SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA 2024: “SUNGAI DAN ALUR DALAM KOMUNITI KITA”
Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia dengan panjang melebihi 6,650 kilometer merupakan pusat tamadun Mesir selama ribuan tahun. Sungai Amazon, sungai kedua terpanjang di dunia mengandungi biodiversiti yang kaya, hutan hujan terbesar di dunia dan membekalkan sebahagian besar oksigen bumi. Sungai Yangtze, sungai terpanjang di benua Asia memainkan peranan yang besar kepada ekonomi pertanian dan tenaga hidroelektrik China. Sungai Ganges di India bukan sahaja sumber air utama tetapi dianggap suci dan spiritual bagi jutaan manusia yang datang dari segenap pelosok dunia. Malaysia juga boleh berbangga dengan anugerah sungai yang ada seperti Sungai Rajang yang kaya dengan biodiversiti yang menyokong kehidupan pelbagai spesies ikan dan hidupan liar, dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang kaya dengan biodiversiti dan menjadi nadi kehidupan yang berada di sepanjang laluannya. Namun daripada 189 lembangan sungai utama di Malaysia, hanya sekumpulan kecil sahaja yang masih dikekalkan kemurnian dan kesuciannya. Terlalu banyak […]