Tidak Wajar Untuk Najib Habiskan Baki Hukuman Penjara di Rumah
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada dakwaan bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak bahawa wujudnya bahagian tambahan atau titah adendum dalam pengampunan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, yang membenarkannya untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan di rumah. BERSIH menegaskan berdasarkan pengamalan semasa, hukuman tahanan rumah hanya boleh diberikan kepada banduan yang terlibat dalam kesalahan kecil iaitu yang menjalani hukuman penjara selama empat tahun dan ke bawah menerusi Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL). Tambahan pula, beliau masih memiliki beberapa pertuduhan jenayah berat yang masih berjalan di mahkamah. Namun, sekiranya banduan yang terlibat dalam kes jenayah berat seperti Dato’ Sri Najib mendapat keistimewaan tahanan rumah, adalah lebih adil untuk keistimewaan tersebut diberikan kepada banduan lain yang lebih memerlukan khususnya banduan wanita yang masih mempunyai anak kecil. Justeru, BERSIH menegaskan prinsip keadilan sedarjat dalam sudut […]