trending_flat

Program Dialog: Memasyarakatkan Perlembagaan bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2024

KUALA LUMPUR, 4 September 2024 – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Pertubuhan IKRAM Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Gabungan Pertubuhan Cina (Huazong) dan Gabungan NGO-NGO India Malaysia (i25) telah menganjurkan Program Dialog: Memasyarakatkan Perlembagaan bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2024. Majlis itu telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Puan Saraswathy Kandasami, pada 4 September 2024 di Auditorium Jabatan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur. Poster Dialog Perlembagaan Penganjuran dialog tersebut merupakan langkah penting dalam memberi pendedahan yang komprehensif mengenai Perlembagaan Persekutuan serta meningkatkan kematangan masyarakat dalam menangani isu-isu berkaitan perlembagaan. “Dengan pemahaman yang jelas tentang apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan itu,diharapkan kita akan lebih berbangga menjadi rakyat Malaysia dan dapat lebih menghargai dan menghormati golongan masyarakat yang berlainan bangsa, agama dan budaya daripada kita”. kata Saraswathy dalam ucapannya. Beliau turut menyeru agar semua pihak mengamalkan apa yang dihasratkan […]

trending_flat

Kejohanan Bola Sepak Anak-anak Merdeka 2024 Berlangsung dengan Penuh Semangat dan Perpaduan

Kira-kira 24 pasukan bola sepak telah berentap dalam Kejohanan Bola Sepak Anak anak Merdeka 2024, mempamerkan semangat dan tenaga anak-anak muda kita pada hari yang bersejarah, Hari Kemerdekaan ke-67 Malaysia. Kejohanan ini bertujuan memupuk bakat sukan serta menyemarakkan semangat perpaduan dan patriotisme dalam kalangan generasi muda. Program yang dianjurkan oleh Kelab Sukan Rekreasi Padang Polo (PPSRC) ini melibatkan penyertaan kira-kira 288 peserta terdiri daripada golongan muda yang bersemangat untuk mempamerkan kemahiran mereka di atas padang. Matlamat utama program ini adalah untuk menyemai nilai-nilai kerjasama, semangat kesukanan, dan menghormati kepelbagaian dalam kalangan peserta, selaras dengan semangatMerdeka. Bola sepak menjadi simbol penyatuan yang menghubungkan kita tanpa mengira kaum, agama, atau budaya. Di samping bersukan, kejohanan ini juga bertujuan menyemai semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Melalui penyertaan dalam aktiviti seperti ini, mereka belajar bahawa kerjasama, toleransi, dan kefahaman bersama adalah kunci kepada […]

trending_flat

Zahid deklamasikan puisi “Jiwa Merdeka”

Saksikan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mendeklamasikan puisi "Jiwa Merdeka". Bersama kita hayati makna kemerdekaan melalui bait-bait puisi ini sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-67.  

trending_flat

Semangat Jiwa Merdeka warnai Sambutan Hari Kebangsaan 2024

PUTRAJAYA, 31 Ogos 2024 – Lebih 100,000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya bagi menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2024, membuktikan semangat patriotik kekal subur dalam jiwa rakyat Malaysia. Bertemakan Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka, Hari Kebangsaan 2024 disemarakkan dengan acara perbarisan dan perarakan oleh 17,262 orang peserta melibatkan komponen perarakan kumpulan pancaragam, pergendangan, aset hidup, aset kenderaan dan kontinjen Kenegaraan, Komuniti Malaysia MADANI, Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Ekonomi, Perbankan, Telekomunikasi, Industri Kreatif dan Penyiaran, Sukan Negara, Kesejahteraan serta Keselamatan Negara. Sebagai simbolik sambutan ke-67, sebanyak 67 buah kenderaan Kontinjen KMJG daripada pelbagai latar belakang kaum, umur dan profesion dalam usaha membawa imej kebersamaan dalam kepelbagaian, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI. Antara yang menarik termasuklah Teres Grafik Manusia yang melibatkan 2,000 pelajar di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pancaragam Formasi terdiri daripada 300 pelajar di bawah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tempur […]

trending_flat

Ewon lancarkan Konvoi Jiwa Merdeka KUSKOP

PUTRAJAYA, 21 Ogos 2024 - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick melancarkan Program Konvoi Jiwa Merdeka KUSKOP sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2024, di Lobi kementerian, di sini, hari ini. Beliau berkata, program tersebut adalah antara pengisian Bulan Kebangsaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik di kalangan warga Kementerian dan agensi-agensinya. “Warga KUSKOP adalah antara rakyat Malaysia yang amat bertuah kerana mendapat tempat dalam perkidmatan awam. Penempatan dalam kementerian ini harus ada nilainya iaitu memastikan Malaysia terus merdeka, maju ke hadapan dan terus membangun. Oleh itu saya menyeru seluruh warga kementerian dan agensi-agensi di bawah kementerian ini yang dipertanggungjawabkan dalam pembangunan usahawan dan koperasi supaya terus melipatgandakan usaha memberikan perkhidmatan terbaik membela nasib usahawan-usahawan mikro, kecil dan sederhana, penjaja dan peniaga kecil serta koperasi agar mereka terus maju bersama, seiring pembangunan negara ini. Komuniti […]

trending_flat

Merdekakan  Budaya  Kerja Untuk Bawa Impak Positif

PUTRAJAYA, 15 Ogos 2024 - Penjawat awam perlu mengubah pendekatan dan  menganjak pemikiran untuk sentiasa mencipta kelainan kepada budaya kerja yang lebih cekap untuk membawa impak positif kepada agensi dan masyarakat. Selain itu menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, pendekatan serta tindakan juga perlu diubah daripada sikap hanya menyambung apa yang sedia ada. ”Untuk itu,  saya  ingin mengajak warga KKDW dan tentunya agensi-agensi yang lain yang telah diletakkan di bahu saya umpamanya FELDA atau Majlis TVET Negara bagi kita semua berperanan untuk memerdeka dan membebaskan pemikiran,  pendekatan serta tindakan kita daripada sikap hanya menyambung apa yang sedia ada. Jiwa merdeka yang ada harus mempunyai kemahuan yang kuat bagi kita mencipta kelainan dan melakukan game changer  dari masa ke semasa.” katanya. Sempena bulan kemerdekaan, Dato’ Seri Zahid  turut  menyeru  warga kerja […]

trending_flat

Kibarkan JALUR GEMILANG dengan semangat patriotisme dan bangga! – MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA

Filem “Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan” yang ditayangkan pada tahun 2022 telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM97 juta dalam masa 40 hari tayangan dan filem ini merupakan antara salah satu filem Melayu terbaik yang telah dihasilkan. Semestinya pencapaian ini menjadi kebanggaan buat industri filem Malaysia yang sudah agak lama suram dan yang lebih membanggakan adalah filem ini telah berjaya membawa nama Mat Kilau dan ayahanda beliau, Tok Gajah ke hati rakyat Mal¬aysia tanpa mengira bangsa mahupun agama, terutamanya kepada anak-anak muda. Di kala pawagam-pawagam Malaysia kerap menayangkan filem-filem dari Barat yang sarat dengan pelbagai watak “hero khayalan” yang digilai oleh anak-anak Malaysia, pengenalan “hero original” yang berjuang untuk kemerdekaan Malaysia ini adalah amat menyegarkan dan membawa impak yang lebih mendalam kepada semua rakyat Malaysia. Jika sebelum ini anak-anak Malaysia lebih mengenali nama-nama tokoh-tokoh Barat dan asing yang sering dilaporkan oleh media […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation