Kepentingan dialog etnik di institusi pengajian tinggi
Oleh: Suzy Aziziyana Saili Isu polarisasi pelajar di institusi pengajian tinggi telah lama diperkatakan. Walaupun polisi-polisi pendidikan kebangsaan telah berusaha untuk menyemai semangat perpaduan yang telah dimulakan sejak sekolah rendah lagi, malangnya perkara ini masih lagi berlaku. Didapati walaupun terdapat banyak peluang untuk berinteraksi di antara pelajar berlainan etnik di institusi pengajian tinggi, pelajar secara keseluruhannya masih mempunyai hubungan sosial yang sederhana. Suzy Aziziyana Saili Aspek perpaduan dalam kalangan Masyarakat berbilang kaum adalah telah menjadi fokus utama di dalam pendidikan negara. Oleh yang demikian, dasar-dasar pendidikan yang digubal bermula sejak kemerdekaan, dan terutama selepas peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 memfokuskan aspek perpaduan bermula dari sekolah rendah lagi. Ini dapat dilihat melalui Penyata Razak, Penyata Rahman Talib dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Usaha perpaduan juga diteruskan di peringkat yang lebih tinggi lagi iaitu di universiti-universiti awam dan swasta yang dapat dilihat melalui […]