Politik bukan untuk berhibur!
Oleh: Prof. Madya Ir. Dr. Nahrizul Adib Kadri Saya mendaftar sebagai pengundi di Kuala Lumpur sejak 2016. Jadi saya tidak terlibat dengan mana-mana Pilihanraya Negeri (PRN) sejak itu. Dan seingat saya juga (setelah 4-5 kali mengundi), tidak pernah lagi PRN mendapat perhatian sebanyak pada kali ini. Prof. Madya Ir. Dr. Nahrizul Adib Kadri Hampir setiap orang (termasuklah yang tidak mengundi untuk PRN seperti saya), dilimpahi dengan kandungan mengenai PRN pada setiap hari, sejak pembubaran Dewan Undangan Negeri di enam negeri yang terlibat tempoh hari. Tarikh-tarikh penting 29 Julai (hari penamaan calon) dan 12 Ogos (hari mengundi) telah dihafal; sepenting tarikh-tarikh pertunangan dan perkahwinan. Nama-nama parti, ‘poster boy’, dan bakal calon bermain di mata dan fikiran, setiap kali ibu jari menguis skrin telefon ke atas bagi menikmati suapan cerita politik terkini di media sosial. Yang melompat keluar (dan masuk) parti, atau […]