trending_flat

GRAFIK MANUSIA HARI KEBANGSAAN ‘SELAMAT DATANG’ DALAM TIGA BAHASA, BUKAN HANYA MANDARIN

Oleh : JomCheck Tular di aplikasi TikTok satu video yang memaparkan grafik manusia dengan Bahasa Mandarin ketika sambutan Hari Kebangsaan 2024. Video pendek ini telah mewujudkan naratif seolah-olah bahawa Bahasa Mandarin diagungkan ketika sambutan Hari Kebangsaan lalu membangkitkan sentimen perkauman. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Rujukan JOMCHECK terhadap MyCheck Malaysia mendapati bahawa mereka telah membuat semakan berhubung isu ini dan memberikan penjelasan yang menyeluruh. STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: Grafik manusia yang tular itu membawa maksud ‘Selamat Datang’ dan dihiasi dengan 3 bahasa bermula dengan Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil.

trending_flat

NAMA JALAN YAP AH LOY KEKAL, TUDUHAN PERTUKARAN NAMA ADALAH PALSU

Oleh : JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Talian JomCheck telah diminta untuk menyemak kesahihan tentang isu yang tular di media sosial berkaitan penukaran nama Jalan Yap Ah Loy kepada Jalan Palestin. Isu ini mula tular apabila tersebarnya satu gambar ketika perasmian Jalan Palestin yang disertakan dengan tuduhan bahawa nama Jalan Yap Ah Loy telah ditukar kepada Jalan Palestin. Hasil semakan JomCheck mendapati bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menepis dakwaan ini dan memberi penjelasan terperinci tentang status kedua-dua jalan. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan bahawa Jalan Yap Ah Loy masih kekal dengan nama yang sama dan tiada sebarang perancangan untuk menukar nama jalan berkenaan kepada Jalan Palestin seperti yang didakwa

trending_flat

Tiada ‘Gua Kosong Dan Besar’ di bawah Bandaraya Kuala Lumpur

Oleh JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Susulan peristiwa kehilangan seorang warga India akibat kejadian tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, timbul pelbagai spekulasi. Antara yang terkenal adalah artikel yang didakwa hasil tulisan ‘Dr. Sarah Jamal’ yang kononnya seorang ahli geologi di Jabatan Geologi Universiti Malaya. Artikel itu mendakwa bahawa Kuala Lumpur seolah-olah sebuah bandar yang dibina di atas ‘atap’ sebuah gua raksasa yang besar dan kosong. Oleh itu, JomCheck telah menerima pertanyaan dari orang ramai tentang kesahihan perkara ini. Hasil penelitian JomCheck mendapati bahawa Jabatan Geologi Universiti Malaya telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini yang turut dilaporkan rakan JomCheck, Astro Awani: STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: Ketua, Jabatan Geologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Meor Hakif Amir Hassan mengesahkan berlakunya penyamaran identiti penulis artikel serta menafikan fakta yang […]

trending_flat

Tiada Arahan Spesifik Menjerang Air Tapisan Mesin Penapis Air Oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS)

Oleh : JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) JomCheck menerima satu pertanyaan menerusi ‘direct message’ di aplikasi TikTok tentang mesej tular yang memberi peringatan kepada orang ramai untuk kekal berwaspada dengan penyakit Gastroenteritis Akut (AGE) atau cirit-birit berikutan kes tersebut yang berlaku di Sabah. Antara perkara yang ditekankan di dalam mesej tersebut adalah peringatan untuk menjerang air walaupun ia telah ditapis mesin penapis air bagi memastikan air berkenaan lebih selamat untuk diminum sekaligus dapat mengelakkan penyakit AGE. Hasil semakan JomCheck mendapati bahawa hantaran berkenaan telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Nasihat dari Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah dicampur aduk dengan nasihat menjerang air tapisan mesin penapis air. Sumber: Harian Metro

trending_flat

Status Pengecualian Visa tidak ubah Proses Tapisan Ketat Pelancong China dan India Masuk ke Malaysia

Oleh : JomCheck Wujud satu video di media sosial yang mendakwa bahawa pelancong dari negara China dan India mudah untuk masuk ke Malaysia akibat pelaksanaan inisiatif pengecualian visa yang diwujudkan kerajaan. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Video ini turut menyatakan tapisan keselamatan oleh Jabatan Imigresen Malaysia bagi pelancong dari dua negara ini akan dilonggarkan. Hasil rujukan JOMCHECK terhadap rakan semakan fakta kami iaitu MyCheck Malaysia mendapati bahawa video telah salah tafsir pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: Jabatan Imigresen Malaysia menjelaskan arahan yang dikeluarkan bertujuan menambah baik perlaksanaan inisiatif Pelan Liberalisasi Visa tanpa mengenepikan aspek kawalan keselamatan di pintu masuk negara. Terus semak fakta maklumat anda dengan kami melalui WhatsApp di +6017-4776659 atau guna pautan ini - https://wa.me/60174776659 kalau jumpa maklumat yang diragui, okay!

trending_flat

Klip Dr. Muhaya (@Profmuhayaofficial )Jual Ubat Mata adalah Palsu, Hasil Manipulasi AI

Tular di media sosial satu video berbentuk ‘laporan berita siaran TV3’ yang mempromosikan ubat mata yang kononnya dijual pakar bedah mata terkenal negara iaitu Prof. Dr. Muhaya. Selain meneliti video tersebut, kami turut membuat carian lain dan mendapati ada beberapa lagi versi video yang menggunakan imej Dr. Muhaya untuk menjual ubat mata. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Video dicipta menggunakan teknologi AI dan Dr. Muhaya telah menafikan keterlibatan beliau dalam penjualan ubat mata secara dalam talian. Sumber:Akaun media sosial rasmi Prof. Dr. Muhaya:Instagram: https://www.instagram.com/reel/C47fWBVrDTV/?img_index=profmuhayaofficialFacebook: https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=1474978629696441 Terus semak fakta maklumat anda dengan kami melalui WhatsApp di +6017-4776659 atau guna pautan ini - https://wa.me/60174776659 kalau jumpa maklumat yang diragui, okay!

trending_flat

Aplikasi Whatsapp Gold Adalah Perisian Hasad, Video Martinelli Tidak Wujud

Sampai ke talian JomCheck satu mesej tular yang memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak terpedaya untuk memuat turun satu ciri naik taraf WhatsApp yang baharu melalui pautan meragukan iaitu WhatsApp Gold kerana perkara ini adalah taktik sebaran perisian hasad (malware). Mesej itu turut mendakwa satu video oleh WhatsApp bernama Martinelli akan diseberkan dan video tersebut mengandungi virus. JomCheck merujuk portal semakan fakta antarabangsa iaitu Africa Check dan mendapati bahawa mesej tersebut telah mula tular di pelbagai negara sejak tahun 2016. STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: WhatsApp Gold disahkan adalah perisian hasad yang memanipulasi pengguna. oleh penggodam melalui pautan yang disebarkan dalam bentuk mesej dan tiada sebaran video bertajuk Martinelli dikesan. Jom semak dahulu dengan JOMCHECK di WhatsApp +6017-4776659 atau guna pautan ini - https://wa.me/60174776659, okay!

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation