trending_flat

Pindaan Akta 355 langkah memperkasa Mahkamah Syariah

Oleh: Dr. Siti Aisyah Samudin, Dr. Hanira Hanafi Keputusan Mahkamah Persekutuan melalui Kes Nik Elin secara majoriti membatalkan 16 daripada 18 peruntukan kesalahan jenayah syariah yang dicabar melalui Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kelantan 2019 baru-baru ini mencetuskan banyak kontroversi. Pelbagai reaksi diutarakan banyak pihak dalam mengulas isu ini. Dari satu aspek, ada pihak mengetengahkan bahawa isu yang berlaku hanya melibatkan isu teknikal bidang kuasa sahaja. Ada juga yang berpendapat kes ini bukan setakat isu bidang kuasa Badan Perundangan Negeri, sebaliknya memang wujud usaha tersirat untuk mengurangkan lagi limitasi Mahkamah Syariah yang sedia terhad. Dr. Siti Aisyah Samudin Dr. Hanira Hanafi Pendekatan intipati yang dilaksanakan dalam memutuskan kes ini, berisiko memberi kesan domino ke atas peruntukan undang-undang negeri lain yang mengandungi konten atau bidang yang sama dalam undang-undang persekutuan, biarpun istilah yang digunakan adalah berbeza. Mahkamah persekutuan melalui pendekatan dan tafsiran […]

trending_flat

Menerima dan menghargai fasa kehilangan

Oleh: Dr. Azleen Ilias Kesedihan adalah pengalaman universal yang melampaui budaya, agama, umur, dan apa jua keadaan. Ia adalah emosi yang dialami oleh semua individu secara langsung atau tidak langsung. Ia adalah tindakbalas kepada kehilangan, sama ada kematian orang yang dicintai, putus hubungan, kehilangan pekerjaan, atau apa jua perkara buruk yang berlaku dalam hidup ini. Dalam masyarakat kita, seringkali terdapat tekanan untuk “pulih” daripada kesedihan dengan segera dan kembali normal secepat mungkin. Dr. Azleen Ilias Stigma yang sering dimomokkan adalah isu pemikiran negatif, sakit jiwa, atau kemurungan. Walau bagaimanapun, mengatasi kesedihan bukanlah laluan mudah, dan penerimaan adalah komponen penting penyembuhan bagi seseorang individu. Dalam artikel ini, penulis ingin berkongsi makna merangkul kesedihan dan mencari penerimaan dan hikmah di tengah-tengah kehilangan atau kedukaan. Kesedihan adalah satu pengalaman yang rumit dan mempunyai pelbagai dimensi. Ia merangkumi pelbagai emosi, seperti marah, rasa bersalah, […]

trending_flat

Meneroka pembelajaran lencana terbuka untuk pendidikan digital

Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili Di Malaysia, sistem pendidikan Malaysia bersedia untuk menjalani anjakan transformatif pendidikan tradisional dengan penyepaduan pembelajaran lencana terbuka untuk pendididikan digital masa hadapan. Pembelajaran lencana terbuka merujuk kepada proses memperoleh lencana digital untuk menunjukka kemahiran, pengetahuan atau pencapaian yang diperoleh melalui pelbagai pengalaman pembelajaran, termasuk kursus dalam talian. Ianya menawarkan pembelajaran terbuka yang fleksibel dan mudah diakses untuk pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan atau pencapaian untuk meningkatkan kebolehpasaran kerja. Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili Salah satu isu utama yang dihadapi oleh pendidikan digital Malaysia ialah keperluan untuk merapatkan jurang antara kelayakan akademik tradisional dan permintaan pasaran kerja yang berkembang untuk merealisasikan potensi pembelajaran lencana terbuka sepenuhnya. Walaupun ijazah dan diploma kekal sebagai penunjuk araa sebagai tanda penting pencapaian akademik, majikan semakin menghargai kemahiran praktikal dan kecekapan yang diperoleh melalui pengalaman praktikal dan […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Mindanao, Filipina

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Mindanao, Filipina pada jam  8:24 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:24 pagi, 29 Februari 2024Koordinat: 8.6° Utara 126.9° TimurLokasi: Mindanao, FilipinaMagnitud: 5.4Jarak: 72km Tenggara dari Gingoog City,FilipinaKedalaman: 87 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Sindiket ‘Ali Rohingya’ Tumpas

Jabatan Imgresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu lagi Sindiket Penyeludupan PATI dalam satu Operasi Khas pada 24 Februari 2024 di sekitar Kota Bharu, Kelantan. Operasi dilakukan oleh sepasukan 12 orang anggota dari Pasukan Taktikal Khas Imigresen (PASTAK) Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya serta JIM Kelantan. Operasi yang bermula pada jam 1.00 pagi adalah rentetan dari tangkapan ‘Geng Bob’ pada 3 Februari lalu. Menurut Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato’ Ruslin Jusoh dalam satu kenyataan hari ini, pasukan telah mengesan sebuah kenderaan dipercayai dipandu tekong darat sebelum berhenti di sebuah stesyen minyakberhampiran Wakaf Che Yeh. "Lanjutan itu, pasukan bertindak mengepung kenderaan suspek. Menyedari kenderaannya dihampiri oleh pihak berkuasa, suspek bertindak memecut kenderaan dan berlaku pelanggaran kecil dengan kenderaan pasukan operasi. Tindakan pantas anggota PASTAK berjaya menahan suspek yang dikenali sebagai Ali berketurunan etnik Rohingya dan dipercayai dalang […]

trending_flat

HASiL laksana Operasi Khas Lawatan Banci Bisnes “Ops Stardust Kuala Lumpur”

KUALA LUMPUR, 28 Februari (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) meneruskan usaha-usaha memperluas asas cukai dengan melaksanakan satu Operasi Khas Lawatan Banci Bisnes “Ops Stardust Kuala Lumpur”. Lawatan Banci Bisnes (LBB) ini berlangsung selama 2 hari bermula pada 26 Februari 2024 di sekitar Kuala Lumpur.  Operasi Lawatan Banci Bisnes ini adalah untuk mengenalpasti, mengumpul dan mengemaskini maklumat pemilik-pemilik perniagaan secara bersemuka oleh pegawai HASiL. Seramai lapan puluh (80) orang pegawai HASiL daripada Jabatan Perisikan dan Profiling (JPDP), WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka terlibat di dalam operasi kali ini. Di dalam majlis perasmian LBB tersebut, YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL berkata bahawa, strategi pematuhan yang menyeluruh merangkumi peringkat pengesanan, pengauditan, penyiasatan sehinggalah cukai sebenar dikutip hendaklah sentiasa dipatuhi, dilaksana dan ditambah baik agar selari dengan persekitaran dan cabaran semasa.   Selain […]

trending_flat

MY JALAN : KKR dan MOSTI jalin kerjasama, perluaskan adaptasi teknologi penyenggaraan infrastruktur jalan dan sektor pembinaan

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2024 - Kementerian Kerja Raya (KKR) akan menjalinkan kerjasama strategik bersama National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) bagi memperluaskan adaptasi teknologi di dalam aspek penyenggaraan infrastruktur jalan dan sektor pembinaan. Menurut KKR menerusi satu siaran media, Program Sandbox itu akan menjadi platform bagi mengintegrasikan teknologi, kajian pembinaan dan penyelenggaraan jalan agar dapat dilaksanakan secara inklusif di seluruh negara. Program tersebut juga dapat memberi ruang dan peluang kepada pemain industri mengetengahkan inovasi dan teknologi mereka dalam ruang lingkup bidang kuasa KKR. Justeru, satu perjumpaan telah diadakan di antara Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, pengurusan tertinggi KKR serta agensi, dan pengurusan tertinggi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan agensinya, Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) di ibu pejabat KKR semalam. Pasukan MOSTI telah membentangkan inisiatif Sandbox dan pencapaian program terdahulu yang telah […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation