Kemasukan Pelajar ke Politeknik dan Kolej Komuniti Meningkat Hampir 20 Peratus
PUTRAJAYA, 27 OGOS 2023 - Kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke politeknik dan kolej komuniti meningkat sebanyak hampir 20 peratus pada Sesi Akademik I 2023/2024. Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Haji Mohd Zahari Ismail berkata ianya merupakan satu lonjakan yang agak besar. “Statistik pendaftaran pelajar baharu setakat 25 Ogos 2023 menunjukkan bahawa politeknik dan kolej komuniti menerima kemasukan pelajar baharu seramai 26,539 orang bagi sesi kali ini berbanding tahun lepas atau sesi sebelum ini iaitu 22,634 pelajar, sesuatu di luar jangkaan kita. Sesi pendaftaran pelajar masih dibuka sehingga 18 September hadapan dengan mensasarkan seramai 32,000 orang pelajar baharu akan hadir mendaftar di politeknik dan kolej komuniti bagi sesi kali ini. Saya ingin mengucapkan tahniah terutamanya kepada Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) atas usaha berterusan mereka untuk meningkatkan […]