2024 Tahun Mengasak Ekonomi Negara
Oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin, Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Kestabilan politik adalah perkara yang penting untuk perkembangan ekonomi sesebuah negara. Sejak peristiwa Langkah Sheraton yang menjatuhkan kerajaan, kemudian pergolakan politik ditambah dengan pandemik COVID-19, menyebabkan perkembangan ekonomi Malaysia tergendala. Selepas tertubuhnya kerajaan perpaduan dengan dua pertiga majoriti dalam Parlimen, kerajaan hari ini dapat distabilkan. Walaupun ada pihak yang masih lagi terus mencuba menangguk di air yang keroh namun hakikatnya ibarat mencurah air di daun keladi. Justeru, tumpuan PM kepada memperkasa ekonomi sudah barang tentu dapat memperkukuh serta mengembangkan pendapatan negara dan rakyat. Kita tidak boleh lagi terus ketinggalan di dalam keadaan jiran-jiran tetangga sedang mengorak langkah memikat para pelabur asing yang dilihat sedang memberikan tumpu di rantau ASEAN ini. Kalau kita lihat debat Pemilihan Umum (Pemilu) calon calon naib presiden di Indonesia baru-baru ini, salah seorang calon muda […]