trending_flat

Timbalan KPN hadir ke sesi taklimat aset MSU

KUALA LANGAT, 10 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah menghadiri sesi demonstrasi dan taklimat pengoperasian aset "Mobile Surveillance Unit" (Unit Pengawasan Bergerak) (MSU) oleh Syarikat AMP Corporation (M) Sdn. Bhd. Demonstrasi aset tersebut telah dilakukan di Pantai Tanjung Rhu, Pulau Carey, di sini, pagi semalam. Terdahulu, ketibaan Dato' Sri Ayob Khan disambut oleh Ketua Polis Selangor, CP Hussein Omar Khan bersama Komander Pasukan Polis Marin (PPM), SAC Norzaid Muhammad Said. Program diteruskan dengan taklimat pengoperasian oleh Ketua Pegawai Eksekutif AMP Corporation (M) Sdn. Bhd., Dato' Sri Mustaffa Hj. Abd. Rahman di Bilik Mesyuarat Utama AMPCOP. Aset MSU adalah bagi kegunaan PPM dalam mempertingkatkan pengesanan aktiviti di perairan negara, sekali gus memperkasakan peranan Pasukan tersebut. Seusai itu, Dato' Sri Ayob Khan telah mengadakan lawatan di sekitar Pelabuhan Klang dan Balai […]

trending_flat

Maritim Malaysia terima kapal OPV 1 secara rasmi

PULAU INDAH, 2 Januari 2024 - Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) secara rasminya diserahkan oleh pihak TH Heavy Engineering Berhad (THHE) kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam majlis yang diadakan semalam. Dalam majlis berkenaan, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi telah hadir untuk menerima OPV1 secara rasmi bagi membolehkan ianya diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan dan carilamat. Penyerahan OPV1 ini adalah satu lagi detik bersejarah kepada kementerian ini khususnya Kerajaan MADANI kerana telah berjaya memastikan kapal peronda buatan tempatan ini siap dibina setelah beberapa kali berlaku penangguhan akibat ancaman Covid-19 selain proses membawa masuk peralatan teknikal terkini kapal yang diimport dari negara luar. OPV1 ini dibina menggunakan rekabentuk Damen 1800 berukuran 83 meter panjang dengan lebar 13.7 meter dan berkeupayaan melakukan operasi di laut dalam jangka waktu 21 hari tanpa ulang […]

trending_flat

KDN gerakkan agensi dan aset hadapi banjir

Susulan hujan berterusan di beberapa negeri dan bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah, anggota dan aset-aset Jabatan/Agensi pengurusan banjir di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) di kawasan terjejas telah digerakkan. Menurut KDN, tugas dan tanggungjawabnya diketuai oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah berpandukan kepada Arahan Majlis Keselamatan Negara No.20 (Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara). "Gerak kerja PDRM turut dibantu oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Sehingga kini, sejumlah 647 anggota PDRM dan 154 petugas RELA telah diatur gerak dengan kekuatan aset sebanyak 35 buah bot, 29 buah lori dan 56 kenderaan pacuan empat roda. Kekuatan anggota dan aset akan di tambah berdasarkan situasi bencana." kata KDN. KDN turut menasihatkan kepada seluruh rakyat yang berisiko terkesan akibat bencana banjir untuk sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia, […]

trending_flat

Tingkatkan kesedaran ancaman di laut sewaktu musim cuti sekolah

𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚, 𝟮𝟲 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang melaksanakan rondaan Preventive Search & Rescue (SAR) di sekitar perairan Pulau Kendi dan Teluk Bahang sempena sambutan perayaan Hari Natal. Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom berkata, pemantauan dilakukan oleh beberapa buah bot ronda pada setiap hari yang terdiri daripada pasukan yang bertugas di bawah rutin rondaan Maritim Malaysia. Tambah beliau, anggota yang melaksanakan rondaan pantai turut berkomunikasi secara langsung dengan komuniti maritim yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha bot penumpang dan bot pancing dengan mengedarkan pelekat maklumat keselamatan di laut. Ketika keadaan cuaca yang tidak menentu, aktiviti pelancongan di sekitar perairan pantai juga dinasihatkan supaya berjaga-jaga dengan situasi semasa. Inisiatif yang bermula pada 22 Disember hingga hari ini bertujuan membendung kejadian yang tidak diingini dan juga sebagai bantuan kecemasan serta […]

trending_flat

Maritim Malaysia rampas 400 liter minyak petrol

𝗦𝗔𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡, 𝟮𝟱 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 – Sejumlah 400 liter disyaki minyak petrol yang diisi di dalam 20 tong berjaya dirampas oleh Zon Maritim Sandakan selepas ia dibuang ke laut ketika aksi kejar buru antara pihak Maritim Malaysia dan dua buah bot pancung disyaki penyeludup di sini, petang semalam. Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki berkata, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan operasi telah mengesan dua bot pancung berada dalam keadaan mencurigakan sekitar jam 3.10 petang di kedudukan 1.6 batu nautika utara Pulau Bai. Pihak Maritim Malaysia telah mengarahkan bot suspek berhenti untuk diperiksa namun bot suspek tidak memberikan kerjasama malah bertindak memecut laju bot. Suspek turut membuang 20 tong disyaki berisi petrol ke laut sebelum melarikan diri menuju ke perairan cetek dan berbatu dalam usaha meloloskan diri dari ditahan oleh penguat kuasa. Kesemua tong minyak seterusnya […]

trending_flat

Tindakan pantas Maritim Malaysia selamatkan 2 bot nelayan terbalik

𝗦𝗔𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡, 𝟮𝟰 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 – Berpantang maut sebelum ajal, teriakan dua nelayan meminta pertolongan dari laut didengari oleh pegawai bertugas Zon Maritim Sandakan semasa membuat rondaan di jeti dekat sini, semalam. Kejadian itu berlaku pada sekitar jam 10.50 malam di mana pencarian mangsa menggunakan kaedah 'Search Light' dilakukan iaitu kira-kira 0.29 batu nautika selatan Pulau Berhala, tidak jauh dari Jeti Maritim Sandakan. BOT KILAT 34 diatur gerak ke lokasi di mana kedua-dua mangsa diselamatkan dalam satu OP CARILAMAT namun bot yang dinaiki mereka didapati karam. Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki berkata, Roslee Awang, 43 dan rakannya Fadzier Salleh, 36, masing-masing warga tempatan didapati tidak memakai jaket keselamatan dan keadaan laut dengan ombak besar serta arus kuat telah menyebabkan bot yang dinaiki mereka terbalik lalu tenggelam. Komuniti nelayan dinasihatkan agar mematuhi langkah-langkah keselamatan ketika melakukan sebarang aktiviti […]

trending_flat

𝗢𝗣 𝗠𝗔𝗥𝗗𝗢𝗙 | 𝗕𝗨𝗕𝗨 𝗡𝗔𝗚𝗔 bernilai hampir 𝗥𝗠𝟱𝟬 ribu berjaya dirampas

𝗟𝗨𝗠𝗨𝗧, 𝟭𝟴 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 - Sebanyak 496 set bubu naga (Bubu Kambang) dengan anggaran nilai hampir RM50 ribu berjaya dirampas pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Perak dalam serbuan sempena OP MARDOF di Jeti Pangkalan Baru, Pantai Remis pagi tadi. Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, operasi bersepadu ini dilaksanakan Maritim Negeri Perak dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Negeri Perak serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kekuatan pegawai dan anggota seramai 32 orang. Tambah beliau, kejayaan operasi ini telah membongkar aktiviti perikanan menggunakan bubu naga yang dipasang oleh individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab di sekitar perairan Negeri Perak melalui hasil maklumat risikan, intipan dan pemantauan berterusan berikutan terdapat rungutan serta aduan yang diterima daripada orang ramai dan komuniti maritim kepada pihak berkuasa. Kesemua bubu naga yang dirampas itu dibawa ke pejabat Perikanan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation