Gempa bumi sederhana di Laut Banda
Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam 4:52 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:52 pagi, 18 Ogos 2024Koordinat: 6.6° Selatan 128.1° TimurLokasi: Laut BandaMagnitud: 5.2Jarak: 325km Selatan dari Ambon,IndonesiaKedalaman: 318 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.