trending_flat

Penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) perkukuhkan program pencegahan di peringkat akar umbi

BANGI 8 Mei 2024 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada Rabu, telah menerima seramai 168 orang pegawai pelbagai skim (Kontrak) dalam Majlis Lapor Diri bagi Pelantikan Baharu Pelbagai Skim Perkhidmatan di Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak, (JPKK) bertempat di Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan (PLPP). Melalui fasa pertama penubuhan JPKK, seramai 169 perjawatan pelbagai skim perkhidmatan dan gred (kontrak) telah diluluskan melalui kaedah pertukaran slot. "Di antaranya, seramai 145 orang Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 ditempatkan di semua JKM Negeri/ Wilayah Persekutuan termasuk 105 orang ditempatkan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan bagi mengetuai JPKK Daerah, dan seramai 24 orang pegawai dan kakitangan kontrak yang terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan dan gred ditempatkan di Ibu pejabat JPKK dan JKM Negeri/Wilayah Persekutuan. KPWKM amat positif dengan penubuhan JPKK dan pertambahan jawatan kontrak pelbagai skim perkhidmatan dan […]

trending_flat

Karnival VIKIDS menampilkan Aktiviti Menarik Bersempena Cuti Sekolah

PUTRAJAYA, 29 Februari 2024 – Pusat Beli Belah Alamanda kini kembali dengan Karnival VIKids yang dinantikan oleh para pengunjung bermula dari 23 Februari sehingga 10 Mac 2024. Seiring dengan kehadiran cuti sekolah, kempen yang bakal berlangsung selama 17 hari ini menjanjikan pengalaman imersif buat ahli VIKids dan keluarga mereka. Ruang “Centre Court” diselaputi dengan suasana karnival yang meriah yang mana atmosfera karnival tersebut dihiasi dengan khemah berwarna putih dan merah yang akan menjadi sebagai tumpuan kepada pelbagai permainanan karnival yang menyeronokkan, permainan arked dan juga aktiviti kraf serta seni bina. Kemeriahan lebih berganda dengan persembahan karnival menarik yang akan berlangsung pada hujung minggu. Daya tarikan karnival tidak hanya tertumpu dengan kepelbagaian aktiviti, malahan ahli VIKids berpeluang untuk merebut ganjaran yang menarik melalui “Shoppers Rewards Programme”. Sebarang pembelian yang berjumlah RM300 dan ke atas yang dilakukan di mana-mana kedai terpilih bakal […]

trending_flat

Adik Aqil Bertemu Pakar Prostetik

Adik Muhammad Aqil Naufal Zahiran, 11, yang kisahnya baru-baru ini menjadi tular apabila klip yang memaparkan dia menamatkan perlumbaan 100 meter menggunakan tongkat telah bertemu dengan pakar prostetik Artalive Sdn Bhd untuk penilaian bagi menentukan jenis prostetik yang diperlukan untuk membolehkannya menyertai aktiviti sukan. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata “Ia bukan tentang menjadi yang terpantas tetapi mengenai keinginan dan keazamannya untuk menamatkan perlumbaan yang mengagumkan saya”. Kementerian Belia dan Sukan melalui Institut Sukan Negara (ISN) akan menyelia pemasangan prostetik adik Aqil yang memerlukan kaki palsu paras pinggul (hip disarticulation prosthesis). “Kami membuat susulan untuk memastikan sokongan jangka panjang dan tiada komplikasi,” kata Dr Ahmad Munawwar Helmi, pakar perubatan sukan di ISN. Dalam video tersebut, adik Aqil pelajar SK Felda Lepar Utara 1 telah menyertai kejohanan olahraga pendidikan khas Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Jerantut 2023. Dia dilihat didorong […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation