trending_flat

Implikasi peperangan ke atas penyusuan ibu dan kesihatan bayi

Oleh: Dr. Wan Izlina Wan Ibrahim Kita sedia maklum yang konflik bersenjata memberi implikasi buruk yang mendalam kepada sejagat. Selain kehilangan nyawa dan organisasi sosial, kebinasaan dalam pelbagai aspek kehidupan, baik dari segi kesihatan fizikal dan juga mental, tidak dapat dielakkan. Kesan negatif ini tidak berhenti disitu sahaja, kemudahan infrastruktur, warisan sejarah dan ekologi juga terjejas akibat sikap buruk manusia. Di sebalik impak yang ketara ini, sedarkah kita ikatan kasih ibu-anak yang terjalin daripada hubungan penyusuan ibu dan menyumbang kepada kesihatan bayi juga boleh turut terganggu akibat peperangan? Isu ini mungkin dianggap enteng oleh sesetengah pihak, kerana kehilangan nyawa dan sistem kesihatan terjejas adalah kesan-kesan yang lebih jelas dan sering mendapat perhatian. Namun begitu, sifat kemanusian memerlukan kita mengambilkira semua cabaran yang dilalui oleh pelbagai pihak untuk mengharungi saat-saat yang getir ini. Kekurangan privasi dan keselamatan Ibu-ibu yang berada di […]

trending_flat

Penghantaran Bantuan Kemanusiaan kedua Malaysia ke Palestin

SEPANG 11 November 2023 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ SriHaji Fadillah Haji Yusof telah hadir menyaksikan berlepasnya penghantaran bantuan kemanusiaan kedua Malaysia untuk rakyat Palestin membabitkan pelbagai barangan keperluan seberat 20 tan menerusi Ops Ihsan malam semalam. Sumber Foto Facebook Rasmi Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof Menurut Fadillah menerusi posting di Facebook rasmi beliau, pesawat berkenaan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Arish, Mesir menerusi penerbangan pesawat kargo khas, kira-kira jam 10.50 malam dari Terminal Kargo, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). "Barangan bantuan kemanusiaan ini akan diserahkan kepada Bulan Sabit Merah Mesir sebagai rakan kerjasama bagi membawa masuk barangan itu ke Gaza melalui sempadan Rafah. Penghantaran kedua ini membabitkan keperluan makanan, perubatan, pakaian dan keperluan bayi. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih Kedutaan Palestin dan Mesir yang banyak membantu memudahkan penghantaran bantuan ini. Begitu juga penghargaan […]

trending_flat

KPK sumbang RM850,566.23 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Perkhidmatan Awam

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof hari ini menerima sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan Palestin berjumlah RM850,566.23 daripada warga Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dan agensi-agensi dibawah KPK sebagai tanda menyokong misi kemanusiaan terhadap rakyat Palestin. Sumbangan yang diselaraskan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan KPK ini melibatkan hasil kutipan daripada seluruh warga Kementerian dan agensi di bawah Kementerian. Selain wang tunai, KPK melalui Majlis Getah Malaysia turut menyumbang 100,000 sarung tangan getah yang akan disumbangkan kepada Pasukan Perubatan di SemenanjungGaza. Inisiatif kutipan sumbangan ini merupakan tanda sokongan KPK mendukung inisiatif Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam yang telah dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Dato’ Seri Tan Sri Mohd Zuki bin Ali pada 24 Oktober yang lalu. KPK sentiasa menyokong sebarang inisiatif murni dan misi kemanusiaan sejagat termasuk membantu meringankan kesengsaraan […]

trending_flat

Merungkai benang kusut isu Palestin perlukan tindakan konsisten

Oleh: Rusli Abdul Roni Perbualan santai bersama rakan tentang isu Palestin telah membawa saya ke suatu refleksi diri bahawa sememangnya, isu Palestin telah menjadi satu perkara yang telah berakar di hati ramai di seluruh pelosok dunia. Walaupun tidak dapat dinafikan masih terdapat yang belum memahaminya secara utuh dan bertindak mengikut yang sepatutnya. Konflik berlarutan di Palestin telah memberi kesan besar dan mendalam kepada rakyat Palestin khasnya. Sebagai manusia, terutama yang bergelar muslim kita semua mempunyai tanggungjawab agama (iman), moral dan kemanusiaan untuk memahami dan menyuarakan keprihatinan kita terhadap isu ini. Bagi muslim isu dan konflik Palestin ini bukan sahaja tumpuan keprihatinan, tetapi juga sebagai ladang amal jariyah menggapai habuan syurga dan reda Allah SWT. Oleh kerana itu, bagi pemerhati, merungkai isu dan konflik ini perlu memahami perkara-perkara berikut: pertamanya adalah penting untuk memahami bahawa konflik Palestin bukan hanya masalah agama […]

trending_flat

Solidariti kemanusiaan merentasi sempadan agama dan bangsa

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Serangan Israel ke atas Palestin merupakan tragedi kemanusiaan yang besar bagi abad ke-21M. Motif serangan ini adalah bagi memperluaskan kawasan jajahan di Palestin khususnya daerah Gaza dan memusnahkan penguasaan pihak Hamas di samping bertujuan untuk penguasaan kawasan rizab gas yang besar di lautan jalur Gaza. Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Seolah hilang kewarasan akal, mereka bebas membunuh orang awam, meruntuhkan kemudahan hospital dan rumah ibadat. Tindakan mereka direstui oleh banyak pihak dan sokongan yang tidak berbelah bahagi dinyatakan kepada keganasan yang dilakukan oleh pihak Israel. Ramai pihak menutup mata di atas kekejaman tersebut. Sedangkan serangan Israel ini melibatkan pembunuhan beramai-ramai terbesar sejak kewujudannya pada tahun 1948. Setiap hari, terdapat banyak gambar kemusnahan massal, orang awam dan kanak-kanak terbunuh dan cedera dipaparkan di media massa, t`etapi ia sedikit pun tidak menjentik hati nurani […]

trending_flat

Segera tangani krisis makanan di zon konflik

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Makanan merupakan keperluan asas kepada manusia dalam pelbagai peringkat usia, sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa mahu pun tua. Ia termasuk dalam keperluan daruriyat bagi memelihara nyawa, tubuh badan dan akal manusia. Ketiadaan makanan boleh menyebabkan kebuluran dan kematian, manakala kekurangan makanan akan menyebabkan perkembangan otak terganggu kerana tidak mendapat nutrien yang mencukupi di samping dapat menyebabkan tumbesaran kanak-kanak menjadi bantut. Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Asasnya, keterjaminan makanan merupakan situasi yang mana setiap orang dalam keluarga mempunyai bekalan makanan yang mencukupi, berkhasiat, selamat dan boleh dicapai makanan tersebut. Ia melibatkan empat dimensi utama, iaitu pertama, ketersediaan makanan, iaitu makanan tersebut wujud dan tersedia serta mencukupi pada setiap masa; kedua, akses makanan, iaitu makanan itu boleh dicapai dan dikonsumsi bila diperlukan; ketiga, penggunaan makanan, iaitu makanan itu berkhasiat, bernutrisi, berkualiti dan tidak memudaratkan; […]

trending_flat

Palestin: Rintihan solidariti umat Islam dan masyarakat dunia

Oleh: Rusli Abdul Roni Sehingga artikel ini ditulis, penjajah Zionis Israel masih lagi melancarkan serangan demi serangan yang amat kejam terhadap wilayah Semenanjung Gaza di Palestin. Israel telah mengebom dan menghancurkan bandar Gaza secara konsisten dengan ribuan peluru berpandu dalam serangan udara yang kejam pada setiap hari sejak Ahad, 8 Oktober 2023 yang lepas. Israel telah mengorbankan penduduk awam Gaza tanpa perikemanusiaan, termasuklah kanak-kanak, wanita, warga emas, dan penduduk kurang upaya. Malah, Israel dikatakan telah menggunakan bom fosforus yang diharamkan untuk ‘menghukum’ penduduk Palestin di Gaza. Rusli Abdul Roni Dilaporkan bahawa serangan udara dan penghapusan etnik kejam ini telah mengakibatkan gugurnya lebih daripada 3,000 para syuhada’; manakala lebih 13,000 mangsa telah cedera dan mengalami kecacatan kekal, di kalangan penduduk Gaza. Dikhabarkan juga, bilangan kematian dan kecederaan ini akan terus meningkat secara mendadak, kerana masih ramai yang terperangkap dalam runtuhan bangunan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation