trending_flat

Kilang Proses Ubat Batuk Tiruan : 56 akaun berjumlah RM10.68 juta dibekukan, 2 premis disita – KPDN

PUTRAJAYA, 5 JANUARI 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melakukan serbuan ke atas sebuah premis tempat memproses dan menyimpan pelbagai barangan bahan-bahan mentah serta botolbotol pembungkusan untuk menghasilkan produk ubat batuk tiruan di Mantin, Negeri Sembilan pada 15 Disember 2023. Menurut Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam dalam satu kenyataan hari ini, operasi bersepadu yang dilakukan oleh sepasukan anggota Penguat Kuasa KPDN Putrajaya bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dengan kerjasama Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) adalah hasil daripada aduan yang diterima serta risikan awal yang telah dilakukan oleh pihak KKM selama tiga (3) bulan sebelum serbuan. Kata Azman, hasil pemeriksaan lanjut ke atas premis terbabit, pasukan serbuan telah menemukan sejumlah 10,000 botol ubat batuk yang telah siap dibungkus, 900 liter cecair disyaki ubat batuk di […]

trending_flat

PM ‘tabik’ PDRM berani benteras sindiket dadah

PUTRAJAYA, 2 Januari 2024 - Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim pada hari ini memuji tindakan tegas Polis DIraja Malaysia (PDRM) di atas keberanian memerangi sindiket dadah di Sabah pada bulan lalu. Katanya ketika berucap di Majlis Peluncuran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di sini, rakyat negara ini selalu berbicara tentang dadah namun yang ditangkap oleh pihak berkuasa ramai adalah pengedar-pengedar kecil. "PDRM bulan lalu mencatat satu lagi tindakan dan kejayaan kerana kita semua bicara tentang dadah. Ratusan ribu anak-anak kita terlibat dengan dadah dan terpaksa belanja ratusan juta ringgit setahun untuk menangani masalah ini. Yang ditangkap juga puluhan ribu di kalangan pengaih dan (hanya) pengedar1pengedar pringkat bawah. Sukar diambil tindakan terhadap pengedar-pengedar besar, tokey tokey besar terlibah dalam dadah. Maka saya salut PDRM yang telah jelajah ke Sabah dan ambil tindakan yang tegas." ucap Anwar. Tambahnya sekarang sudah tidak […]

trending_flat

Lakukan pelbagai kesalahan perikanan, bot tunda kelas C ditahan

LUMUT, 26 DISEMBER 2023 - Maritim Malaysia Negeri Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama lima nelayan warga asing termasuk tekong dan kru di kedudukan sekitar 10.5 batu nautika barat daya Sungai Burung, Perak kira-kira pada jam 4.38 petang, semalam. Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, bot itu dikesan sedang melakukan aktiviti perikanan oleh KM NYALAU ketika melakukan rondaan rutin menerusi OP SAYONG / OP TANJUNG dan OP TIRIS di perairan Perak. Bot yang mencurigakan itu kemudian dirapati untuk pemeriksaan lanjut dan hasil pemeriksaan mendapati, bot itu dikendalikan oleh seorang tekong bersama empat kru kesemunay warga Myanmar berumur dalam lingkungan 29 hingga 53 tahun. Pemeriksaan terhadap dokumen mendapati, tekong gagal mengemukakan sebarang kelulusan penggunaan peralatan komunikasi, kesalahan menangkap ikan kurang 15 batu nautika dari pantai serta gagal mengemukakan pengenalan diri yang sah. Kes […]

trending_flat

Ketua Sindiket Dadah antara 10 Individu Ditahan dalam Operasi Khas di Sabah – Ayob Khan

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Ketua sindiket dadah bergelar ‘Datuk’ antara 10 lelaki ditahan di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesemua suspek yang berumur lingkungan 36 hingga 48 tahun itu ditahan semalam dalam operasi khas pada 2.30 pagi. Beliau berkata operasi itu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM). “Sindiket itu dipercayai terlibat secara aktif dalam kegiatan pengedaran dadah jenis syabu sejak tahun 2015,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini. Ayob Khan berkata hasil risikan mendapati sindiket itu adalah yang terbesar di Sabah dan mempunyai jaringan pengedaran tempatan dan antarabangsa. “Modus operasi sindiket ini adalah mendapatkan bekalan dadah syabu dari negara jiran untuk diseludup ke pasaran di seluruh Sabah […]

trending_flat

Maritim Malaysia rampas 400 liter minyak petrol

𝗦𝗔𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡, 𝟮𝟱 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 – Sejumlah 400 liter disyaki minyak petrol yang diisi di dalam 20 tong berjaya dirampas oleh Zon Maritim Sandakan selepas ia dibuang ke laut ketika aksi kejar buru antara pihak Maritim Malaysia dan dua buah bot pancung disyaki penyeludup di sini, petang semalam. Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki berkata, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan operasi telah mengesan dua bot pancung berada dalam keadaan mencurigakan sekitar jam 3.10 petang di kedudukan 1.6 batu nautika utara Pulau Bai. Pihak Maritim Malaysia telah mengarahkan bot suspek berhenti untuk diperiksa namun bot suspek tidak memberikan kerjasama malah bertindak memecut laju bot. Suspek turut membuang 20 tong disyaki berisi petrol ke laut sebelum melarikan diri menuju ke perairan cetek dan berbatu dalam usaha meloloskan diri dari ditahan oleh penguat kuasa. Kesemua tong minyak seterusnya […]

trending_flat

Ugut PM dan DIG, dua pengguna media sosial ditangkap

KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2023 - Dua lelaki warga tempatan telah ditangkap oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial yang mengandungi kenyataan berbaur ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. Dalam satu siaran media hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Dato’ Sri Mohd Suhaily Mohd Zain berkata tangkapan pertama dibuat terhadap pemilik / pengendali akaun Facebook Nekad Hikers Ventures berumur dalam lingkungan 51 tahun pada 27 oktober 2023 di Bandar Baru Bangi, Selangor. Tangkapan kedua pula dibuat ke atas pemilik / pengendali akaun Facebook Jgad Zruu berumur 27 tahun pada 27 oktober 2023 di Bukit Mertajam, P. Pinang. Kata Mohd Suhaily lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama […]

trending_flat

Syarikat, empat pengarah didakwa terlibat pengubahan wang haram

PUTRAJAYA, 28 OKTOBER 2023 – Sebuah syarikat bersama empat (4) orang pengarahnya, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Georgetown, Pulau Pinang pada 18 Oktober 2023 yang lalu atas pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah melibatkan nilai keseluruhan RM20.3 juta di antara Januari 2019 sehingga Disember 2022. Menurut Ketua Pengarah Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam menerusi satu siaran media yang diedarkan hari ini, sebanyak keseluruhan 94 pertuduhan telah dibacakan terhadap tertuduh-tertuduh. Katanya, Syarikat Quinton Group Sdn. Bhd. bersama empat (4) orang pengarahnya iaitu Tan Kwong Yeow berumur 35 tahun, Ooi Chuen Chie berumur 35 tahun, Lim Shing Yee berumur 31 tahun dan Seow Ming Cjoy berumur 32 tahun merekodkan pengakuan tidak bersalah ke atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Tuan Mazdi bin Abdul Hamid. "Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Puan Noor Zalizan binti […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation