trending_flat

Mengukuh pendidikan STEM melalui inovasi makmal jarak jauh

Oleh: Dr. Mohd Nashrul Mohd Zubir Seorang pelajar sedang menggunakan sistem makmal jarak jauh yang dihasilkan Dalam dekad ini, kita telah pun melihat perubahan yang drastik dalam kaedah pendidikan kita. Revolusi digital yang menyeluruh telah mengubah pelbagai aspek kehidupan seharian, termasuklah dalam bidang pendidikan, khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Sebagai seorang penyelidik dan pendidik, saya percaya bahawa sudah tiba masanya kita melihat kepada pendekatan yang lebih fleksibel, inovatif, dan inklusif dalam mengajar serta mendalami mata pelajaran STEM. Salah satu inovasi terkini yang saya bangunkan bersama rakan-rakan penyelidik adalah makmal jarak jauh, yang bukan sahaja mampu memodenkan cara pembelajaran, malah turut memberikan impak positif terhadap minat dan penglibatan pelajar dalam bidang ini. Mengapa makmal jarak jauh? Makmal adalah komponen terpenting dalam pendidikan STEM. Ia adalah tempat di mana teori sains dipraktikkan dan diuji. Melalui eksperimen, pelajar dapat […]

trending_flat

Menilai pengajaran, bukan riuh bergosip

Oleh: Nurfilzah Emily Mohamad Khairuddin Dalam era media sosial yang berkembang pesat, segala aspek kehidupan selebriti atau pempengaruh sering kali menjadi tumpuan umum. Setiap gerak-geri mereka diikuti dan setiap perincian mengenai kehidupan mereka termasuk perceraian menjadi bahan perbincangan hangat di kalangan netizen. Salah satu isu yang sering menarik perhatian ialah perceraian selebriti di mana setiap perincian mengenai perpisahan mereka dikongsi dan dianalisis. Namun, adakah kita benar-benar perlu melibatkan diri dalam perbincangan ini terutamanya jika kita tidak mengenali mereka secara peribadi? Perlu diingat bahawa perceraian adalah isu peribadi dan menjadi tanggungjawab kita sebagai masyarakat untuk tidak menjadikannya bahan gosip semata-mata. Dalam hal ini, kita harus memahami bahawa setiap individu tanpa mengira status atau populariti mempunyai hak untuk menjaga aib dan privasi mereka. Ambillah pengajaran dari apa juga kejadian, dan bukan dengan mengeruhkan keadaan dengan menyebarkan fitnah tak berasas (John Schnobrich - […]

trending_flat

MEMBANGUNKAN POTENSI PELAJAR ORANG ASLI DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MELALUI PENGLIBATAN AKTIF DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM

Oleh: Nik Amalena Najebah Nik Azman, Pensyarah, UNITEN Business School, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kampus Sultan Haji Ahmad Shah. Pada masa kini, bilangan pelajar Orang Asli di institusi pengajian tinggi semakin meningkat, mencerminkan kesedaran yang kian berkembang dalam kalangan mereka terhadap kepentingan Pendidikan tinggi. Pendidikan tinggi bukan sahaja kunci kepada masa depan yang cerah, tetapi juga landasan penting untuk membina masyarakat yang inklusif dan mampan. Namun, untuk memastikan kejayaan sebenar, pengalaman pendidikan perlu melangkaui bilik kuliah dan turut merangkumi peluang yang luas dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti seperti kelab, persatuan, dan acara luar kelas memainkan peranan penting dalam perkembangan peribadi dan profesional pelajar. Bagi pelajar Orang Asli di universiti, penglibatan dalam aktiviti ini sangat penting untuk membina kemahiran sosial, kepimpinan, dan kreativiti. Walaupun begitu, masih wujud jurang ketara dalam peluang penglibatan mereka yang memerlukan perhatian serius daripada pihak universiti dan masyarakat. […]

trending_flat

150 PELAJAR DALAMI BIDANG LOGISTIK BERSAMA TENAGA PENGAJAR DARI JEPUN

Sumber Gambar: https://www.instagram.com/polisas_official/ KUANTAN, 7 Oktober 2024 – Seramai 150 pelajar jurusan Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan (DLS), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) berpeluang mendalami bidang logistik menerusi program Logistics Human Resource Development of Intensive Course on Logistics Operation and Networking 2024. Para pelajar diberikan pendedahan dan latihan berkaitan amalan industri logistik oleh empat tenaga pengajar dari Jepun yang memiliki kepakaran dalam bidang logistik dan dibantu oleh 15 fasilitator yang terdiri daripada pensyarah Jabatan Perdagangan, POLISAS. Program yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini merupakan inisiatif bersama Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan POLISAS, melalui jalinan usahasama penganjuran daripada kerajaan Jepun menerusi Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan(MLIT) dan  Yayasan Kumpulan Sagawa Holdings (SGH). Majlis pembukaan program ini telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Pusat Logistik […]

trending_flat

LEBIH 500 PESERTA SERTAI MPIOC 2024

Sumber Gambar: https://www.instagram.com/polisas_official/ KUANTAN, 6 Oktober 2024 – Seramai 524 peserta dari Malaysia dan negara luar iaitu Indonesia, Jepun, Singapura, Perancis, Chinese Taipei dan SAR Hong Kong menyertai Malaysian POLYCC International Orienteering Championship (MPIOC 2024) | World Ranking Event | The 4th Series Asean League bagi dua kategori utama dipertandingkan serta kategori pelajar sekolah. Seramai 288 peserta direkodkan bagi kategori utama World Ranking Event (WRE) dan National Ranking Event (NRE) manakala baki 236 lagi merupakan peserta bagi kategori pelajar sekolah menengah dan rendah. MPIOC 2024 merupakan anjuran Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama daripada Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Persatuan Sukan Orienteering Malaysia (PESOM) dan Persatuan Sukan Orienteering Pahang (POSAS), yang berlangsung selama dua hari bermula semalam, bertempat di POLISAS. Kejohanan ini turut mendapat […]

trending_flat

Menyimbang kecemerlangan akademik dan nilai modal insan

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Masyarakat kini sering dihadapkan dengan cabaran untuk mencapai kecemerlangan akademik. Pelajar terpaksa bersaing dengan rakan sebaya mereka untuk mendapatkan pencapaian terbaik, namun dalam kesibukan tersebut, penting untuk tidak mengabaikan nilai modal insan. Modal insan merujuk kepada kualiti dan nilai diri yang perlu dihasilkan melalui pendidikan dan pengalaman seharian. Mencari keseimbangan antara kedua-dua aspek ini iaitu, kecemerlangan akademik dan nilai modal insan, ia adalah kunci untuk pembangunan individu yang holistik dan berintegriti selari dengan konsep ihsan yang dituntut Islam. Dalam hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, di mana Amalan Pendidikan Anti-Bias (APAB) diperkenalkan sebagai proses pendidikan. Pembentukan jatidiri perlu dibentuk diperingkat sekolah rendah lagi, sama ada dilaksanakan secara formal atau tidak formal bagi mengubah corak pemikiran serta tingkah laku masyarakat supaya menjadi lebih peka dan prihatin terhadap persamaan hak kemanusiaan. APAB diwujudkan bagi membantu negara mencapai matlamat membina […]

trending_flat

Mencari nilai penceritaan data di seberang

Penyelidikan kualitatif eratkan hubungan penyelidik Malaysia-Indonesia Oleh: Maria Mohd Ismail, Siti Nur Edlyn Nadia Zuraiju Dalam dunia akademik yang semakin pesat berkembang, data sering dianggap sebagai raja. Namun, apakah nilai sebuah data jika tiada penceritaan yang memberi makna? Seperti buku yang tidak disertakan dengan sebuah penulisan yang menarik, angka dan fakta sahaja tidak cukup untuk menggerakkan hati dan minda pembaca. Dan itulah kelebihan penyelidikan kualitatif – ia menyulami data dengan penceritaan yang mendalam, menjadikannya lebih ‘hidup’ dan tentunya relevan. Jemputan sebagai penceramah kajian kualitatif di dua universiti awam di Republik Indonesia pada 5 September lalu ternyata mengeratkan hubungan antara pensyarah dan pelajar ijazah tinggi Malaysia dan Indonesia. Sesi perbincangan yang membincangkan penyelidikan menggunakan kaedah kajian kualitatif berjaya menzahirkan kepentingan kajian yang lebih memahami kehidupan masyarakat setempat, budaya, dan adat. Kunjungan pertama di Universitas Negeri Padang (UNP), Kota Padang, Indonesia, berlangsung […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation