu bukan tanggungjawab seorang ibu sahaja

Oleh: Dr. Yong Adilah Shamsul Harumain Setiap kali melangkahkan kaki keluar dari rumah, sama ada ke tempat kerja atau pun untuk urusan seharian, pasti hati seorang ibu akan berasa sungguh berat untuk meninggalkan anak-anak. Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu yang berkerjaya apatah lagi pada masa yang sama seorang ibu berkerjaya perlu memastikan kerja yang dijalankan dengan penuh amanah dan cemerlang. Harapan keluarga dan masyarakat adalah tinggi terhadap seorang ibu yang berkerjaya. Dr. Yong Adilah Shamsul Harumain Kehidupan seorang ibu yang berkerjaya bermula sejak malam sebelum hari bekerja. Bermula dengan persiapan persekolahan anak-anak dan kemudiannya menguruskan rumahtangga dan keperluan suami serta ahli keluarga. Keesokan harinya pula, sejak pagi seorang ibu berkerjaya akan memikirkan perjalanan anak-anak ke sekolah, pengurusan anak-anak ke pusat transit atau ke sekolah agama. Adakalanya kerja yang tidak dapat diselesaikan di tempat kerja, dibawa pula pulang ke rumah. […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Rantau Kepulauan Filipina

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Rantau Kepulauan Filipina pada pukul 4:19 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:19 pagi, 7 Mac 2024Koordinat: 7.8° Utara 127.1° TimurLokasi: Rantau Kepulauan FilipinaMagnitud: 5.2Jarak: 95km Tenggara dari Bislig, FilipinaKedalaman: 45 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Kerajaan akan atasi masalah kesesakan lalu lintas dan keselamatan jalan raya

PUTRAJAYA, 6 Mac 2024 - Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi a telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) Bil.1/2024 dan beberapa keputusan penting jangka pendek dan jangka panjang telah diputuskan untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan keselamatan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan hotspot kesesakan. Menurut beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JMKJR), langkah pertama yang diambil oleh Kerajaan adalah meluluskan dan menyalurkan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi pelaksanaan perluasan lorong khas bas termasuk pembelian 100 unit van Demand Response Transit (DRT) di Lembah Klang bermula September 2024. "Sejak dilaksanakan pada 3 Julai 2023, kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan Lorong Khas Bas Prasarana di Jalan Ampang dan Genting Klang telah menunjukkan respon yang amat menggalakkan. Data menunjukkan, berlaku penjimatan masa sehingga 18 minit bagi perjalanan […]

trending_flat

Impak sosioekonomi pelaksanaan kenaikan cukai perkhidmatan perlu dipantau

Oleh: Dr. Nor Salwati Othman Sektor perkhidmatan adalah sektor yang bercirikan pengeluaran perkhidmatan bukan produk akhir, yang dapat dinikmati dan ianya merangkumi perhatian, nasihat, pengalaman, dan perbincangan. Di Malaysia, sektor perkhidmatan menyumbang lebih daripada separuh KDNKnya, menjadikan sektor perkhidmatan sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi, produktiviti dan pendapatan negara. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan jumlah hasil keseluruhan sektor perkhidmatan bagi 2023 adalah RM2.3 trilion, meningkat 8.4 peratus daripada RM2.1 trilion pada 2022. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, prestasi itu disumbangkan oleh subsektor perdagangan borong dan runcit; pengangkutan dan penyimpanan; serta maklumat dan komunikasi masing-masing meningkat 7.7 peratus (+RM119.1 bilion); 15.8 peratus (+RM20.4 bilion); dan 5.3 peratus (+RM8.6 bilion) berbanding angka pada 2022. Di dalam pembentangan belanjawan 2024 yang lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan kadar cukai perkhidmatan kepada dari 6% kepada 8% dan […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Selatan Sumatera, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada jam 10:48 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 10:48 pagi, 4 Mac 2024Koordinat: 5.8° Selatan 102.1° TimurLokasi: Selatan Sumatera, IndonesiaMagnitud: 5.2Jarak: 224km Selatan dari Bengkulu,IndonesiaKedalaman: 41 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation