Gempa bumi kuat melanda Kyushu, Jepun
Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Kyushu, Jepun pada jam 12:20 t3:42 petang tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 3:42 petang, 8 Ogos 2024Koordinat: 31.7° Utara 131.7° TimurLokasi: Kyushu, JepunMagnitud: 6.9Jarak: 37km Tenggara dari Miyazaki,JepunKedalaman: 41 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.