Kaji faktor lahirnya pembuli siber
Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Statistik mengenai buli siber di Malaysia menunjukkan masalah ini semakin serius, terutama dalam kalangan remaja. Menurut kajian Ipsos, Malaysia berada di tempat kedua di Asia selepas India dalam isu buli siber dalam kalangan belia. Kajian tersebut melibatkan 20,793 responden dari seluruh dunia dan menunjukkan bahawa 23 peratus, atau 1 dari 4 ibu bapa di Malaysia melaporkan anak mereka pernah mengalami buli siber. Buli siber merujuk kepada tindakan mengganggu, mengancam, memalukan, atau menyakiti seseorang melalui penggunaan teknologi digital seperti media sosial, platform pesanan ringkas, e-mel, dan laman web. Tindakan buli siber boleh melibatkan pelbagai bentuk tindakan, seperti memberi komen menghina dan mengeji seseorang secara berterusan, menyebarkan khabar angin, menghantar mesej berunsur kebencian atau ancaman, dan menyebarkan gambar atau video yang memalukan tanpa izin. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong seseorang menjadi pembuli […]