trending_flat

Malaysia kekal peneraju GIEI sembilan tahun berturut-turut

KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2023: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) buat julung kalinya menganjurkan Persidangan Industri Ekonomi Digital Islam (IDE) 2023 bagi memupuk kerjasama dengan pihak berkepentingan utama dalam sektor ekonomi digital Islam. Menurut MDEC, IDE merupakan salah satu sektor penting dalam pengagihan kekayaan dan sumber yang inklusif selaras visi Malaysia MADANI. "IDE juga merupakan salah satu daripada sembilan bidang tumpuan utama di bawah insiatif strategik nasional, Malaysia Digital (MD) dalam membantu MDEC memastikan hala tuju yang tepat menerusi Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN). Malaysia kekal sebagai peneraju Penunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) selama sembilan tahun berturut-turut, dipacu ekosistem halal yang pesat dalam sektor kewangan Islam, industri makanan-farmaseutikal-kosmetik halal, pelancongan mesraMuslim, media dan rekreasi. Sektor ekonomi Islam ini dijangka mencecah nilai global sebanyak AS$7.7 trilion menjelang 2025." kata MDEC menerusi satu kenyataan media hari […]

trending_flat

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASIL) Mewajibkan Penggunaan E-Perkhidmatan Percukaian Secara Berperingkat Bermula 1 September 2023

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Sejajar dengan transformasi teknologi dan pendigitalan sistem perkhidmatan percukaian, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) akan mewajibkan penggunaan e-Perkhidmatan bagi perkhidmatan-perkhidmatan percukaian yang telah disediakan secara dalam talian melalui gerbang perkhidmatan Portal MyTax secara berperingkat bermula 1 September 2023 untuk memperkasa dan melestari pendigitalan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Pelaksanaan penggunaan e-Perkhidmatan secara mandatori ini adalah bagi menyokong hasrat kerajaan ke arah meningkatkan bilangan perkhidmatan secara dalam talian sepenuhnya dari proses mula hingga akhir; End-to-End (E2E) secara berperingkat dan sepenuhnya yang dijangka pada 1 Januari 2024. Ia juga merupakan salah satu usaha HASiL dalam menerapkan elemen Awareness, Education and Services (A.E.S.) di semua Kaunter Perkhidmatan HASiL. Para pembayar cukai adalah digalakkan untuk beralih kepada Perkhidmatan E2E ini dalam semua transaksi termasuk menggunakan kaedah-kaedah pembayaran secara dalam talian yang telah disediakan untuk membuat bayaran bagi memastikan segala transaksi yang direkodkan adalah selamat dan teratur.Sebagai rujukan tambahan […]

trending_flat

Berita Ahli Parlimen BN mahu kosongkan kerusi adalah khabar angin – Ahmad Zahid

SHAH ALAM, 21 Ogos 2023 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan berita tular bahawa wujud ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang berniat untuk mengosongkan kerusi adalah sebagai khabar angin. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir di Majlis Penutupan Madani Ride PDRM dan ISBC di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini. Kredit foto Pejabat Timbalan Perdana Menteri. "Itu khabar angin dan kita akan lihat bahawa yang paling penting kita tunggu sampai akhir penggal dan kalau mahu melakukan tindakan-tindakan politik yang sebaliknya kita harus melihat bahwa mandat dan watikah itu telah diberikan kepada mereka untuk mewakili parti dan bukan untuk diri sendiri. Ini telah pun ditandatangani oleh mereka di dalam aku janji dan juga dalam dokumen-dokumen yang telah diikrarkan di […]

trending_flat

Hari Kebangsaan ke-66: Timbalan KPN sambut ketibaan konvoi MADANI RIDE PDRM dan ISBC

SHAH ALAM 21 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menyambut ketibaan Konvoi Madani Ride Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Ipoh Super Bike's Club (ISBC) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, petang tadi. Kredit Foto-foto PDRM Konvoi yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) selaku Penasihat Jawatankuasa program, CP Dato' Sri Hazani Ghazali telah bertolak dari Ipoh, Perak pada jam 12.30 tengah hari dan selamat sampai di perkarangan IPK Selangor kira-kira jam 4.10 petang tadi. Jelajah konvoi yang berlangsung selama enam hari bermula 16 Ogos lalu, melibatkan 160 penunggang motosikal berkuasa tinggi dan terdiri daripada warga PDRM serta ahli ISBC telah mengunjungi kesemua kontinjen di semenanjung Malaysia termasuk selatan Thailand. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan […]

trending_flat

Isu Malaysia Bukan Negara Madani

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -Saya ingin memberi respons kepada beberapa kenyataan berkaitan Malaysia MADANI, maka eloklah kita melihat sejenak konsep dan falsafah sebenar Gagasan Malaysia MADANI yang diperkenalkan oleh kerajaan pimpinan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim.Beberapa terminologi telah digunakan oleh para sarjana Islam yang menunjukkan maksud tamadun seperti Al-Madaniyyah, Al-Umran, Al-Hadarah dan Al-Tamaddun. Al-Madaniyyah diambil daripada kata akar 'Madinah' iaitu negara Islam pertama yang diasaskan oleh Rasulullah SAW. Al-Farabi menggambarkan Madaniyyah sebagai pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan kepada wahyu iaitu akidah, syariah dan akhlak.Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat (hlm. 972), Madani bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan. Malaysia MADANI merupakan suatu ikhtiar secara bersepadu dan holistik untuk menjadikan segala dasar dan pelaksanaan di Malaysia lebih manusiawi yang sentiasa ditambah baik menerusi musyawarah dan maklum balas rakyat. Jika diteliti, gagasan Malaysia MADANI ini juga berasaskan konsep negara Madinah yang mana Rasulullah SAW berjaya […]

trending_flat

Makluman Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) - Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah: Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.  PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL  Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin danbetamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan […]

trending_flat

Pelantikan dua orang ahli Senator Dewan Negara, Wan Junaidi ucap tahniah

KUALA LUMPUR 21 OGOS 2023 - Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengucapkan tahniah kepada Senator Puan Susan Chemerai Anding di atas pelantikan semula beliau oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa mulai 21 Ogos 2023 hingga 20 Ogos 2026. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Senator Datuk Haji Mustafa bin Musa yang dipilih oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka mulai 31 Julai 2023 hingga 30 Julai 2026. "Adalah menjadi harapan saya sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara agar pelantikan ini akan terus menyumbang untuk menaikkan lagi integriti dan prestij Dewan Negara sebagai Badan Legislatif di dalam pelaksanaan Perlembagaan Malaysia. Selain itu, saya berharap agar setiap ahli Senator Dewan Negara akan sentiasa mengamalkan pemikiran matang yang bebas daripada sebarang pengaruh luar dan peribadi terutamanya yang berunsur dan bersifat politik di dalam […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation