Gempa bumi sederhana di luar Pantai Barat Sumatera Utara
Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Luar Pantai Barat Sumatera Utara pada jam 8:05 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:05 malam, 20 Julai 2024Koordinat: 0.1° Utara 96.5° TimurLokasi: Luar Pantai Barat Sumatera UtaraMagnitud: 5.7Jarak: 181km Barat Daya dari Nias,IndonesiaKedalaman: 65 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.