trending_flat

SANTUNI MADANI POLYCC : PSA Sumbang Katil Hospital Untuk Penduduk Kampung Bendang Siam

CHANGKAT JERING, 25 Ogos 2024 - Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) melalui Seeds@PSA telah menyerahkan dua buah katil hospital untuk kegunaan penduduk Kampung Bendang Siam menerusi program Satu Pemimpin Satu Kampung (SANTUNI MADANI) POLYCC, di sini semalam. Pengarah PSA, Zainah Rujihan serta Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PSA Muhammad Faiz Abdullah menyerahkan katil tersebut kepada salah seorang penerima iaitu Hawa Muhammad, 72, yang menghidapi penyakit kencing manis dan dan lain-lain penyakit lain serta merupakan OKU pendengaran. Bagi penerima kedua pula merupakan ibu tunggal yang menghidapi radang sendi dan masalah paru-paru yang dikenali sebagai Habsah Syafie, 42. Sementara itu, Penghulu Mukim Bukit Gantang, Muhamad Fadzil Abd Mutalib, 46, berkata pihaknya sangat berterima kasih atas inisiatif yang diambil oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komunti (JPPKK) dalam membantu komuniti Kampung Bendang Siam. "Kita sangat berterima kasih. Mereka pun memang dah lama […]

trending_flat

Shopee dan Kementerian Kesihatan Malaysia Lancar Inisiatif Pek Kasih Mama 

KUALA SELANGOR, 15 Jun 2024 - Shopee Malaysia, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), melancarkan kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pek Kasih Mama hari ini. Inisiatif ini didedikasikan untuk meningkatkan komuniti tempatan melalui teknologi dan menyediakan sokongan penting kepada para ibu di seluruh Malaysia. Majlis pelancaran yang diadakan di Dewan MPKS Puncak Alam ini telah dilancarkan oleh Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad yang secara peribadinya telah menyampaikan 300 pek penjagaan kepada ibu dan bakal ibu. Sebanyak 1,000 pek penjagaan telah disediakan untuk kempen CSR ini. Setiap Pek Kasih Mama dipilih susun dengan teliti yang merangkumi barangan penjagaan bayi dan ibu yang penting seperti lampin yang disahkan oleh KKM, tisu basah bayi, produk mandian, tuala, keperluan penyusuan anak, dan produk penjagaan kulit yang selamat untuk wanita hamil dan yang menyusukan anak. Baki 700 pek penjagaan akan diagihkan […]

trending_flat

JANM santuni fakir jalanan

KUALA LUMPUR - Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) menganjurkan program Corporate Social Responsibility (CSR) pada 29 Mac 2024 (Jumaat) kepada fakir jalanan di sekitar Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Program tersebut adalah dengan kerjasama pengasas Pertubuhan Jejak Jalanan dan juga influencer media sosial terkenal iaitu Abbe Hae. "Sebanyak 150 bakul makanan dan pakaian telah diagihkan kepada fakir jalanan yang akan diserahkan oleh Timbalan Akauntan Negara (Operasi), Puan Noorlida Mohd Khalid dan juga 50 orang sukarelawan yang terdiri daripada pegawai JANM untuk membantu meringankan bebanan ekonomi mereka dan memastikan keperluan asas makanan dipenuhi. Makanan dan pakaian adalah sumbangan dari warga JANM sendiri." kata JANM. Tambahnya, tujuan program adalah untuk memberikan bantuan kepada fakir jalanan melalui sumbangan makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik atau menghadapi kesukaran kewangan. Katanya lagi, selain itu, ia juga merupakan usaha untuk […]

trending_flat

Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan MenerusiInisiatif CSR Sesama Mara

KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk menyemarakkan suasana di bulan Ramadan dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Antara aktiviti tersebut adalah dengan meraikan anak-anak yatim daripada rumah kebajikan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan, Petaling Jaya dengan membawa mereka membeli-belah sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam pada itu, Air Selangor juga mengambil kesempatan menyantuni anak-anak yatim tersebut dengan jamuan berbuka puasa bagi bersama-sama menikmati suasana Ramadan. Dalam pada itu, Air Selangor juga telah mengagihkan bubur lambuk kepada rumah anak yatim, keluarga B40 dan komuniti setempat di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor dan Masjid Makmuriah, Sungai Besar, Sabak Bernam. Di bawah payung Sesama Mara juga, Air Selangor mengagihkan bantuan barangan makanan asas Box of Hope sebanyak 100 kotak kepada keluarga B40 di […]

trending_flat

Alamanda Putrajaya raikan Anak-anak Yatim Pertubuhan Warisan Suci menjelang Hari Raya Aidilfitri

PUTRAJAYA, 26 Mac 2024 – Untuk menyebarkan keceriaan Hari Raya, Pusat Beli Belah Alamanda menjemput beberapa anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik dari Pertubuhan Warisan Suci, Kajang untuk membeli-belah persiapan Hari Raya pada 26 Mac 2024 sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR). Kanak-kanak yang berusia sehingga 6 tahun itu tiba bersama Pengurus Pertubuhan Warisan Suci, Puan Siti Khadijah Nadzri, disambut mesra Pengurus Besar Pusat Beli Belah Alamanda, Junaidy Jamaludin. Pihak pengurusan Alamanda kemudiannya membawa kanak-kanak tersebut membeli-belah sepasang kasut raya dan sut baju raya. Majlis menjadi lebih bermakna apabila kanak-kanak tersebut diberikan duit raya. Semasa berbuka puasa, anak-anak yatim tersebut tidak dapat menahan kegembiraan serta kesyukuran kerana dibenarkan memilih apa sahaja yang mereka mahu dari menu makanan. Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, “Sebagai satu-satunya pusat membeli-belah di Putrajaya, kami menyedari keperluan untuk memainkan […]

trending_flat

Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif CSR Sesama Mara

KUALA LUMPUR 25 Mac 2024 - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk menyemarakkan suasana di bulan Ramadan dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Antara aktiviti tersebut adalah dengan meraikan anak-anak yatim daripada rumah kebajikan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan, Petaling Jaya dengan membawa mereka membeli-belah sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam pada itu, Air Selangor juga mengambil kesempatan menyantuni anak-anak yatim tersebut dengan jamuan berbuka puasa bagi bersama-sama menikmati suasana Ramadan. Dalam pada itu, Air Selangor juga telah mengagihkan bubur lambuk kepada rumah anak yatim, keluarga B40 dan komuniti setempat di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor dan Masjid Makmuriah, Sungai Besar, Sabak Bernam. Di bawah payung Sesama Mara juga, Air Selangor mengagihkan bantuan barangan makanan asas Box of Hope sebanyak 100 kotak kepada […]

trending_flat

Bank Rakyat Santuni Golongan Asnaf di Sekitar Sungai Buloh

SUNGAI BULOH, 23 Mac 2024 – Bank Rakyat terus komited menyantuni masyarakat yang memerlukan dengan menyerahkan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada 150 keluarga asnaf yang dikenal pasti di sekitar Sungai Buloh. Program penyerahan sumbangan berkenaan dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Ramanan Ramakrishnan serta Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Dr. Mohammad Hanis Osman, bertempat di Masjid Bandar Baru Sungai Buloh. Dato’ Ramanan Ramakrishnan dalam satu kenyataan berkata, sumbangan daripada organisasi korporat merupakan satu inisiatif yang amat penting kerana ia mampu memberi impak kepada seluruh masyarakat dan negara dari segi kemakmuran sejagat. “Saya memuji komitmen Bank Rakyat yang sentiasa berusaha mendekati masyarakat setempat menerusi inisiatif sebegini bagi memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan sebagai tanda ihsannya terhadap kesejahteraan golongan asnaf ini yang mana dilihat sejajar dengan nilai Malaysia MADANI. Sudah tentu menjadi lebih bermakna buat mereka kerana dapat […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation