trending_flat

Belanjawan 2024 : Perkukuh EV & Ekosistem Mobiliti Hijau

CYBERJAYA, 14 OKTOBER 2023 –Insititut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) menyambut baik Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri. Menurut MARii, langkah Kerajaan memperkenalkan Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik Untuk Rakyat ini adalah selari dengan Dasar Automotif Nasional (2020) yang diterajui oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Subsidi rebat tunai motosikal EV itu akan memanfaatkan 10,000 orang pengguna motosikal EV yang pendapatan tahunannya di bawah RM120,000. Mereka bakal menikmati menikmati nilai rebat RM2,400 sehingga 31 Disember 2024. Pelaksanaan inisiatif yang memperuntukkan sebanyak RM24.1 juta itu, disifatkan sebagai pemangkin bagi mengalakkan penerimaan dan permintaan rakyat terhadap penggunaan kenderaan berasaskan elektrik yang tidak hanya terhad kepada kereta sahaja. MARii yakin langkat tersebut penting dalam pembangunan teknologi serta aktiviti perniagaan tempatan berkaitan EV. Ia sejajar dengan matlamat Ekonomi MADANI bagi memperkasa rakyat dari segi keterangkuman terutama dalam pengunaan teknologi baharu, […]

trending_flat

Belanjawan 2024 : KKR menyasarkan pembangunan negara secara mampan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) menyambut baik pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mendukung wawasan Ekonomi MADANI yang dirangka untuk membina semula negara supaya gemilang, terangkum dan mampan. Menterinya, Dato Seri Alexander Nanta Linggi berkata, KKR amat bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, kerana kesemua inisiatif yang dicadangkan oleh KKR telah dipersetujui dan dibentangkan dalam Belanjawan 2024, malahan terdapat tambahan peruntukan berbanding yang dicadangkan dan ia adalah cerminan keprihatinan Kerajaan dalam merealisasikan hasrat meningkatkan darjat hidup rakyat melalui penyediaan Kemudahan Asas Bertaraf Dunia. Katanya lagi, secara keseluruhan, KKR menerima RM9.511 bilion peruntukan bagi tahun 2024, iaitu kenaikan 12.7% berbanding RM8.439 bilion yang diterima pada tahun 2023. Jumlah bajet mengurus KKR yang diluluskan adalah sebanyak RM949.37 juta iaitu kenaikan sebanyak 9.72% berbanding RM865.27 juta yang diterima untuk tahun 2023. "Manakala bajet pembangunan […]

trending_flat

KPDN perkasa penguatkuasaan tangani ketirisan subsidi dan amalan kartel – Armizan

PUTRAJAYA, 14 OKTOBER 2023 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyambut baik Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan yang memberikan fokus kepada usaha melaksanakan reformasi ekonomi dan memperkasa rakyat. Menurut Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, KPDN terus komited untuk bersama menggerakkan agenda subsidi bersasar khususnya dalam konteks mengurangkan ketirisan subsidi melalui pemantauan dan penguatkuasaan. "KPDN akan memastikan peruntukan sejumlah RM10 juta yang disalurkan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan digunakan untuk memastikan amalan kartel dan pakatan harga yang memberikan impak negatif kepada rakyat dan negara akan dapat diatasi dan ditangani dengan lebih berkesan. Selain itu, bagi memastikan produk-produk tempatan mendapat tempat di hati rakyat, usaha pembelian produk tempatan akan diperhebatkan melalui Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) melalui peruntukan sebanyak RM12 juta. Program Pengukuhan Francais bagi meningkatkan eksport yang menerima […]

trending_flat

PMX umum subsidi tambahan RM400 juta tangani isu harga beras

Kerajaan akan menyalurkan subsidi tambahan berjumlah hampir RM400 juta dalam rangka memastikan harga beras tempatan tidak meningkat dan bekalannya mencukupi untuk keperluan rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan subsidi tambahan ini akan digunakan bagi menampung keperluan agensi dan jabatan kerajaan seperti kem tentera, polis dan asrama sekolah yang menggunakan beras dalam jumlah yang besar. “Diberitahu Kementerian Kewangan kepada ‘central contract’ supaya beli hanya beras import jangan beli beras tempatan untuk kem tentera polis dan jabatan kerajaan, asrama sekolah bagi mengurangkan tekanan keperluan beras dalam kalangan rakyat,” kata beliau. Ini bermakna, sehingga lima peratus bekalan beras tempatan yang digunakan oleh agensi kerajaan akan dipulangkan kepada pasaran umum. “Beras tempatan tak cukup disebabkan harga beras import naik, ada hotel pun sudah pakai beras tempatan. Lima peratus penggunaan ini (oleh premis kerajaan), kita beri subsidi beli beras import supaya lima […]

trending_flat

SPT dilancarkan secara rasmi

KUALA LUMPUR, 29 September 2023 – Sejajar dengan kempen MYJalan yang antara lain dilaksanakan bagi memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya, sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, hari ini bertempat di Plaza Tol Loke Yew, Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA). Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR), SPT merupakan inisiatif Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuh Raya ke arah memberi kemudahan kepada pengguna lebuh raya membuat bayaran tol menggunakan kad debit, kad kredit dan kad prabayar yang mempunyai logo MyDebit, Visa atauMastercard, sekaligus memberi alternatif baharu kepada kaedah pembayaran tol sedia ada menggunakan kad Touch ‘n Go, Smart Tag dan Radio Frequency Identification (RFID). "Lorong SPT telah dibuka kepada pengguna semasa Ujian Rintis Awam secara berperingkat di lebuh raya – lebuh raya terpilih […]

trending_flat

Majlis Perasmian dan Pelancaran Cashless Pusat Peranginan Tanah Tinggi Pertama, Bukit Fraser

PAHANG 21 September 2023 – Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang dengan kerjasama Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu (Wilayah Pantai Timur) dan Maybank Cawangan Kuantan telah mengadakan Majlis Perasmian dan Pelancaran Cashless Pusat Peranginan Tanah Tinggi Pertama, Bukit Fraser di Dewan Komplek Sukan Bukit Fraser, Raub pada petang semalam. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Cik Leong Yu Man. Menurut Tourism Pahang, Kerajaan Negeri akan sentiasa mengorak langkah bersama-sama pihak institusi-institusi perbankan dan pengeluar wang elektronik bukan bank bagi memastikan Negeri Pahang menjadi negeri pintar melalui penggunaan transaksi digital bagi semua urusan pembayaran. "Penganjuran inisiatif seperti ini amat membantu memperluaskan aktiviti ekonomi peniaga mahupan orang awam melaluiplatform berteknologi tinggi serta pembayaran tanpa tunai bagimengurangkan jurang digital di kalangan bandar. Usaha ini juga memerlukan perancangan rapi serta penglibatan setiap jabatan dan agensi untuk merangka dan […]

trending_flat

Armizan turun padang tinjau harga beras dan barangan keperluan

GOMBAK 19 September 2023 - Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali telah melakukan pemeriksaan di Pasar Raya Sri Ternak, Selayang dan Pasar Raya NSK Selayang, Batu Caves, Selangor semalam. Turut hadir dalam pemantauan yang dilakukan ini adalah pengurusan tertinggi Kementerian, Bahagian Penguat kuasa (BPGK) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Penguat kuasa Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Menurut Armizan, tinjauan pemeriksaan tersebut dilakukan adalah bagi melihat sendiri situasi semasa yang berlaku di lapangan berhubung kedudukan bekalan dan harga beras dan barangan keperluan harian yang lain termasuk gula, minyak masak, tepung gandum dan sebagainya. "Bermula 7 Julai 2023, KPDN dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melancarkan Kolaborasi Bersepadu OPS JAMIN bagi memastikan pengguna sentiasa mendapat keterjaminan bekalan beras yang mencukupi dengan harga […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation