Peranan pendidikan dan media sosial dalam melindungi hak masa depan anak kita
Oleh: Dr. Siti Idayu Hasan, Prof. Madya Dr. Farizah Mohd Hairi Menjelang Hari Kanak-Kanak Sedunia pada 20 November 2024, yang bertemakan "Untuk setiap kanak-kanak, setiap hak," kita terpanggil untuk menghormati hak asasi generasi muda kita. Antara hak yang paling utama adalah hak kesihatan, pendidikan berkualiti, dan perlindungan daripada pengaruh berbahaya. Hari ini, salah satu ancaman paling bahaya kepada kesejahteraan kanak-kanak adalah peningkatan penggunaan rokok elektronik dan vape di kalangan remaja. Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), yang baru dilaksanakan di Malaysia pada 1 Oktober, menyediakan rangka kerja undang-undang yang sangat penting untuk menangani isu ini. Namun, undang-undang sahaja tidak mencukupi; kita perlu memanfaatkan pendidikan dan media sosial sebagai sekutu kuat dalam perjuangan ini. Penggunaan vape telah mendapat populariti yang membimbangkan di kalangan remaja, ditambah lagi dengan tempoh masa yang banyak dihabiskan oleh golongan muda di media […]