trending_flat

Tol percuma sempena Krismas 2023

KUALA LUMPUR 21 Sisember 2023 - Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma selama dua hari kepada para pengguna lebuh raya bagi semua jenis kenderaan bersempena dengan sambutan perayaan Hari Krismas yang akan disambut pada 25 Disember 2023. Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui mesyuarat bersama – sama dengan syarikat konsesi juga telah bersetuju dengan pelaksanaan pemberian tol percuma ini pada 23 Disember 2023 (Sabtu) dan 26 Disember 2023 (Selasa). Menurut KKR, pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kenderaan di semua plaza tol KECUALI di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim. "Pemberian tol percuma ini diharapkan dapat meringankan beban perjalanan semua rakyat Malaysia yang merancang pulang ke kampung halaman untuk melawat ahli keluarga dan sambutan Hari Krismas atau bercuti bersama-sama keluarga sempena musim cuti sekolah. Ini juga […]

trending_flat

14 jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Krismas 2023 – Armizan

KOTA KINABALU, 21 DISEMBER 2023 – Menjelang sambutan perayaan Krismas pada 25 Disember 2023, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2023 yang akan berkuat kuasa dari 23 Disember hingga 27 Disember 2023. Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali tempoh pelaksanaan adalah selama 5 hari iaitu 2 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 2 hari selepas perayaan. Sebanyak 14 jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Krismas 2023 dan senarai barangan adalahseperti berikut: (i) Daging Kambing Biri-Biri Bertulang Import;(ii) Tomato;(iii) Lada Benggala Hijau;(iv) Kubis Bulat Import (China dan Indonesia);(v) Lobak Merah;(vi) Cili Merah;(vii) Ubi Kentang Import (China);(viii) Bawang Merah Besar Import;(ix) Bawang Kuning Besar;(x) Ayam Tua Hidup (dikawal di Sarawak);(xi) Kepak Ayam ; (dikawal di Sabah, Sarawak dan WP Labuan)(xii) Babi Hidup (dikawal peringkat ladang, di Sabah, […]

trending_flat

𝗒𝗣 𝗠𝗔π—₯𝗗𝗒𝗙 | 𝗕𝗨𝗕𝗨 π—‘π—”π—šπ—” bernilai hampir π—₯π— πŸ±πŸ¬ ribu berjaya dirampas

π—Ÿπ—¨π— π—¨π—§, 𝟭𝟴 π——π—Άπ˜€π—²π—Ίπ—―π—²π—Ώ - Sebanyak 496 set bubu naga (Bubu Kambang) dengan anggaran nilai hampir RM50 ribu berjaya dirampas pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Perak dalam serbuan sempena OP MARDOF di Jeti Pangkalan Baru, Pantai Remis pagi tadi. Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, operasi bersepadu ini dilaksanakan Maritim Negeri Perak dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Negeri Perak serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kekuatan pegawai dan anggota seramai 32 orang. Tambah beliau, kejayaan operasi ini telah membongkar aktiviti perikanan menggunakan bubu naga yang dipasang oleh individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab di sekitar perairan Negeri Perak melalui hasil maklumat risikan, intipan dan pemantauan berterusan berikutan terdapat rungutan serta aduan yang diterima daripada orang ramai dan komuniti maritim kepada pihak berkuasa. Kesemua bubu naga yang dirampas itu dibawa ke pejabat Perikanan […]

trending_flat

Kafe Dellamar perkasa kemampuan Alumni dengan Kerjasama Pintar Koperasi PUO Ipoh Berhad

IPOH, 18 Disember 2023 - Politeknik Ungku Omar (PUO)telah mengorak langkah menggalakkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan para alumninya dengan perasmian Kafe Dellamar, sebuah kafe yang ditubuhkan secara perkongsian pintar Encik Izwan Helmi bin Mohd Mokhtar, alumni PUO bersama-sama Koperasi PUO Ipoh Berhad bertempat di Perpustakaan Tan Sri Othman Merican, PUO hari ini. Menurut PUO menerusi satu siaran media hari ini, pemilihan Perpustakaan Tan Sri Othman Merican sebagai lokasi Kafe Dellamar adalah bertepatan dengan konsep kafe yang santai serta menjadikan perpustakaan sebagai ruang pembelajaran yang lebih kondusif serta memberi keselesaan kepada para pelajar dan dalam masa yang sama menepati cita rasa belia kini. "Pusat Keusahawanan PUO turut menawarkan kerjasama dan bantuan dari segi penyediaan kemudahan, khidmat nasihat dan jaringan dan pemilik Dellamar kini menjalani proses latihan dan pemantauan oleh Majlis Francais Malaysia selama setahun dalam mendapatkan lesen sebagai Francaisor." kata PUO. […]

trending_flat

Maritim Pulau Pinang rampas Bubu Naga

π—£π—¨π—Ÿπ—”π—¨ π—£π—œπ—‘π—”π—‘π—š, 𝟭𝟴 π——π—Άπ˜€π—²π—Ίπ—―π—²π—Ώ - Maritim Negeri Pulau Pinang merampas tujuh set bubu naga di sekitar 3.6 batu nautika tenggara Pulau Rimau petang semalam. Menurut Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom, usaha membanteras penggunaan bubu naga akan terus dilaksanakan setiap masa oleh Maritim Malaysia. Ini kerana penggunaan bubu naga merupakan kaedah penangkapan hasil laut haram dan merupakan satu kesalahan di negara ini. Terdahulu, Maritim Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah bot nelayan tempatan (BNT) kelas C di kedudukan 20 batu nautika barat Daya Pulau Kendi pada 16 Disember lalu. Seramai lima kru termasuk tekong warga Myanmar berumur 23 hingga 43 tahun mengendalikan bot itu. Hasil pemeriksaan mendapati tekong warga Myanmar mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah namun empat kru yang lain gagal berbuat demikian. Hasil pemeriksaan, BNT terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah […]

trending_flat

Isu Kemiskinan, Peniaga Kecil Keutamaan Majukan Wilayah Persekutuan – Dr Zaliha

PUTRAJAYA, 15 Dis (Bernama) - Isu kemiskinan bandar dan tegar serta peniaga kecil merupakan antara keutamaan dalam menggalas tanggungjawab di Wilayah Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa. Dr Zaliha yang menggalas jawatan itu susulan rombakan Kabinet pada Selasa lepas berkata antara fokus beliau adalah membawa misi dan visi yang sebelum ini dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. β€œPerhatian ini untuk memastikan Wilayah Persekutuan terus maju dan sentosa sekali gus meningkatkan ekonomi,” katanya kepada media sebelum mengadakan taklimat bersama pegawai Jabatan Wilayah Persekutuan dan agensi, di sini hari ini. Masalah penjaja dan peniaga kecil sering menjadi perhatian Anwar apabila berulang kali menyatakan bahawa pembangunan bandar tidak boleh meminggirkan golongan berkenaan termasuk penyediaan kemudahan yang bersih serta selesa. Dr Zaliha berkata fokus lain adalah isu legasi melibatkan masalah perkampungan Kampung Baru, persediaan Wilayah Persekutuan dalam […]

trending_flat

Saifuddin terima kunjungan hormat Christopher A. Wray

PUTRAJAYA, 14 Disember 2023 - Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailΒ telah menerima kunjungan hormat Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat Christopher A. Wray di Parlimen Malaysia semalam. Kredit Foto : FB Rasmi KDN Menurut Saifuddin menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau semalam, kunjungan hormat tersebut adalah perbincangan susulan daripada pertemuan beliau dan Christopher Wray di Washington pada September lalu. "Saya mengulangi komitmen Malaysia untuk memperkukuh bidang keselamatan antara negara dan serantau disamping turut memberi fokus dalam beberapa aspek lain termasuklah kerjasama melibatkan usaha menangani jenayah rentas sempadan, menangkis ancaman pengganas serta pembangunan kapasiti."katanya. Kredit Foto : FB Rasmi KDN Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay turut hadir mengiringi Saifuddin di dalam pertemuan tersebut. Di samping beliau, turut hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, barisan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

βœ–

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

βœ–

Stop following

Unfollow Cancel

βœ–

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation

βœ–