trending_flat

Malaysia larang kapal Israel, ZIM berlabuh di Malaysia

Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia. Menurut satu keyataan dari Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat tersebut berkuatkuasa empat minggu dari sekarang. "Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin. Untuk rekod, Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat ini berlabuh di Malaysia. Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia. Namun, Kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu." tegas Anwar. Tabah beliau, erajaan Malaysia turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini. "Selain itu, Malaysia […]

trending_flat

Melihat Ke Hadapan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan Bukan Dari Sisi Perkauman

Oleh Muhammad Faisal Bin Abdul Aziz, Pengerusi BERSIH Isu Pilihan Raya Kerajaan Tempatan sering dilihat panas apabila ia sering dilihat dari sisi perkauman. Mana tidaknya, secara sejarah ia dikaitkan dengan insiden-insiden yang dianggap mengganggu kestabilan politik negara khususnya pada era 1960-an yang akhirnya membawa kepada pergantungan pilihan raya kerajaan tempatan pada tahun 1965 seterusnya dihentikan pada tahun 1976 apabila kerajaan menggubal Akta Kerajaan Tempatan menyebabkan pilihan raya kerajaan tempatan dimansuhkan. Kekhuatiran ini timbul bila mana kawasan bandar sering dikaitkan dengan kawasan yang didominasi secara besar oleh kaum Cina seolah kaum Melayu akan hilang kuasa mentadbir bandar. Saya fikir dalam konteks semasa, demografi bandar sudah tidak sama dengan tahun 1960-an memandangkang pada zaman tersebut kita mewarisi barah pecah dan perintah yang ditinggalkan penjajah Inggeris yang sengaja membiarkan kaum Cina berada di Bandar, Melayu di Kampung dan India di ladang getah. Melihat […]

trending_flat

Cukai LVG beri kesaksamaan persaingan bagi perusahaan tempatan

Secara umum, cukai jualan dikenakan ke atas barang-barang yang dijual di Malaysia dan cukai jualan dibayar oleh pengimport, pemborong atau peruncit sebelum dijual kepada pengguna akhir di Malaysia. Namun demikian, terdapat loophole dalam sistem cukai jualan sedia ada yang menyebabkan amalan pengelakan cukai jualan berlaku dalam kalangan penjual. "Di peringkat global, telah menjadi kelaziman untuk tidak mengenakan cukai jualan dan duti import ke atas barang import di bawah nilai β€˜De Minimis’ (minimum). Di Malaysia, nilai β€˜De Minimis’ ditetapkan pada RM500 seunit barang bagi memudahkan urusan pelepasan kastam serta penghantaran melalui pos dan kurier. Kepesatan transaksi jualan dalam talian yang menjadi pilihan pengguna pada masa ini, telah mewujudkan layanan cukai yang tidak sama rata antara perniagaan dalam talian yang mengimport barang dari luar negara dan perniagaan yang beroperasi secara fizikal (brick and mortar) di Malaysia." kata Kementerian Kewangan (MOF) di dalam […]

trending_flat

𝗒𝗣 𝗠𝗔π—₯𝗗𝗒𝗙 | 𝗕𝗨𝗕𝗨 π—‘π—”π—šπ—” bernilai hampir π—₯π— πŸ±πŸ¬ ribu berjaya dirampas

π—Ÿπ—¨π— π—¨π—§, 𝟭𝟴 π——π—Άπ˜€π—²π—Ίπ—―π—²π—Ώ - Sebanyak 496 set bubu naga (Bubu Kambang) dengan anggaran nilai hampir RM50 ribu berjaya dirampas pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Perak dalam serbuan sempena OP MARDOF di Jeti Pangkalan Baru, Pantai Remis pagi tadi. Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, operasi bersepadu ini dilaksanakan Maritim Negeri Perak dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Negeri Perak serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kekuatan pegawai dan anggota seramai 32 orang. Tambah beliau, kejayaan operasi ini telah membongkar aktiviti perikanan menggunakan bubu naga yang dipasang oleh individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab di sekitar perairan Negeri Perak melalui hasil maklumat risikan, intipan dan pemantauan berterusan berikutan terdapat rungutan serta aduan yang diterima daripada orang ramai dan komuniti maritim kepada pihak berkuasa. Kesemua bubu naga yang dirampas itu dibawa ke pejabat Perikanan […]

trending_flat

Kafe Dellamar perkasa kemampuan Alumni dengan Kerjasama Pintar Koperasi PUO Ipoh Berhad

IPOH, 18 Disember 2023 - Politeknik Ungku Omar (PUO)telah mengorak langkah menggalakkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan para alumninya dengan perasmian Kafe Dellamar, sebuah kafe yang ditubuhkan secara perkongsian pintar Encik Izwan Helmi bin Mohd Mokhtar, alumni PUO bersama-sama Koperasi PUO Ipoh Berhad bertempat di Perpustakaan Tan Sri Othman Merican, PUO hari ini. Menurut PUO menerusi satu siaran media hari ini, pemilihan Perpustakaan Tan Sri Othman Merican sebagai lokasi Kafe Dellamar adalah bertepatan dengan konsep kafe yang santai serta menjadikan perpustakaan sebagai ruang pembelajaran yang lebih kondusif serta memberi keselesaan kepada para pelajar dan dalam masa yang sama menepati cita rasa belia kini. "Pusat Keusahawanan PUO turut menawarkan kerjasama dan bantuan dari segi penyediaan kemudahan, khidmat nasihat dan jaringan dan pemilik Dellamar kini menjalani proses latihan dan pemantauan oleh Majlis Francais Malaysia selama setahun dalam mendapatkan lesen sebagai Francaisor." kata PUO. […]

trending_flat

Tourism Malaysia Lancar Pakej Minat Khas Houseboat 2023/2024

Tourism Malaysia telah melancarkan pakej minat khas β€˜Houseboat 2023/2024’ bagi mempelbagaikan penawaran produk minat khas di pasaran. Sebanyak 11 pakej pelancongan houseboat ditawarkan oleh enam (6) agensi pelancongan untuk tempoh perjalanan dari 1 Disember 2023 sehingga 30 Jun 2024 melibatkan lokasi houseboat yang popular iaitu di Royal Belum, Perak dan Tasik Kenyir di Terengganu. Foto Kredit Tourism Malaysia "Pakej-pakej ini menawarkan kepelbagaian pengalaman percutian melalui aktiviti-aktiviti seperti berkayak, berakit, memancing, memanah, menjejak Rafflesia, merentas hutan, memasak kuih tradisional, bermain paintball dan banyak lagi. Pakej-pakej ini boleh mula ditempah mulai sekarang dengan tempoh sah perjalanan adalah sehingga 30 Jun 2024." kata Tourism Malaysia. Promosi pakej minat khas houseboat itu mengambil kira kesediaan produk yang terdapat di Royal Belum di Perak dan Tasik Kenyir di Terengganu. Untuk rekod, jumlah houseboat yang berdaftar di Royal Belum adalah sebanyak 41 buah houseboat dengan penawaran […]

trending_flat

Insiden Tanah Runtuh Sungai Ruil, Dakwaan Ajis Sittin berat sebelah – JAKOA

PUTRAJAYA, 18 Disember 2023 – Susulan insiden tanah runtuh yang menjejaskan 17 keluarga Orang Asli di Sungai Ruil, Cameron Highlands pada 12 Oktober lalu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah mengenal pasti beberapa bangunan kuarters kerajaan/badan berkanun di sekitar kawasan berhampiran selain mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menempatkan mangsa tanah runtuh tersebut. Menurut JAKOA, mangsa terbabit akan ditempatkan sebaik sahaja isu berkaitan kemudahan fasiliti seperti penyambungan bekalan api dan air diselesaikan terlebih dahulu selewat-lewatnya awal Januari 2024. "Bagi tindakan jangka panjang, berdasarkan laporan siasatan awal daripada aspek teknikal oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dibuat pada awal November lepas mendapati, kerja-kerja baik pulih cerun yang runtuh akan mengambil masa dua (2) tahun dengan peruntukan melebihi RM3 juta. Ini termasuk untuk pengukuhan dan penstabilan cerun-cerun di persekitaran kawasan terjejas yang akan dilaksanakan JKR dan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

βœ–

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

βœ–

Stop following

Unfollow Cancel

βœ–

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation

βœ–