UNITEN perkasa JPN Pahang dengan AI demi sahut cabaran Belanjawan 2025
Oleh: Ts. Mahlindayu Tarmidi Ketika dunia bergerak dengan pantas ke arah digitalisasi, satu persoalan yang sering timbul adalah: adakah kita benar-benar bersedia untuk menghadapi revolusi ini, terutamanya dalam bidang pendidikan? Pada 21 Oktober 2024 yang lalu, bengkel pemerkasaan kecerdasan buatan (AI) yang dianjurkan oleh Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) untuk kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang, memberi gambaran jelas bahawa masa depan pendidikan Malaysia tidak lagi boleh dipandang dari kacamata tradisional. Menariknya, program ini dijalankan melalui Geran Komuniti Yayasan Canselor UNITEN, satu inisiatif yang mencerminkan komitmen UNITEN terhadap pembangunan komuniti dan transformasi digital. Program ini disokong oleh gabungan tenaga pengajar dari tiga kolej yang berbeza latar belakang, bukan hanya dari jurusan teknikal. Ts. Mahlindayu Tarmidi, pensyarah perakaunan dari Kolej Pengajian Siswazah, Ustaz Rusli Abdul Roni, pensyarah pengajian am dari Kolej Pendidikan Berterusan, serta Wan Farhah Shafiy, Nur Hidayah, dan Maizatul Akmar […]