Lakukan pelbagai kesalahan perikanan, bot tunda kelas C ditahan
LUMUT, 26 DISEMBER 2023 - Maritim Malaysia Negeri Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama lima nelayan warga asing termasuk tekong dan kru di kedudukan sekitar 10.5 batu nautika barat daya Sungai Burung, Perak kira-kira pada jam 4.38 petang, semalam. Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, bot itu dikesan sedang melakukan aktiviti perikanan oleh KM NYALAU ketika melakukan rondaan rutin menerusi OP SAYONG / OP TANJUNG dan OP TIRIS di perairan Perak. Bot yang mencurigakan itu kemudian dirapati untuk pemeriksaan lanjut dan hasil pemeriksaan mendapati, bot itu dikendalikan oleh seorang tekong bersama empat kru kesemunay warga Myanmar berumur dalam lingkungan 29 hingga 53 tahun. Pemeriksaan terhadap dokumen mendapati, tekong gagal mengemukakan sebarang kelulusan penggunaan peralatan komunikasi, kesalahan menangkap ikan kurang 15 batu nautika dari pantai serta gagal mengemukakan pengenalan diri yang sah. Kes […]