trending_flat

Noraini lawat mangsa banjir di Kemaman

KEMAMAN, 27 Disember 2023 - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad hari ini melakukan lawatan kerja ke tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Kemaman untuk memantau keadaan dan pengurusan mangsa banjir yang dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di PPS tersebut. Antara PPS yang sempat dilawati adalah di Dewan Sivik Air Putih yang menempatkan 178 mangsa banjir daripada 45 buah keluarga, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Teladas Air Putih yang menempatkan 45 Keluarga dengan jumlah 170 mangsa banjir dan PPS Surau Paya Mempuyu yang menempatkan 18 Keluarga terdiri daripada 71 orang mangsa. Noraini berkesempatan menyantuni mangsa banjir dan meninjau keperluan- keperluan yang disediakan di PPS. Menurut KPWKM, JKM bertanggungjawab menyedia dan menyelenggara PPS, menyedia dan mengedarkan bantuan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan asas kepada mangsa, menjalankan pendaftaran mangsa bagi maksud pemulihan […]

trending_flat

Isu Stesen Petronas kehabisan stok diesel telah selesai – Armizan

Susulan laporan media baru-baru ini berkaitan pengumuman oleh Petronas bahawa beberapa stesen minyaknya di seluruh negara sedang menghadapi kehabisan stok diesel, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata isu tersebut telah selesai. Kata Armizan, isu tersebut telah diselesaikan melalui kerjasama di antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Kewangan (MOF) dan Petronas sendiri. "Petronas akan membuat penghantaran bekalan tambahan dalam tempoh 24 hingga 48 jam. Petronas juga telah disyaratkan untuk mengemukakan senarai stesyen-stesyen minyak yang terlibat dengan penghantaran bekalan tambahan untuk membolehkan pemantauan dibuat secara menyeluruh." jelas Armizan. Tambah beliau, Petronas telah diminta mengemukakan laporan penuh dan dokumen terperinci punca isu berbangkit.

trending_flat

Banjir Landa Dua Lagi Negeri, 28,310 Mangsa Seluruh Negara Setakat 6 Pagi – NADMA

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir dipindahkan di enam negeri yang terjejas banjir terus meningkat kepada 28,310 orang setakat 6 pagi ini berbanding 25,938 orang petang semalam dengan Johor dan Sabah menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu. Laporan terkini kejadian bencana yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan Kelantan kekal dengan jumlah mangsa tertinggi sebanyak 17,466 orang yang dipindahkan ke 89 pusat pemindahan sementara (PPS), meningkat daripada 15,145 orang yang ditempatkan di 92 PPS pada 4 petang semalam. Di Terengganu pula, jumlah mangsa sedikit menurun kepada 10,103 orang yang berlindung di 113 PPS berbanding 10,199 orang di 125 PPS petang semalam, begitu juga di Pahang yang merekodkan seramai 485 mangsa di sembilan PPS berbanding 590 mangsa di 13 PPS. Selangor kekal dengan empat mangsa yang ditempatkan di PPS daerah Kuala Langat, manakala dua […]

trending_flat

KPKT kini dikenali sebagai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

PUTRAJAYA, 26 Disember 2023 - Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh pada Rabu, 13 Disember 2023 yang lalu, nama rasmi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan telah dipinda kepada KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN. Manakala singkatan nama (akronim) masih dikekalkan iaitu KPKT. Nama kementerian di dalam Bahasa Inggeris ialah MINISTRY OF HOUSING AND LOCAL GOVERNMENT dan nama baru ini akan diwartakan secara rasmi di bawah Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 [Akta 2]. Menurut KPKT, penyusunan semula nama rasmi tersebut dilihat menjadi keutamaan Kerajaan MADANI yang memberi tumpuan dalam memastikan penyediaan perumahan mampu milik yang mencukupi dan berkualiti di negara ini. Katanya lagi, penyediaan rumah mampu milik merupakan teras utama KPKT bagi pembinaan 500,000 unit rumah di seluruh negara khususnya untuk kumpulan B40 dan M40 menerusi Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). Hala Tuju Strategik melalui pelaksanaan Visi dan Misi KPKT terus diperkasakan menerusi lapan […]

trending_flat

Jumlah PPS bertambah, 3 kematian direkodkan setakat ini – NADMA

Sehingga 26 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari, terdapat 18 daerah di 4 negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor) yang dilanda banjir dengan peningkatan ketara jumlah mangsa kepada 25,351 dalam tempoh 24 jam (berbanding 5,018 mangsa pada 25 Disember 2023). Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), ia melibatkan 7,372 keluarga yang ditempatkan di 241 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). "Jumlah PPS yang dibuka juga bertambah berbanding 77 buah pada 25 Disember 2023. Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah Pasir Mas, Kelantan (7,834 mangsa), diikuti Kuala Krai, Kelantan (3,334 mangsa) dan Hulu Terengganu, Terengganu (3,133 mangsa)." kata NADMA. Dalam pada itu, terdapat 3 kematian akibat banjir MTL yang melibatkan 1 kanak-kanak lelaki di Kota Bharu, Kelantan (26 November 2023), 1 kanak-kanak perempuan di Pasir Mas, Kelantan (24 Disember 2023) dan 1 kanak-kanak perempuan di Pasir Mas, Kelantan (26 Disember […]

trending_flat

Banjir Di Tiga Negeri Semakin Buruk, Mangsa Banjir Terus Meningkat

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) - Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang bertambah buruk dengan peningkatan jumlah mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini berbanding malam tadi. Di KELANTAN jumlah mangsa banjir bertambah kepada 12,572 orang daripada 3,860 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 9,721 orang daripada 2,962 yang direkodkan malam tadi. Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan, Machang dan Kota Bharu menjadi jajahan terbaru terjejas banjir selepas Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Gua Musang dan Kuala Krai serta kesemua mangsa sedang berlindung di 82 PPS di tujuh jajahan itu. Enam PPS dibuka di Machang menempatkan 462 mangsa daripada 167 keluarga manakala sebuah PPS di Kota Bharu memberi perlindungan kepada 25 mangsa daripada tujuh keluarga. Di Pasir Mas, 24 PPS beroperasi menempatkan 7,210 mangsa daripada 2,334 keluarga, 19 PPS di Tanah Merah (1,783 mangsa daripada […]

trending_flat

Tingkatkan kesedaran ancaman di laut sewaktu musim cuti sekolah

๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š, ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang melaksanakan rondaan Preventive Search & Rescue (SAR) di sekitar perairan Pulau Kendi dan Teluk Bahang sempena sambutan perayaan Hari Natal. Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom berkata, pemantauan dilakukan oleh beberapa buah bot ronda pada setiap hari yang terdiri daripada pasukan yang bertugas di bawah rutin rondaan Maritim Malaysia. Tambah beliau, anggota yang melaksanakan rondaan pantai turut berkomunikasi secara langsung dengan komuniti maritim yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha bot penumpang dan bot pancing dengan mengedarkan pelekat maklumat keselamatan di laut. Ketika keadaan cuaca yang tidak menentu, aktiviti pelancongan di sekitar perairan pantai juga dinasihatkan supaya berjaga-jaga dengan situasi semasa. Inisiatif yang bermula pada 22 Disember hingga hari ini bertujuan membendung kejadian yang tidak diingini dan juga sebagai bantuan kecemasan serta […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

โœ–

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

โœ–

Stop following

Unfollow Cancel

โœ–

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation

โœ–