trending_flat

Fit Malaysia kembali

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim telah merasmikan program Fit Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 bertempat di Padang Kota Lama, George Town semalam. Fit Malaysia merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan hasrat untuk membudaya dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup aktif, cergas dan sihat seiring dengan kerangka Malaysia MADANI. Menurut KBS, penganjuran program kali ini berkonsepkan karnival kecergasan dengan pengisian aktiviti seperti fun ride 10km & 30km, fun run 5km & 10km, fun walk 3km, senamrobik, lompat tali, pameran kecergasan dan kesihatan dan banyak lagi. "Setelah dua tahun tidak dilaksanakan berikutan penularan pandemik COVID-19, Fit Malaysia kembali dengan mengekalkan tema “Lets’s Get Fit” dengan objektif seperti meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup aktif, cergas dan sihat, membudayakan sukan dalam kalangan […]

trending_flat

Pilih yang mampu tadbir, bukan pilih yang populis

ALOR STAR, 7 Ogos - Pengerusi Barisan Nasional Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid menggesa rakyat Kedah untuk memilih pemimpin negeri yang mampu menguruskan negeri dengan efektif daripada memilih berdasarkan populariti. Mahdzir, yang juga bekas Menteri Besar Kedah, menekankan keperluan untuk menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang mampu menguruskan pembangunan ekonomi negeri dengan baik. "Di Kedah, terdapat majoriti Melayu, tetapi terdapat juga komuniti Cina, India, dan Thai, mereka semua memerlukan ekonomi yang kukuh. "Betul atau tidak? Sebab itu tuan-tuan dan puan-puan kita kena fikir, ini (pemerintahan negeri) bukan untuk watak populis, bukan mahu popular. "kita nak jadi kerajaan, tak penting popular. Yang pentingnya boleh menguruskan negeri ini. Yang paling penting adalah bagaimana mengurus untuk rakyat dapat ekonomi yang baik. Beliau berkata demikian pada program Ceramah Pakatan Harapan-Barisan Nasional di sini semalam. Mahdzir juga menekankan bahawa kemajuan negeri juga bergantung kepada hubungan yang […]

trending_flat

Fahmi lawat Pusat Media PRN DUN

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hari ini melawat salah sebuah Pusat Media yang dibuka sempena Pilihanraya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN ) ke 15 di Kuala Langat, Selangor. Pusat Media lain adalah di Sabak Bernam (Selangor), Seremban (Negeri Sembilan) dan Alor Setar (Kedah) yang diseliakan bersama oleh Kementerian Komuniksi dan Digital dan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen). Di situ, beliau diberi taklimat mengenai pengopersian Pusat Media yang terletak di Pejabat Penerangan Daerah Kuala Langat oleh JaPen. Turut hadir ialah Ketua Pengarah JaPen, Dato’ Sukari Abd Hamid. Selain Pusat Media tersebut, JaPen juga telah mewujudkan Pusat Media Maya (PMM) melalui platform WhatsApp secara berasingan untuk enam negeri yang terlibat dalam PRN DUN iaitu Selangor, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan. Ahli-ahli PMM termasuk wakil-wakil komunikasi daripada setiap parti politik yang bertanding termasuk Pakatan Harapan , Barisan Nasional dan […]

trending_flat

Fadillah lawat Sauna Cacao, santuni pengusaha tanaman koko

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah hadir ke sesi santai mesra bersama pengusaha tanaman koko di Tanjung Sepat, Selangor yang merupakan salah satu pengisian Program Trek Komoditi Zon Tengah Semenanjung 2023 anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK). Menurut KPK, program santai bersama pengusaha tanaman koko tersebut diadakan di kebun Lee’s Cocoa,Tanjung Sepat, Selangor, yang dimiliki oleh seorang pengusaha koko tempatan iaitu Encik Lee Soon Cheong. Sesi dialog diadakan bersama petani, usahawan dan komuniti koko dari sekitar negeri Selangor untuk mendengar isu dan permasalahan sektor penanaman koko serta mendapatkan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakanuntuk mempertingkat pengeluaran biji koko dan pendapatan petani. "YAB Menteri turut melawat tapak pengeringan biji koko atau ’Sauna Cacao’ serta melancarkan produk premium Lee’s Cocoa Tree to Bar. Kebun Lee’s Cocoa juga menyediakan aktiviti agro-pelancongan kepada pengunjung dalam […]

trending_flat

Harakah, sidang pengarang dan pucuk pimpinan PAS perlu segera bertaubat – Teo Nie Ching

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching berkata beliau berasa 'kasihan' melihat bagaimana terdesaknya parti PAS yang terus menerus membina naratif palsu demi menyerang ketokohan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kata Nie Ching dalam satu kenyataan hari ini, walaupun PAS begitu bangga mendabik dada dengan ‘Gelombang Hijau’, parti ini masih begitu laparkan publisiti murahan berasaskan fitnah dan kepalsuan, seolah-olah ia tidak akan kenyang dengan politik fitnah dan adu-domba yang diamalkan. "Hanya kerana mahu menang dalam perdebatan atas talian, seolah-olah tidak ada kerja lain yang boleh dilakukan, lidah rasmi parti PAS tiba-tiba mencetuskan fitnah kononnya gambar Anwar Ibrahim mengangkat tangan kepada penyokong dengan mata yang lebam pada tahun 1998 adalah kerja suntingan. Ini tidak lain untuk mengangkat profil Datuk Seri Hj Sanusi Md Nor, yang mengajuk gaya terbabit ketika didakwa di mahkamah tempoh hari. Tindakan Harakah ini adalah sangat kebudak-budakan […]

trending_flat

Penambahbaikan dan penambahan tempat berteduh Penunggang Motosikal (Motorcycle Shelter) di sepanjang Lebuh Raya Bertol di Malaysia

Hari ini, Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah hadir ke lawatan kerja di salah satu lokasi tambahan di Persimpangan Kota Damansara, Lebuhraya NKVE. Beliau diringi oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ir. Sazali Harun Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar wakil Syarikat PROLINTAS Sdn. Bhd, Ir. Rostam Sharif Tami, serta pegawai kanan Kementerian Kerja Raya (KKR), LLM, PSKLM dan Syarikat Konsesi lebuh raya. Menurut LLM dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, KKR dan LLM entiasa komited di dalam meningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat diberi keutamaan. Salah satu inisiatif yang telah dikenalpasti adalah membuat penambahbaikan dan penambahan tempat berteduh penunggang motosikal di lebuh raya bertol di Malaysia. "Pembinaan motorcycle shelter baharu ini telah bermula pada suku ketiga tahun 2023. Syarikat konsesi lebuh raya diminta untuk […]

trending_flat

Wujud Momentum Sokongan Kepada BN di Kedah

PADANG TERAP, 3 Ogos - Barisan Nasional (BN) kini kian mendapat momentum sokongan di Kedah dengan beberapa kawasan yang sebelum ini 'hitam' dan sukar dimasuki, berjaya ditembusi di seluruh negeri ini. Menurut Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, 'aura' keinginan rakyat negeri ini kembali kepada BN dapat dirasakan walaupun pihak lawan sering bercakap mengenai gelombang yang menyebelahi Perikatan Nasional (PN). "Di lima belas kerusi BN bertanding, momentum sokongan itu nampak meningkat, seolah-olah terdapat aura untuk orang datang balik kepada BN. "Kita tahu mereka mengharapkan gelombang seperti yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November lalu tetapi di sebalik semua itu, kita nampak ada momentum pula kepada sebelah sini (BN). "Semua ini mungkin kerana kita kuat bekerja mendekati rakyat di bawah. Di Kedah kami menganggap diri sendiri sebagai 'underdog' kerana menentang pihak yang sebelum ini menjadi kerajaan negeri." […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation