Mesej Tular Dakwa Pelbagai Risiko Varian Baharu Covid-19 Adalah Isu Kitar Semula
Oleh JomCheck Talian JomCheck baru ini telah disoal berkaitan ketulenan satu mesej meragukan yang menyeru rakyat Malaysia untuk berhati-hati dengan varian baharu Covid-19 iaitu Omicron XBB yang kononnya lebih berbahaya daripada varian Delta. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Antara dakwaan di dalam mesej berkenaan adalah simptom-simptom jika terjangkit dengan varian baharu dan juga tuduhan bahawa ujian swab hidung (nasal swab test) sering menghasilkan keputusan negatif jika varian covid tersebut adalah Omicron XBB. Namun begitu, semakan JomCheck menemui fakta yang menyangkal keabsahan mesej tular ini. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Mesej ini telah dikategorikan sebagai palsu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2022 dan 2023 kerana penyebarannya adalah tidak berasas dan tanpa sebarang pembuktian saintifik. Sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=751269483701724&set=a.221890939972917 Antara pesanan tambahan oleh KKM adalah: a. Walau pun mesej ini pernah disangkal sebelum ini iaitu pada 1 November […]