trending_flat

Tragedi Gaza bukan peperangan tetapi pembunuhan besar-besaran

Oleh: Dr. Mohd. Khairul Naim Che Nordin Awal tahun 2024 ini bakal menyaksikan Gaza, Palestin yang memegang rekod antara tempat terpadat di dunia kini turut menjadi tempat paling berbahaya di dunia. Lebih 23,000 orang telah terbunuh dan 59,000 cedera. Dari jumlah yang terbunuh, dianggarkan 10,000 adalah kanak-kanak. Badan Kemanusiaan, Save the Children melaporkan secara puratanya 10 kanak-kanak kehilangan anggota badan setiap hari sejak 7 Oktober 2023. UNICEF pada 8 Januari 2024 melaporkan 90% kanak-kanak di Gaza kini tidak mendapat makanan berzat dan ia kenaikan ketara berbading 80% dua minggu yang lepas. Dr. Mohd. Khairul Naim Che Nordin Rekod ini sangat mengerikan kerana ia hanya berlaku dalam tempoh tiga bulan sahaja. Tanggal tahun baru 2024, sejarah mencatatkan Gaza sebagai bandar paling teruk dihentam bom di abad ke-21, sebaris Dresden dan Hamburg sewaktu Perang Dunia Kedua. Euro-Med Human Rights Monitor melaporkan 25,000 […]

trending_flat

Konflik Palestin ujian kita mengurus keamanan global

Oleh: Rusli Abdul Roni Rejim Zionis telah mengakhiri gencatan senjata dan meneruskan serangan terhadap penduduk Palestin. Krisis kemanusiaan di Palestin nampaknya terus berlanjutan tanpa tanda-tanda akan segera berakhir. Bilangan mangsa kematian dan cedera kian bertambah, dan kesemua mereka dianggap sebagai syahid. Agenda genosida Israel terhadap rakyat dan negara Palestin kelihatan bakal memusnahkan generasi Palestin secara keseluruhan. Rejim Zionis nampaknya tidak menghiraukan desakan antarabangsa, termasuk dari rakyatnya sendiri. Rusli Abdul Roni Yang paling membimbangkan ialah krisis yang tiada berpenghujung ini seolah-olah hanya dirasai oleh rakyat Palestin yang malang. Kanak-kanak, sebagai generasi penerus yang tidak bersalah, seharusnya memiliki ruang untuk membina masa depan yang selayaknya. Namun, dunia masih kedengaran penuh dengan retorik kosong tanpa tindakan yang jelas untuk menyelesaikan masalah ini. Seolah-olah penyelesaian hanya berlaku di ruang perundingan, tanpa tindakan yang konkrit. Krisis Palestin bukan hanya ujian bagi rakyat dan negara Palestin, […]

trending_flat

Palestin : Amerika tidak bermoral untuk bicarakan hak asasi manusia – Muhammad Faisal

KUALA LUMPUR, 26 Disember 2023 - Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Muhammad Faisal Abdul Aziz telah hadir ke Himpunan Kepung Demi Palestin di sini malam tadi. Kata Faisal. himpunan itu penting untuk menunjukkan konsistensi solidariti rakyat Malaysia bersama Palestin. Beliau turut menyelar tindakan Amerika Syarikat (AS) yang telah menggunakan kuasa veto bagi menidakkan usul Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) supaya berlakunya ceasefire dalam konflik Palestin dan Israel yang masih berlanjutan hingga ke saat ini. "Dua kali di dalam persidangan UN Security Council, AS tanpa malu telah veto apa yang dibawa oleh PBB untuk berlakunya ceasefire. Satu yang memalukan. AS mengaku sebagai badan pengaman dunia, mengaku sebagai polis dunia tetapi sebaliknya adalah penyokong Israel untuk membunuh rakyat Palestin. Jadi hari ini kita konsisten tanpa mengira kaum, tanpa mengira agama, konsisten di atas dasar kemanusiaan kita membantu membela rakyat Palestin. […]

trending_flat

Seruan Tindakan Malaysia seterusnya: Mencari Keadilan untuk Rakyat Palestin di ICJ di samping menyokong usaha lain di ICC

Saya menyeru kepimpinan Kerajaan Malaysia yang arif ini untuk bertindak sekarang memulakan prosiding mengheret Israel ke hadapan ICJ, pada masa yang sama menyokong usaha-usaha rakan kongsi kita berurusan dengan ICC, bukan hanya untuk orang-orang Palestin, tetapi juga atas nama integriti PBB dan nama kemanusiaan. Howard Lee ________________ Setakat 13 Disember, lebih 18,400 orang Palestin telah dibunuh secara kejam, dengan lebih 8,000 antaranya terdiri daripada kanak-kanak; 10,000 lagi (45 peratusnya wanita dan kanak-kanak) masih lagi hilang tanpa jejak; 1.9 juta dipindahkan secara paksa; dan 306, 500 kediaman habis ranap: begitulah angka korban dan kerugian yang semakin meningkat setiap detik berlalu di Gaza. Tidak kurang daripada 800 kilang-kilang dan lebih daripada 126 kemudahan kerajaan, 277 sekolah, 306 masjid, 7 gereja, 22 hospital, 110 klinik, dan 102 ambulans telah menjadi sasaran pemusnahan yang dikemudi oleh Rejim Zionis Israel. Ini adalah pembunuhan beramai-ramai - […]

trending_flat

Faisal calon Pengerusi BERSIH

Mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz akan bertanding di dalam pemilihan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang akan diadakan pada esok. Faisal yang merupakan graduan Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga pernah memegang jawatan Timbalan Pengerusi BERSIH dari tahun 2018 hingga 2020. "Saya dengan rendah hati menawarkan diri untuk menjadi Pengerusi BERSIH. Saya harap dapat memimpin Bersih menjadi Gerakan Rakyat Membina Ruang Demokrasi Yang Berkesan."katanya dalam satu ciapan di halaman X rasmi beliau hari ini. Faisal turut dikenali sebagai pejuang keamanan dan hak asasi manusia terutamanya di dalam isu Palestin. Beliau juga memperjuangkan isu-isu alam sekitar terutamanya dengan bekerjasama bersama Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (Grass). Kami di LNA mengucapkan selamat berjaya dan akan sentiasa menyokong perjuangan beliau.

trending_flat

Didiklah mereka dengan ujian dari sana

Oleh: Dr. Nurul Husna Mansor, Dr. Azmawaty Mohamad Nor Hingga saat ini, bumi Gaza sudah ibarat padang jarak padang tekukur. Cebisan daging dan darah dapat dilihat di mana-mana. Semua bangunan yang menjadi tempat penduduk mendapat perlindungan dan manfaat seperti kediaman, tempat ibadah, hospital, sekolah dan sebagainya sudah hancur lumat akibat dibedil dan dibom. Dr. Nurul Husna Mansor Dr. Azmawaty Mohamad Nor Tidak lagi dapat disaksikan kanak kanak berlari lari keriangan, tidak lagi kelihatan kaum ibu saling bertegur sapa sambil membersihkan debu-debu di sekitar halaman rumah, tidak ada lagi sekumpulan bapa-bapa yang bekerja keras membanting tulang mencari nafkah buat isi rumah. Yang ada hanyalah tangisan dan raungan lantaran kehilangan insan tersayang. Segala yang dimiliki musnah dan lenyap sekelip mata. Yang berbaki hanyalah sisa runtuhan, kenangan dan trauma yang sangat mendalam kepada insan yang ditinggalkan. Dari sudut pandang psikologi, trauma yang dialami […]

trending_flat

Teater “Kenapa Kau Bayang Waktu” sorot isu kesihatan mental pasca-pandemik

Sebuah pementasan teater yang memperihalkan isu kesihatan mental di kalangan pelbagai segmen masyarakat telah dipentaskan di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya (UM), baru-baru ini. Pementasan ini adalah sebuah kerjasama sulung di antara Festival ArtXpression dan Bahagian Kaunseling dan Pemerkasaan OKU UM, dalam menjayakan Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Bulan Kaunseling Kebangsaan peringkat UM. “Kenapa Kau Bayang Waktu” yang diarahkan oleh Harith Amirrul, merupakan sebuah produksi Kolektif Laraseni, dan menampilkan tiga pelakon muda yang mula mendapat tempat di dalam dunia teater: Megat Adli, Hana Nadira, dan Khairunazwan Rodzy. Naskhah asli karya Harith Amirrul ini cuba menyorot kisah-kisah masyarakat sebelum, semasa, dan selepas pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak 2020 melalui tiga watak utamanya. Mardiah, lakonan Hana Nadira, menghuraikan cabaran wanita berkerjaya semasa pandemik COVID-19 dan bagaimana ia memberi kesan terhadap perkahwinannya. Nasir lakonan Khairunazwan Rodzy menyentuh hati penonton apabila terpaksa mengharungi kritikan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation