Tuduhan Kilang Bihun Beroperasi Dalam Ladang Babi Adalah Isu Lama Yang Tidak Benar
Oleh JomCheck Tular kembali di aplikasi WhatsApp satu hantaran yang mendakwa bahawa sebuah kilang bihun didapati beroperasi di dalam ladang babi. Ia telah ditutup pada tahun 2007 namun kembali beroperasi semula dengan nama syarikat yang lain. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Mesej berkenaan turut mendakwa bahawa pengoperasian semula kilang berkenaan telah diubah ke lokasi yang lain dan turut menyenaraikan beberapa syarikat dengan pemilik sama serta produk-produk untuk seruan boikot. Semakan JomCheck mendapati bahawa MalaysiaKini telah menepis fakta hantaran berkenaan pada tahun 2022 dan isu ini telah bermula sejak 16 tahun lalu namun masih berlegar sehingga ke hari ini. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Mesej tular telah mencampur adukkan dan menyalah guna bahan dari pelbagai sumber termasuk dari luar negara untuk mencipta naratif palsu. Sumber: MalaysiaKini: https://www.malaysiakini.com/news/647424JAKIM: https://www.facebook.com/HabHalalJakim/posts/penjelasan-status-halal-produk-kilang-bihun-bersatu-sdn-bhd-kbb-sb30-safar-1438-/720515311441078/ Kami leraikan segala perkaitan berhubung isu ini untuk memudahkan […]