trending_flat

Deklarasi Pemimpin Agama & NGO Agama Menyokong Tuntutan Reformasi 100% Bersih

Kami pemimpin pertubuhan pelbagai agama memerhati perkembangan semasa politik negara dengan dekat. Kami ingin melahirkan kekuathiran tentang kesediaan pihak kerajaan untuk melaksanakan janji pilihan raya khususnya dalam melunaskan agenda Reformasi yang baik untuk negara. Kami menegaskan, negara kita kini memerlukan pelaksanaan agenda Reformasi agar isu penting seperti tatakelola yang baik, agenda menghapuskan rasuah, serta kerajaan yang bersih dapat ditangani sebaiknya. Maka, hari ini kami sebulat suara mewakili organisasi Perikatan Gabungan Badan-badan Bukan Kerajaan Islam Malaysia (ACCIN), Malaysia Gurdwara Council (MGC), Young Buddhist Association of Malaysia (YBAM) dan lain-lain mendukung tuntutan Reformasi 100% yang selari dengan Deklarasi Pemimpin Agama dan NGO Agama sempena PRU15 kami, bagi memastikan negara kita menuju ke haluan yang tepat untuk membina sebuah sistem tatakelola yang baik. Kami melihat apa yang diperjuangkan ini adalah tepat pada masanya dan perlu. Ia tidak hanya untuk masyarakat kita kita tetapi […]

trending_flat

Isu Kalimah Allah : Punca kecuaian pihak vendor dan KK Mart, tiada kena mengena dengan kerajaan

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2024 - Tular kebelakangan ini berhubung isu penjualan stoking berjenama MiranoSock yang tertera kalimah Allah di salah satu cawangan kedai serbaneka terkemuka, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart).Menerusi kenyataan pihak KK Super Mart, stoking tersebut merupakan produk ‘consignment’ daripada pihak vendor (Syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd) yang menjual barang mereka dengan sistem sewaan tempat dalam premis kedai serbaneka terbabit.Pihak vendor memohon maaf dan mengakui kesilapan kerana tidak membuat pemeriksaan secara teliti berkenaan produk yang diambil dari China.Dalam satu sidang media di Menara KK Super Mart pada 16 Mac 2024, pengasas dan juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart, Datuk Seri Dr KK Chai turut memohon maaf dan kesal dengan isu yang berlaku serta bertegas akan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) dari segi pemeriksaan secara rapi terhadap sesuatu produk yang diterima daripada […]

trending_flat

Isu Kalimah Allah : Sebanyak 42 laporan polis diterima

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2024 - Berhubung dengan isu penjualan stokin tertulis kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart Sunway, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima sebanyak 42 laporan polis dari seluruh negara. Justeru, sebanyak dua kertas siasatan telah pun dibuka. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam satu kenyataan hari ini, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/undang–undang (D5) Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan perpaduan. Kes tersebut juga disiasat dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak wajar atau perkhidmatan. "Kes masih di peringkat siasatan. PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan. PDRM turut mengingatkan orang […]

trending_flat

Laporan Skim Pelaburan Elon Musk di Bernama Tv Adalah Palsu, Guna Teknologi AI Sunting Klip Berita

Oleh JomCheck Dalam kebaikan penggunaan teknologi AI yang semakin meluas, warga masyarakat juga perlu berhati-hati apabila disajikan bahan yang boleh diragui. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Sejak beberapa bulan lalu, tersebar klip video menggunakan laporan berita Bernama TV yang dicantumkan dengan beberapa video lain melibatkan billionair Elon Musk dan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai skim pelaburan yang kononnya untuk membasmi kemiskinan global. Rakan JOMCHECK iaitu MyCheck Malaysia telah mengeluarkan laporan berkenaan isu ini. Hasil semakan yang dilakukan mendapati: STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Video tular berkenaan telah disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan mengubah laporan berita asal oleh Bernama TV. Video tersebut telah diturunkan oleh Meta atas permintaan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) pada Januari namun masih boleh ditemui di platform Facebook, dipercayai dimuat naik semula menggunakan akaun lain. Sumber: https://bit.ly/3x5C6MA […]

trending_flat

Isu Kurma Israel : KPDN serbu gudang di Pelabuhan Utara, Klang

KUALA LUMPUR, 14 Mac 2024 - Sebaik menerima laporan media berhubung dakwaan penukaran label dan kotak kurma yang berasal dari Israel dijual di pasaran tempatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) melalui Bahagian Penguat Kuasa telah mengeluarkan kenyataan media serta merta pada 4 Mac 2024. Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali ketika menjawab soalan dari Ahli Parlimen Hulu Terengganu di sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pagi ini, inti pati kenyataan media tersebut menyentuh dua perkara utama. "Pertama, menegaskan bahawa tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis atau nama di bawah Seksyen 5, Akta Perihal Dagangan 2011. Kedua, mengalu-alukan sebarang aduan rasmi beserta butiran dan maklumat di sebarang platform aduan rasmi KPDN untuk membolehkan siasatan dijalankan." kata Armizan. Tambah beliau, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) telah mengadakan sidang akhbar semalam berhubung […]

trending_flat

Menteri MOTAC jawab isu pelantikan ahli-ahli Lembaga Pengarah Tourism Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Mac 2024 - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Tiong King Sing menjelaskan isu pelantikan ahli-ahli Lembaga Pengarah Tourism Malaysia ketika membuat ucapan penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih ke atas Titah DiRaja di Parlimen semalam. Menurut King Sing, pelantikan ahliahli Lembaga Pengarah Tourism Malaysia, pelantikan telah dibuat di bawah Seksyen 5, Akta 481. "Saya ada berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai jawatan terbuka (open post) bagi perjawatan Pejabat Tourism Malaysia di luar negara untuk melantik warga Malaysia di luar negara yang layak untuk mengisi jawatan tersebut. Ini adalah salah satu usaha mentransformasi Tourism Malaysia demi mengurangkan kos logistik dan operasi di negara yang kurang membawa hasil kepada pendapatan pelancongan Malaysia." katanya. King Sing memberi contoh cadangan pelantikan pegawai di Pejabat Tourism Malaysia, New Zealand, di mana ibu bapa calon yang berminat telah berjumpa dengan […]

trending_flat

Dakwaan Warga China Perolehi Mykad Adalah Isu Tahun 2019, Sudah Diambil Tindakan

Oleh : JomCheck Heboh di aplikasi X pada Januari, satu ciapan yang mendakwa bahawa seorang warga China telah memperolehi kad pengenalan Malaysia (MyKad) secara mudah. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Hantaran tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila dilihat sebanyak 250,000 kali ketika laporan ini ditulis. Rata-rata pengguna yang berinteraksi dengan hantaran tersebut tidak berpuas hati dengan isu ini kerana ia melibatkan kedaulatan negara. Rakan JOMCHECK iaitu MyCheck Malaysia telah membuat semakan berkenaan isu ini dan mendapati bahawa kejadian ini berlaku pada tahun 2019. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Individu berkenaan memperolehi MyKad secara haram dan telah diusir pulang ke negara asal. Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terlibat dengan sindiket ini pula telah didakwa di mahkamah telah pun didakwa di bawah beberapa kesalahan termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Sumber: http://www.mycheck.my/more.php?id=2276255 Penjelasan terperinci berkenaan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation