Gempa bumi kuat di Rantau Kepulauan Mariana
Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Rantau Kepulauan Mariana pada jam 7:36 malam hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 7:36 malam, 16 September 2024Koordinat: 17.1° Utara 147.2° TimurLokasi: Rantau Kepulauan MarianaMagnitud: 6.3Jarak: 2,156km Tenggara dari Yokosuka, JepunKedalaman: 112 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.