trending_flat

Jangan disederhanakan kekejaman Israel

Oleh: Dr. Siti Aisyah binti Samudin Konflik antara Palestin dan Israel yang telah berlangsung selama beberapa dekad semakin memuncak dengan ketegangan yang berlaku sejak 7 Oktober 2023. Terkini, pejabat media kerajaan di Gaza memaklumkan seramai 40,139 orang, dengan 92,743 individu lagi mengalami kecederaan akibat daripada ketegangan itu. Turut dilaporkan bahawa lebih separuh daripada jumlah mangsa terkorban merupakan wanita dan kanak-kanak. Kezaliman Israel perlu dilihat dari lensa kemanusiaan, bukan hanya sebuah konflik agama yang berdekad lamanya (Bumblebib - Unsplash) Atas dasar ini, masyarakat perlu menyedari bahawa korban konflik ini bukan hanya terdiri daripada umat Islam, tetapi juga warga Palestin yang menganut agama lain seperti Kristian, Druze, bahkan kaum Yahudi anti zionis sendiri turut ada yang menjadi mangsa. Oleh itu, konflik Palestin-Israel tidak boleh disederhanakan sebagai konflik agama semata-mata, sebaliknya perlu difahami sebagai masalah politik dan kemanusiaan yang lebih mendalam. Kuasa barat […]

trending_flat

Reformasi Perkhidmatan Awam

Oleh : Muhammad Faisal Abdul Aziz Dalam amanat Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar @shamsulazribakr, kelmarin beliau menegaskan cabaran yang dihadapi adalah isu integriti - kewujudan 'Napoleon Kecil', karenah birokrasi, dan mentaliti silo kerana rasa 'berkuasa & superior' yang menjadi hambatan kepada usaha menuju reformasi. Beliau turut menggariskan agenda BKR - Bidang Keberhasilan Reformasi. Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar. Kredit Foto Halaman X KSN Ia membabitkan penghayatan Nilai & Tatakelola, Pembangunan Modal Insan, Pembangunan Organisasi, Penyampaian Perkhidmatan & Memperkasa Sinergi Awam & Swasta. Bagi kita reformasi perkhidmatan awam ini amat penting kerana mereka adalah nadi kepada pelaksanaan agenda Reformasi. Berbaki tempoh 3 tahun ini, kita mahu melihat hasil penting jangka pendek dari BKR ini. Tiada lagi struktur Napoleon Kecil, perasaan segolongan 'lebih superior' sebaliknya dasar dan pelaksanaannya harus bersifat inklusif dan kebersamaan […]

trending_flat

Status Pengecualian Visa tidak ubah Proses Tapisan Ketat Pelancong China dan India Masuk ke Malaysia

Oleh : JomCheck Wujud satu video di media sosial yang mendakwa bahawa pelancong dari negara China dan India mudah untuk masuk ke Malaysia akibat pelaksanaan inisiatif pengecualian visa yang diwujudkan kerajaan. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Video ini turut menyatakan tapisan keselamatan oleh Jabatan Imigresen Malaysia bagi pelancong dari dua negara ini akan dilonggarkan. Hasil rujukan JOMCHECK terhadap rakan semakan fakta kami iaitu MyCheck Malaysia mendapati bahawa video telah salah tafsir pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: Jabatan Imigresen Malaysia menjelaskan arahan yang dikeluarkan bertujuan menambah baik perlaksanaan inisiatif Pelan Liberalisasi Visa tanpa mengenepikan aspek kawalan keselamatan di pintu masuk negara. Terus semak fakta maklumat anda dengan kami melalui WhatsApp di +6017-4776659 atau guna pautan ini - https://wa.me/60174776659 kalau jumpa maklumat yang diragui, okay!

trending_flat

Klip Dr. Muhaya (@Profmuhayaofficial )Jual Ubat Mata adalah Palsu, Hasil Manipulasi AI

Tular di media sosial satu video berbentuk ‘laporan berita siaran TV3’ yang mempromosikan ubat mata yang kononnya dijual pakar bedah mata terkenal negara iaitu Prof. Dr. Muhaya. Selain meneliti video tersebut, kami turut membuat carian lain dan mendapati ada beberapa lagi versi video yang menggunakan imej Dr. Muhaya untuk menjual ubat mata. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Video dicipta menggunakan teknologi AI dan Dr. Muhaya telah menafikan keterlibatan beliau dalam penjualan ubat mata secara dalam talian. Sumber:Akaun media sosial rasmi Prof. Dr. Muhaya:Instagram: https://www.instagram.com/reel/C47fWBVrDTV/?img_index=profmuhayaofficialFacebook: https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=1474978629696441 Terus semak fakta maklumat anda dengan kami melalui WhatsApp di +6017-4776659 atau guna pautan ini - https://wa.me/60174776659 kalau jumpa maklumat yang diragui, okay!

trending_flat

Catatan Mengenai Isu DNS

Oleh : Syahredzan Johan, Ahli Parlimen Bangi Semalam saya tweet mohon supaya Kerajaan pertimbang semula polisi DNS redirect. Saya memang tak tag Menteri, sebab tweet itu bukan untuk Menteri, tapi untuk audiens di X. Nak buat apa tag Menteri kalau saya boleh text Menteri? Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan. Kredit Foto : Parlimen Malaysia Sebenarnya tweet saya bahawa saya tidak setuju polisi redirect DNS itu tidak membawa apa-apa kesan besar. Sekadar untuk highlight tentang isu gamers dan ya, untuk puaskan hati yang galak sindir saya konon saya senyap pasal isu ini. Itu pun ada yang tidak puas hati sebab mahukan saya lebih kuat hentam. Tweet saya itu tidak bawa kesan apa-apa. Dan tidak bertujuan untuk bawa apa-apa kesan besar. Yang membawa kesan adalah anda semua. Dan juga orang yang saya text untuk dapatkan info untuk faham isu ini. Dengan feedback […]

trending_flat

Penghalaan Pengurusan DNS : Fahmi minta MCMC tidak teruskan

8 September 2024 - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil telah meminta agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) agak tidak meneruskan pelaksanaan kaedah penghalaan pengurusan Domain Name System (DNS). Kata Fahmi menerusi satu hantaran di Halaman X rasmi beliau, keputusan tersebut diambil setelah mengambil kira pandangan yang disampaikan melalui siri libat urus MCMC serta daripada khalayak umum. "Isu jenayah dalam talian termasuk akses ke laman-laman web perjudian, persundalan, pornografi dan seumpamanya amat membimbangkan dan memerlukan usaha penyelesaian yang menyeluruh. Kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal ini, demi menjamin keselamatan dalam talian buat rakyat Malaysia, khususnya kanak-kanak dan keluarga. Namun, mengambil kira pandangan yang disampaikan melalui siri libat urus @MCMC_RASMI serta daripada khalayak umum, saya telah meminta MCMC agak tidak meneruskan pelaksanaan kaedah penghalaan pengurusan Domain Name System (DNS)." ujar Fahmi. Kenyataan ini mendapat respons yang baik termasuk dari Ahli Parlimen Bangi, […]

trending_flat

Permohonan dan cetakan MyKad hanya boleh di buat di Malaysia sahaja

PUTRAJAYA, 7 September 2024 - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan bahawa permohonan dan cetakan MyKad hanya boleh dibuat di Malaysia sahaja. Katanya dalam satu kenyataan, rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara perlu kembali ke Malaysia sama ada untuk membuat permohonan MyKad kali pertama (12 Tahun) mahupun gantian MyKad akibat rosak ataupun hilang. Baru-baru ini tular di sosial media bahawa terdapat projek cetakan MyKad di luar negara. Justeru, JPN mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meneliti setiap berita yang dibaca dan diterima bagi memastikan ketenteraman awam negara terus terpelihara. Untuk sebarang pertanyaan atau pengesahan maklumat, orang ramai boleh menghubungi JPN di talian 03-8880 7077 atau emel ke pro@jpn.gov.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation