trending_flat

[Video] KKDW raikan Tok Batin OA

Kementerian Kemajuan Desa dan WIlayah (KKDW) telah menerbitkan video rakaman Sekitar Majlis Perasmian Perhimpunan Perdana Batin/Penghulu Orang Asli Bersama Pemimpin Tahun 2023 oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KKDW bertempat di Summit Hotel, USJ pada 27 Julai 2023. Pelbagai acara telah diberlangsung di majlis tersebut.

trending_flat

Penyerahan Mock-Up Cheque Pembiayaan SPED bersempena Pameran Korporat Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah

KUALA LUMPUR, 8 Jun 2023 – Sejumlah RM 1.05 juta pembiayaan perniagaan telah diagihkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada hari ini. Sesi penyerahan mock-up cheque pembiayaan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia kepada 5 usahawan. Sesi penyerahan tersebut telah dilaksanakan ketika pameran korporat KKDW yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur yang berlangsung pada 7 Jun sehingga 10 Jun 2023. Kesemua usahawan tersebut mengusahakan perniagaan yang mendukung industri automotif, pengurusan majlis, marin dan juga industri perdagangan. Untuk makluman, SPED yang mensasarkan kepada usahawan luar bandar adalah satu inisiatif yang telah dianjurkan oleh KKDW dan Rural Capital Berhad (RCB) adalah sebagai salah satu agensi pelaksana yang telah dilantik sejak dari November 2022 sehingga kini. Setakat Mei 2023, sejumlah RM5,587,000.00 pembiayaan perniagaan […]

trending_flat

Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bagi menjawab pertanyaan YBrs. Tuan Haji Kamal Bin Ashaari (Kuala Krau) berkenaan tindakan KKDW terutama melalui RISDA bagi membantu pekebun kecil getah seluruh negara dalam menghadapi cuaca panas yang panjang di negara yang akan mengurangkan produktiviti tanaman getah.

trending_flat

RM183 Juta Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta FELCRA 2022

Jelebu, 6 April 2023 – Lebih 70,000 warga peserta FELCRA Berhad menerima berita gembira menjelang Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan pengumuman Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta 2022 oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta 2022 berjumlah RM182,785,208.18 ini memanfaatkan seramai 68,437 peserta di seluruh Malaysia melibatkan 616 projek untung. Prestasi bayaran akhir ini dipengaruhi oleh trend harga minyak sawit mentah (MSM), kos input pertanian dan kos tenaga buruh berikutan pelarasan gaji minimum yang dikuatkuasakan oleh kerajaan. Jumlah agihan keuntungan tahunan projek-projek peserta FELCRA Berhad 2022 telah meningkat kepada RM 501,556,634 berbanding tahun 2021 sebanyak RM 475,207,280 iaitu peningkatan sebanyak 5.54% atau RM 26,349,354. Bayaran bagi keuntungan boleh agih ini akan dibayar kepada warga peserta secara berperingkat bermula hari ini. Langkah FELCRA Berhad yang […]

trending_flat

KKDW anjur Majlis Santunan Kasih Ramadan

GOMBAK SELANGOR 24 Mac 2023 - Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) diadakan di 13 Negeri mulai 24 Mac 2023 bersamaan 2 Ramadan 1444H dengan lokasi pertama di Masjid Batu 8, Gombak Selangor. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto oleh Yusri Ibrahim/LNA Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto oleh Yusri Ibrahim/LNA Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto oleh Yusri Ibrahim/LNA Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto oleh Yusri Ibrahim/LNA Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto oleh Yusri Ibrahim/LNA Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa […]

trending_flat

KKDW Peruntuk 1.7 Juta Bagi Pelaksanaan Program Pendigitalan Usahawan Desa

PUTRAJAYA, 14 Februari 2023– Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM 1.7 juta ringgit untuk Program Pendigitalan Usahawan dengan menyasarkan seribu usahawan mendigitalkan perniagaan mereka. Ketua Setiausaha KKDW, Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun berkata, inisiatif melalui platform Desamall ini adalah strategi di bawah Teras 2 Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) iaitu Keusahawanan Pemacu Pembangunan Ekonomi menerusi pernyataan dasar Membangun Produk dan Memperluaskan Pasaran Termasuk Perniagaan Dalam Talian (ECommerce). Modul latihan program Pendigitalan Usahawan Desa Desamall ini merangkumi pendigitalan penyediaan kunci kira-kira, pengurusan stok di gudang dan di kedai, pengurusan gerbang pembayaran, akses internet yang optimum dan kemahiran-kemahiran lain berkaitan perniagaan. Ketua Setiausaha KKDW, Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun. Kredit Foto UKK KKDW "Kita lihat pelbagai program keusahawanan diketengahkan bagi membantu usahawan kecil menjalankan perniagaan dalam talian melalui platform e-dagang, memahami kebolehpasaran produk dan khidmat dalam strategi penjenamaan." […]

trending_flat

Pemerkasaan TVET antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat MEXCLUB

PUTRAJAYA, 26 Januari - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited menyediakan ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang kukuh sebagai teras utama kepada pembangunan sosio-ekonomi negara. Menurut Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri KKDW, melalui ekosistem TVET yang kukuh, beliau percaya ia akan meningkatkan lagi keberhasilan pendidikan kemahiran sebagai pemacu perubahan untuk melonjakkan modal insan berkemahiran tinggi dalam masyarakat. "Pemerkasaan TVET ini antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat MEXCLUB kali ini selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menjadikan TVET sebagai antara pilihan utama pendidikan dan kerjaya belia luar bandar selain menyentuh program-program berimpak tinggi TVET@KKDW. Sebagai contoh, program TVET Komuniti adalah sebahagian inisiatif TVET yang berbentuk kemasyarakatan untuk dibudayakan secara meluas di seluruh negara. Ini termaksuklah juga, program TVET Junior, Program TVET Tahfiz, Program TVET Aras Tinggi, Program Teknousahawan TVET, Program Pendigitalan TVET yang akan menjadi […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation