trending_flat

Solidariti Untuk Palestin : 2,000 Pelajar dan Kakitangan Politeknik Ungku Omar berhimpun manifestasi sokongan

IPOH, 27 Oktober 2023 - Seramai lebih 2,000 pelajar dan kakitangan Politeknik Ungku Omar (PUO) telah berhimpun sebagai tanda solidariti untuk Palestin dalam satu majlis khas, Himpunan Solidariti Politeknik Ungku Omar Bersama Palestin yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PUO dengan kerjasama MyCARE (Humanitarian Care Malaysia Berhad). MyCARE merupakan sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan yang menyediakan bantuan kemanusiaan seperti bantuan bencana banjir, tempat perlindungan sementara, pembinaan semula rumah, pek makanan dan pendidikan serta aktif menggerakkan aktiviti bantuan untuk rakyat Palestin. Majlis telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar. Di dalam majlis himpunan ini, para peserta himpunan turut mendengar ucapan aktivis MyCARE iaitu Ir. Haji Megat Shariffudin Ibrahim berkenaan situasi semasa di bumi Palestin. Pada majlis sama, Tabung Palestin PUO turut dilancarkan oleh Pengarah PUO, Dr. Shamsuri Abdullah bagi membolehkan sumbangan dari warga PUO dikumpulkan sebelum kutipan keseluruhan […]

trending_flat

[Video] Inisiatif Jangka Masa Pendek oleh JAKOA basmi miskin tegar di kalangan OA

KUALA LUMPUR, 20 JUN 2023 - Sorotan Video Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Negara YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bagi menjawab pertanyaan YBHG. DATO' AJIS BIN SITIN untuk menyatakan apakah inisiatif jangka masa pendek yang telah dilaksanakan bagi menoktahkan kemiskinan tegar dalam kalangan masyarakat Orang Asli selaras dengan tekad Perdana Menteri semasa pmbentangan Bajet 2023 yang lalu. https://youtu.be/4MSSiAcmi6A

trending_flat

Cadangan Pindaan Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan akan dibentangkan di Parlimen

PUTRAJAYA, 17 Februari 2023 - Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undangundang & Reformasi Institusi) Azalina Othman Said memaklumkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini telah meneliti dan bersetuju dengan cadangan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan terhadap Bahagian I seksyen 1(1)(d) dan Seksyen 1(1) (e) dan Bahagian II, Seksyen 1 (b) dan Seksyen 1(c) Jadual Kedua bagi memberikan kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara Malaysia. Menurut satu kenyataan bersama yang diedarkan hari ini, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim serta barisan kabinet kerana merealisasikan komitmen negara terhadap kesaksamaan jantina dan […]

trending_flat

RUU kesalahan menghendap perlu dibentang semula di sidang Parlimen akan datang

PUTRAJAYA 8 Februari 2023 - Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh memaklumkan bahawa sejak bulan Januari 2023, beliau telah mengadakan pelbagai sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan seperti Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-UndangJabatan Perdana Menteri, Women’s Aid Organisation dan juga Badan Peguam Malaysia bagi meneliti semula peruntukkan-peruntukkan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 dan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2022 yang berhubung kesalahan menghendap (stalking). Dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam, Ramkarpal berkata hasil daripada kesemua sesi libat urus tersebut, beliau telah mencadangkan penambahbaikan kepada draf RUU tersebut bagi memastikan penekanan diberikan kepada kesalahan ini secara holistik dan merangkumi semua aspek perundangan. "Satu Memorandum Jemaah Menteri berhubung RUU ini akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana […]

trending_flat

Pengerusi Jawatankuasa Pesuruhjaya Kanak-Kanak : Ahmad Zahid sifatkan perlantikan beliau sebagai satu tanggungjawab dan amanah besar

Permasalahan anak-anak yang berbapakan warga asing atau beribukan warga asing akan turut ditangani oleh jawatankuasa ini dengan pelaksanaan dalam kadar segera oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) - Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 18 Januari 2023 - Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pelantikan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pesuruhjaya Kanak-Kanak untuk menganggotai SUHAKAM adalah satu tanggungjawab dan amanah yang besar memandangkan isu penderaan kanak-kanak belum dapat dituntaskan. Menurut Ahmad Zahid dalam satu kenyataan hari ini, aa adalah cabang khas yang ‘autonomous’ di bawah SUHAKAM bagi meneliti dan mendepani banyak masalah melibatkan penderaan dan masalah-masalah sosial yang lain melibatkan kanak-kanak. "Saya melihat perlantikan ini sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang besar memandangkan isu penderaan kanak-kanak belum dapat dituntaskan. Malah, terdapat beberapa isu lain berkaitan kanak-kanak masih lagi berlegar dan belum mendapat pembelaan yang sewajarnya. Kanak-kanak memerlukan perlindungan […]

trending_flat

Mahkamah Anak Negeri di Sabah perlu sedia tangani kes-kes permohonan perkahwinan di bawah umur 18 tahun

21 DISEMBER 2022 - Mahkamah Anak Negeri di Sabah perlu bersedia untuk menangani kes-kes permohonan perkahwinan di bawah umur 18 tahun sebaik sahaja pindaan undang-undang diluluskan oleh Kabinet. Jannie Lasimbang, ADUN Kapayan menyatakan demikian semasa perasmian “Dialog isu-isu berkenaan langkah meminda had umur perkahwinan di bawah Enakmen Mahkamah Anak Negeri, khususnya Kaedah Undang-undang Adat Anak Negeri” organised by PACOS Trust. Jannie mewakili Datuk Ewon Benedick, Ahli Parlimen Penampang pagi ini. Setakat ini, perkahwinan mengikut adat di Sabah tidak mempunyai had umur minima, dan masih dapat dilaksanakan dengan kebenaran ketua-ketua adat di Mahkamah Anak Negeri. Langkah meminda had umur perkahwinan adalah selaras dengan peranan dan tanggungjawab Malaysia sebagai negara pihak kepada Konvensyen Hak Kanak-kanak dan Konvensyen untuk Menghapuskan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadapa Wanita yang memperuntukkan hak kanak-kanak dilindungi dari segala bentuk keganasan dan penganiayaan serta hak wanita berhubung perkahwinan. Kata Jannie, […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation