trending_flat

Bunkface mendedahkan Single Terbaru Mereka “Hilang”

Kumpulan sensasi punk rock Malaysia, Bunkface, bersedia untuk memukau penonton sekali lagi dengan penerbitan single terbaru mereka, "Hilang", yang telah dilancarkan pada 9 Februari 2024. Lagu tersebut akan tersedia di semua pla\orm streaming digital utama. https://www.youtube.com/watch?v=CaybV8G38vw&list=OLAK5uy_kaC-avH99WhrakWk6tAJxDFZiQ-qxaNv4 Setelah kejayaan lagu-lagu hit terdahulu mereka, Bunkface kembali dengan "Hilang", single keempat dari album terbaru mereka yang dinan^kan dengan penuh kerinduan, yang dijadualkan untuk dikeluarkan pada tahun ini. Dengan vokal yang kuat dan instrumen yang dinamik, "Hilang" berjanji untuk menjadi tambahan yang menarik dalam repertoar Bunkface. Kredit komposisi untuk "Hilang" adalah milik Sam, Youk, Paan, Biak, Epul, dan Ajam, dengan Sam mengambil alih penerbitan lirik. “Tanpa Allah pas^ hilang arah tuju kehidupan” ujar Sam mengenai pesanan disebalik lirik lagu yang boleh dikatakan berunsur ketuhanan. Dikeluarkan di bawah bendera Bunkface Produc^on Sdn Bhd, single ini menandakan satu lagi capaian pen^ng dalam kerjaya gemilang kumpulan ini. […]

trending_flat

Kasa Rubia Menggali Kekuatan Rohani Kumpulan Margasatwa

Oleh Kimal , Jurufoto Yusri Ibrahim Margasatwa membuka 2024 dengan single terbaru Kasa Rubia yang ternyata menguatkan lagi signatur bunyian dan muzik Margasatwa yang tersendiri. Kasa Rubia merupakan single pertama daripada album kedua Margasatwa yang bertajuk Seribudaya yang mengandungi 11 lagu dijangka akan rilis pada pertengahan 2024.  Kimal berkata pada asalnya lagu ini disiapkan bersama Allahyarham Tony Alberto / Tony Spider selaku penerbit asal album namun Allah lebih menyayangi beliau dan Margasatwa mengambil masa yang agak lama untuk mencari pengganti beliau dan meneruskan perjalanan merakam album baharu. "Sepanjang perjalanan menghasilkan lagu ini ada antara kami yang telah kematian orang yang tersayang. Maka seluruh jiwa dan raga serta air mata kami telah disertakan bersama lagu Kasa Rubia untuk dijiwai semua peminat kami dan seluruh dunia." Gabungan unsur muzik Pop Klasik dan sentuhan Rock menjadikan karya ini begitu unik dan sangat dinamik […]

trending_flat

Anugerah Lagu Indie Kembali Untuk Musim Ke-4 Dengan Nafas Baru

Puchong, 7 Disember 2023 - Anugerah Lagu Indie (ALI) kembali untuk musim keempat dengan nafas baru untuk terus memberi penghormatan kepada bakat indie terbaik dalam industri muzik Malaysia.  Demi meneruskan agenda mengangkat martabat dan karya penulis lagu, pemuzik serta penyanyi indie tanah air sejak 2020, ALI tahun ini membawa beberapa kelainan iaitu dengan memperkenalkan kategori-kategori lagu terbaik di bawah tiga kategori genre iaitu Pop, HipHop, dan Rock, format pemarkahan yang melibatkan undian awam, serta peningkatan tawaran hadiah wang tunai daripada RM 16,000 pada musim lalu kepada RM 36,000.  Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Rakita 107.9 berkata, “Rakita 107.9 akan terus kekal menjadi tulang belakang ALI dalam memperjuangkan pengiktirafan kepada muzik indie dengan harapan agar setiap karya yang dibawa ke platform ini akan diterima dengan lebih meluas oleh peminat muzik Malaysia. Kami juga mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama dengan lebih ramai […]

trending_flat

Konsert ‘TUJUH VIBRATO GITAR’ bakal gegarkan Kuala Lumpur

Genre muzik ‘rock n roll’ yang berasal dari Amerika Syarikat melanda senario muzik dunia sejak lewat 1940an dan awal 1950an memberikan definisi baru kepada persembahan muzik secara kugiran (kumpulan gitar rancak). Rentak bertenaga, melodi dan lirik yang mudah dihayati serta peranan gitar elektrik menjadi rencah utama. Muzik ‘rock n roll’ seterusnya menjadi pengaruh penting dalam perkembangan budaya muzik dunia diabad ke 20. Dalam sebuah kugiran bergenre ‘rock n roll’, gitar elektrik memainkan peranan utama. Situasi itu membawa kepada perwatakan hero gitar yang sering menjadi tumpuan dalam sebuah kugiran. Bunyian dari gitar menjadi signifikan kepada muzik sesebuah kugiran. Maka dari itu, peranan bunyi dari permainan seorang gitaris itu sangat penting dalam menghasilkan muzik yang berkualiti dan diterima pendengar. Gitar sebagai alat muzik bertali amat bergantung kepada kepakaran permainan sang gitaris. Salah satu teknik yang ketara adalah vibrato. Teknik vibrato masing masing […]

trending_flat

Kembara RIUH 2023 Selangor dekatkan seni dengan masyarakat

Kembara RIUH 2023 edisi Selangor anjuran Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative), Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan berlangsung pada 28 hingga 30 Julai 2023 di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu dengan sasaran 20,000 pengunjung daripada segenap lapisan masyarakat. Menurut MyCreative, Kembara RIUH 2023 yang membuka ruang kepada lebih 100 artis dan usahawan kreatif tempatan, diadakan bertujuan mendekatkan seni dengan masyarakat. "Pelbagai aktiviti akan diadakan, seperti persembahan muzik, bengkel kreatif dengan elemen mesra alam dan kelestarian, program kesenian, himpunan permotoran, vendor barangan dan makanan. Ini termasuk 25 gerai makanan yang menawarkan pilihan hidangan Menu RAHMAH berharga RM5.00 dan ke bawah." kata MyCreative. Kembara RIUH 2023 edisi Selangor menampilkan 20 artis terkenal tanah air. Antaranya, Dato’ M. Nasir, Hujan, Dolla, Balan Kash dan SOG.

trending_flat

[Galeri] Sorotan ABPBH 2023

Foto-foto oleh Yusri Ibrahim Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 35 Untuk tahun 2023 Bell Ngasri diumumkan sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian 35 untuk tahun 2023 yang mana membawa pulang trofi dan pakej Umrah. Senarai Penuh Pemenang Bagi Setiap Kategori Di ABPBH 35 Tahun 2023 Berikut merupakan senarai penuh pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 35) Anugerah Khas Ekpresi Legasi Seni ABPBH35Tan Sri Michael Yeoh KATEGORI UTAMA BBNU Lelaki PopularAmir Ahnaf BBNU Wanita PopularAnna Jobling Penyanyi Lelaki PopularKhai Bahar Penyanyi Wanita PopularAina Abdul Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan PopularDolla Aktor Filem PopularBeto Kusyairy Aktres Filem PopularSophia Albarakbah Aktor TV PopularMeerqeen Akstres TV PopularAnna Jobling Penyampai Radio PopularTyzo Pengacara TV PopularElly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) Artis Komedi PopularBell Ngasri KATEGORI EKSTRA Couple TV PopularMeerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus) Couple Filem PopularDatuk Aaron […]

trending_flat

[Video Pilihan] Aku Pun Tahu (Instrumental)

Video pilihan LNA kali ini adalah sebuah video Guitar Instrumental lagu Aku Pun Tahu (Wings) oleh Johnboy dan Joe Far East. Enjoy! @mr.iceman_74 Guitar Instrumental lagu Aku Pun Tahu (Wings). Enjoy..#rakuguitarmalaysia #rakuguitar #hidupkudiriku #guitarinstrumental #fyp #musiciansontiktok ♬ original sound - JohnBoy   Lagi Berita Hiburan : MY LNASeni & Hiburan [Video Pilihan] Aku Pun Tahu (Instrumental) By E NEWSJanuary 21, 2023 Isu SemasaMY LNASeni & Hiburan “Pulau” adalah sebuah filem seram – LPF By Contributor LNAJanuary 21, 2023 Media OutReachMusic & EntertainmentOther News Warner Bros. Discovery Taiwan Presents Building Icons: Tao Zhu Yin Yuan By E NEWSJanuary 18, 2023

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation