Menilai kesediaan transformasi pendidikan digital di sekolah
Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili Pendidikan sentiasa menjadi bidang yang dinamik, berkembang dengan perubahan masyarakat dan kemajuan teknologi. Abad ke-21 menunukkan anjakan paradigma dalam pendidikan dengan penggunaan teknologi digital yang meluas. Landskap pendidikan telah mengalami transformasi pesat dengan kemunculan teknologi. Persekitaran pembelajaran berasaskan bilik darjah tradisional secara berperingkat memberi laluan kepada persekitaran pembelajaran yang lebih dinamik dan fleksibel yang menyatupadukan platform pembelajaran digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili Apabila institusi pendidikan beralih ke arah pembelajaran digital, adalah menjadi penting untuk menilai kesediaan penerimaan teknologi untuk memastikan penggunaannya berjalan lancar dan berkesan. E-pembelajaran sebagai subset dalam teknologi pendidikan merangkumi pelbagai bentuk media elektronik, alatan digital dan platform untuk menyampaikan kandungan pendidikan. Peralihan kepada pembelajaran digital berkembang cepat berdasarkan beberapa faktor seperti kebolehcapaian internet, penggunaan telefon pintar dan peranti lain yang bersambung […]