trending_flat

Jumlah mangsa banjir semakin berkurangan

30 Disember 2023 - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan bahawa sehingga 30 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari, terdapat sepuluh (10) daerah di empat (4) negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor) yang masih dilanda banjir. Bagaimanapun terdapat pengurangan jumlah mangsa kepada 14,388 dalam tempoh 24 jam (berbanding 22,033mangsa pada 29 Disember 2023). Kata laporan tersebut, ia melibatkan 4,713 keluarga yang ditempatkan di 55 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka berkurang berbanding 92 buah pada 29 Disember 2023. "Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah di negeri Kelantan, iaitu Pasir Mas (9,449 mangsa), diikuti Tumpat (3,239 mangsa) dan Jeli (751, mangsa)." katanya. Laporan tersebut turut menyebut bahawa penumpuan angin dijangka berlaku di selatan Semenanjung dan barat Sarawak pada 30 Disember 2023 hingga 4 Januari 2024. "Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan di […]

trending_flat

Banjir : Anwar tiba di Kelantan

KELANTAN, 28 Disember 2023 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba di Kelantan bagi meninjau sendiri situasi banjir di sana. Menurut Anwar, sejurus tiba di Kota Bharu, beliau diberi taklimat ringkas berkaitan perkembangan terkini situasi banjir dan pengoperasian pasukan keselamatan kita. Anwar diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Pengarah NADMA Datuk Khairul Shahril Idrus. "Taklimat itu juga memperincikan masalah yang dihadapi, tantangan operasi, status mangsa di pusat pemindahan sementara selain pemberian bantuan kepada yang terkesan dengan bencana banjir. Agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sedang bekerjasama rapat bagi memastikan urusan kebajikan mangsa banjir yang diberi keutamaan tinggi pada setiap masa." kata Anwar melalui satu hantaran di Halaman X rasmi beliau. Seterusnya beliau ke Jambatan Lubok Jong, Pasir Mas, bagi melihat sendiri dampak banjir dan langkah […]

trending_flat

Banjir : Jumlah mangsa meningkat ke 26,827 setakat 12 tengah hari 28 Disember

Sehingga 28 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari, terdapat 16 daerah di 5 negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah) yang dilanda banjir dengan peningkatan jumlah mangsa kepada 26,827 dalam tempoh 24 jam (berbanding 25,849 mangsa pada 27 Disember 2023). Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),iIa melibatkan 8,486 keluarga yang ditempatkan di 130 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). "Jumlah PPS yang dibuka berkurang berbanding 185 buah pada 27 Disember 2023. Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah Pasir Mas, Kelantan (18,293 mangsa), diikuti Dungun, Terengganu (2,966 mangsa) dan Tumpat, Kelantan (1,732 mangsa)." kata laporan itu. Dalam pada itu, terdapat 14 fasiliti PDRM di Kelantan terjejas banjir, iaitu satu (1) Balai Polis Pasir Mas dan 13 Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas, Kelantan. Manakala di Terengganu terdapat tiga (3) fasiliti PDRM terjejas banjir, […]

trending_flat

Armizan turun padang tinjau pengurusan bencana banjir di Kota Marudu

28 Januari 2023 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali telah berkesempatan melawat PPS yang menempatkan mangsa banjir di daerah Kota Marudu iaitu PPS SMK Tandek yang telah mula beroperasi pada 24 Januari 2023. Bagi episod hujan lebat berterusan kali ini, setakat 27 Januari 2023, daerah Kota Marudu di Sabah adalah kawasan yang paling teruk dilanda banjir dengan merekodkan sebanyak 7,358 mangsa daripada 2,553 keluarga yang ditempatkan di 12 PPS. Dalam satu kenyataan hari ini, Armizan berkata tinjauan lapangan berkaitan pengurusan bencana banjir amat penting bagi mengenal pasti langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh agensi yang bertanggungjawab. Katanya secara keseluruhan, pengurusan bencana banjir di daerah Kota Marudu berjalan dengan baik dengan kerjasama rapat semua agensi berkaitan di peringkat persekutuan dan negeri. "Seperkara yang menjadi perhatian saya adalah pelaksanaan kali pertama […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation