trending_flat

Jumlah PPS bertambah, 3 kematian direkodkan setakat ini – NADMA

Sehingga 26 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari, terdapat 18 daerah di 4 negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor) yang dilanda banjir dengan peningkatan ketara jumlah mangsa kepada 25,351 dalam tempoh 24 jam (berbanding 5,018 mangsa pada 25 Disember 2023). Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), ia melibatkan 7,372 keluarga yang ditempatkan di 241 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). "Jumlah PPS yang dibuka juga bertambah berbanding 77 buah pada 25 Disember 2023. Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah Pasir Mas, Kelantan (7,834 mangsa), diikuti Kuala Krai, Kelantan (3,334 mangsa) dan Hulu Terengganu, Terengganu (3,133 mangsa)." kata NADMA. Dalam pada itu, terdapat 3 kematian akibat banjir MTL yang melibatkan 1 kanak-kanak lelaki di Kota Bharu, Kelantan (26 November 2023), 1 kanak-kanak perempuan di Pasir Mas, Kelantan (24 Disember 2023) dan 1 kanak-kanak perempuan di Pasir Mas, Kelantan (26 Disember […]

trending_flat

MET Malaysia keluarkan Amaran Hujan Berterusan Waspada (Kuning)

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada 02.00 petang, 26 Disember 2023 telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan Waspada (Kuning),seperti yang dipaparkan di bawah. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah hendaklah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisikotinggi. "Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah juga dimohon untuk memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan. Semua Pusat Operasi/Kawalan Bencana Peringkat Pusat hendaklah memanjangkan Notis ini ke peringkat Negeri dan Daerah. Butiran PPS pada jam 12:00 PM, 26 Disember 2023 adalah seperti berikut :

trending_flat

Luruan monsun dijangka berlaku sehingga 27 Disember

Menurut Laporan Harian Bencana yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sehingga 25 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari, terdapat sepuluh (14) daerah di lima (5) negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan) yang dilanda banjir dengan peningkatan ketara jumlah mangsa kepada 5,018 dalam tempoh 24 jam (berbanding 1,741 mangsa pada 24 Disember 2023). Ia melibatkan 1,361 keluarga yang ditempatkan di 77 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Manakala jumlah PPS yang dibuka juga bertambah berbanding 21 buah pada 24 Disember 2023. "Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah Pasir Mas, Kelantan (1,174 mangsa), diikuti Dungun, Terengganu (1,157 mangsa) dan Tanah Merah, Kelantan (733 mangsa). Terdapat dua (2) kematian akibat banjir MTL yang melibatkan satu (1) kanak-kanak lelaki di Kota Bharu, Kelantan (26 November 2023) dan satu (1) kanak-kanak perempuan di Pasir Mas, Kelantan (24 Disember 2023) direkodkan […]

trending_flat

Ribut petir, hujan lebat dijangka melanda enam negeri

25 September 2023 - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan Amaran Ribut Petir di mana ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di beberapa negeri iaitu : Kedah (Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar) Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Bentong) Selangor (Hulu Langat) dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol). Amaran tersebut adalah sehingga 2:00 petang hari ini.

trending_flat

Ribut petir dijangka melanda bermula 19 September sehingga November

14 September 2023 - Malaysia dijangka mengalami Fasa Peralihan Monsun a bermula pada 19 September 2023 dan berterusan sehingga November 2023. Permulaan fasa itu menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 15 Mei 2023. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah semasa fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat. "Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak. Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh." jelas Muhammad Helmi. Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan […]

trending_flat

Hujan lebat dijangka berlaku di Kedah, Sabah, Sarawak dan Labuan

26 MAC 2023 - Jabata Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan satu kenyataan pada pagi ini memaklumkan bahawa ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Kedah, Sabah, Sarawak dan Labuan pada hari ini. "Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Langkawi Kedah. Manakala di  Sarawak adalah di Limbang. Di Sabah pula kawasan terlibat adalah di Pedalaman (Kuala Penyu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan). Turut terlibat adalah WP Labuan." kata kenyataan tersebut. Amaran tersebut berkuatkuasa sehingga 1:00 tengah hari hari ini.

trending_flat

Armizan lawat mangsa banjir di Segamat

25 Januari 2023 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali telah melawat 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Segamat, Johor iaitu PPS Seberang Batu dan PPS Dewan Komuniti Kampung Tasek di mana kedua-dua PPS ini telah diaktifkan pada 24 Januari 2023. Menurut Armizan, setakat ini, daerah Segamat di Johor adalah kawasan yang paling teruk terjejas dengan merekodkan sebanyak 1,392 mangsa daripada 393 keluarga yang ditempatkan di 13 PPS. "Secara keseluruhan, jumlah mangsa banjir di Johor melibatkan 5 daerah iaitu Segamat, Kota Tinggi, Kluang, Mersing dan Batu Pahat dengan jumlah keseluruhan seramai 3,482 mangsa daripada 984 keluarga yang berada di 35 PPS." katanya. Sementara itu, pada 24 Januari 2023, pukul 7.45 malam, NADMA telah menerima laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berhubung Amaran Bahaya yang telah dikeluarkan berhubung bacaan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation