trending_flat

Maritim Pulau Pinang rampas Bubu Naga

๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š, ๐Ÿญ๐Ÿด ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ - Maritim Negeri Pulau Pinang merampas tujuh set bubu naga di sekitar 3.6 batu nautika tenggara Pulau Rimau petang semalam. Menurut Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom, usaha membanteras penggunaan bubu naga akan terus dilaksanakan setiap masa oleh Maritim Malaysia. Ini kerana penggunaan bubu naga merupakan kaedah penangkapan hasil laut haram dan merupakan satu kesalahan di negara ini. Terdahulu, Maritim Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah bot nelayan tempatan (BNT) kelas C di kedudukan 20 batu nautika barat Daya Pulau Kendi pada 16 Disember lalu. Seramai lima kru termasuk tekong warga Myanmar berumur 23 hingga 43 tahun mengendalikan bot itu. Hasil pemeriksaan mendapati tekong warga Myanmar mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah namun empat kru yang lain gagal berbuat demikian. Hasil pemeriksaan, BNT terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah […]

trending_flat

Komen Ahli Parlimen Masjid Tanah kelirukan fakta program MM2H – Tiong King Sing

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing membidas komen Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin terhadap program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) baru baru ini. Kata King Sing melalui satu posting di halaman Facebook rasmi beliau semalam, selain mengelirukan fakta, komen Mas Ermieyati Samsudin tersebut juga telah mencetuskan isu perkauman, sedangkan program tersebut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. "Program ๐— ๐— ๐Ÿฎ๐—› ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ผ๐—บ๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ. ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐˜€ ๐—˜๐—ฟ๐—บ๐—ถ๐—ฒ๐˜†๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ฟ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜„๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ถ๐˜๐˜‚ ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ธ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—–๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ท๐—ฎApa yang beliau cuba sampaikan menerusi provokasi dengan memilih satu negara tertentuTambahan pula, ๐˜€๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฝ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ต๐—ถ ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ผ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ป๐˜‚๐—บ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—บ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป ๐˜€๐˜๐—ฎ๐˜๐˜‚๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฎ๐˜‚๐˜๐—ถ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฝ (๐—ฃ๐—ฅ). Adakah Mas Ermieyati sengaja melakukan provokasi kaumAdakah Mas Ermieyati cuba merosakkan keharmonian […]

trending_flat

Isu Kemiskinan, Peniaga Kecil Keutamaan Majukan Wilayah Persekutuan – Dr Zaliha

PUTRAJAYA, 15 Dis (Bernama) - Isu kemiskinan bandar dan tegar serta peniaga kecil merupakan antara keutamaan dalam menggalas tanggungjawab di Wilayah Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa. Dr Zaliha yang menggalas jawatan itu susulan rombakan Kabinet pada Selasa lepas berkata antara fokus beliau adalah membawa misi dan visi yang sebelum ini dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. โ€œPerhatian ini untuk memastikan Wilayah Persekutuan terus maju dan sentosa sekali gus meningkatkan ekonomi,โ€ katanya kepada media sebelum mengadakan taklimat bersama pegawai Jabatan Wilayah Persekutuan dan agensi, di sini hari ini. Masalah penjaja dan peniaga kecil sering menjadi perhatian Anwar apabila berulang kali menyatakan bahawa pembangunan bandar tidak boleh meminggirkan golongan berkenaan termasuk penyediaan kemudahan yang bersih serta selesa. Dr Zaliha berkata fokus lain adalah isu legasi melibatkan masalah perkampungan Kampung Baru, persediaan Wilayah Persekutuan dalam […]

trending_flat

Saifuddin terima kunjungan hormat Christopher A. Wray

PUTRAJAYA, 14 Disember 2023 - Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismailย telah menerima kunjungan hormat Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat Christopher A. Wray di Parlimen Malaysia semalam. Kredit Foto : FB Rasmi KDN Menurut Saifuddin menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau semalam, kunjungan hormat tersebut adalah perbincangan susulan daripada pertemuan beliau dan Christopher Wray di Washington pada September lalu. "Saya mengulangi komitmen Malaysia untuk memperkukuh bidang keselamatan antara negara dan serantau disamping turut memberi fokus dalam beberapa aspek lain termasuklah kerjasama melibatkan usaha menangani jenayah rentas sempadan, menangkis ancaman pengganas serta pembangunan kapasiti."katanya. Kredit Foto : FB Rasmi KDN Timbalan Ketua Polis Negara, Datoโ€™ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay turut hadir mengiringi Saifuddin di dalam pertemuan tersebut. Di samping beliau, turut hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datoโ€™ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, barisan […]

trending_flat

Tourism Malaysia lancar Pakej ArkeoPelancongan & GeoPelancongan Pulau Pinang dan Kedah

KEPALA BATAS, 14 Disember 2023 - Tourism Malaysia hari ini melancarkan Pakej Arkeopelancongan & Geopelancongan bagi negeri Pulau Pinang dan Kedah untuk mempromosikan produk pelancongan arkeologi, geologi dan tapak warisan dunia UNESCO. Sebanyak 52 pakej pelancongan telah dibangunkan dengan kerjasama 14 operator pelancongan di Wilayah Utara dan Wilayah Tengah yang antara lain menawarkan lawatan ke tapak arkeologi Lembah Bujang dan Sungai Batu, tapak warisan dunia UNESCO George Town, Jerai Geopark serta Sungai Merbok. Antara pakej-pakej yang ditawarkan termasuklah Jerai Geopark Heritage Trail, The Lost Ancient City - Kedah Tua, Archaeology Eco Cycling Experience, Penang Heritage Tour, Merbok River Historical & Mangrove River Cruise, Mount Jerai Guided Tour dan Iron of Ancient Kedah to the World- The Untold Story 788 BC. Encik Mohd Roslan Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej Tourism Malaysia berkata, penawaran pakej tersebut diharap mampu mempromosikan keunikan warisan arkeologi, […]

trending_flat

MAMPU di bawah Kementerian Digital

PUTRAJAYA, 14 Disember 2023- Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan ditempatkan di bawah Kementerian Digital. Sebelum ini MAMPU berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). "MAMPU pastinya di bawah kementerian saya," kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo yang baru dilantik menerajui kementerian itu kepada Bernama, selepas mengadakan lawatan ke pejabat MAMPU di Kompleks Setia Perdana di sini hari ini. Gobind diiringi Timbalan Menterinya Datuk Ugak Anak Kumbong dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. Mereka juga diberi taklimat mengenai struktur dan operasi MAMPU oleh Ketua Pengarahnya Datuk Rodzi Md Saad. Tambah Gobind, masih ada aspek tertentu yang perlu dijelaskan dan diperhalusi dari segi skop kerja yang berada di bawah Kementerian Digital. "Memandangkan kementerian ini baharu, bidang yang ditugaskan dan agensi mana yang berada di bawah kita perlu diperhalusi," katanya dan menambah beliau mungkin akan mengadakan […]

trending_flat

Kerajaan setuju teruskan PKKP bagi tahun hadapan

PUTRAJAYA, 14 Disember 2023 - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datoโ€™ Seri Dr. Zulkapli Mohamed mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju supaya pemberian bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) diteruskan untuk tempoh Januari 2024 hingga Disember 2024. Dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, Dr. Zulkapli memaklumkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju supaya pemberian bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) diteruskan untuk tempoh Januari 2024 hingga Disember 2024 kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun 2023. "Sebelum ini, Kerajaan telahpun memutuskan supaya bayaran PKKP dilaksanakan bagi tempoh Julai 2023 hingga Disember 2023 kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan susulan Mahkamah Persekutuanmemutuskan Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan adalah terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen." katanya. Tambah beliau, keputusan Kerajaan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

โœ–

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

โœ–

Stop following

Unfollow Cancel

โœ–

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation

โœ–